Terbaru, kontroversi melibatkan bintang terkenal, Cha Eun Woo atau pemilik nama sebenar Lee Dong Min terus mencuri tumpuan selepas pihak berkuasa tempatan mendedahkan penemuan berkaitan sebuah syarikat liabiliti terhad yang dikaitkan dengan namanya. Syarikat tersebut sebelum ini didaftarkan menggunakan alamat sebuah restoran belut di Ganghwa yang diusahakan oleh ibunya.
Memetik laporan AllKpop, pada 26 Januari lalu, pegawai Daerah Ganghwa telah menjalankan pemeriksaan tapak ke atas syarikat berkenaan yang didaftarkan sebagai perniagaan perancangan budaya dan seni awam. Menurut pihak berkuasa, hasil pemeriksaan mendapati tiada pejabat, perabot atau kemudahan asas yang lazimnya diperlukan untuk menjalankan operasi perniagaan di lokasi tersebut.
Difahamkan, restoran belut yang tersenarai sebagai alamat syarikat itu dibuka pada tahun 2020 atas nama ibu Cha Eun Woo dan beroperasi selama kira-kira lima tahun. Namun, selepas penyanyi berusia 29 tahun itu menyertai perkhidmatan ketenteraan pada Julai tahun lalu, restoran tersebut menjalani pengubahsuaian dan kini tidak lagi beroperasi, dengan kerja-kerja ubahsuai dilaporkan turut dihentikan buat sementara waktu.
Lebih menarik lagi, pada hari yang sama pemeriksaan tapak dijalankan, syarikat tersebut telah memfailkan permohonan untuk menukar alamat pendaftaran ke Daerah Gangnam. Wakil Pejabat Daerah Ganghwa mengesahkan bahawa proses pertukaran alamat itu telah diselesaikan pada hari yang sama, sekaligus menamatkan pendaftaran syarikat berkenaan di Ganghwa.
Ads
Pada masa yang sama, timbul juga laporan berkaitan siasatan cukai ke atas Eun Woo di mana sebelum ini disiasat oleh Biro Siasatan 4, Pejabat Cukai Wilayah Seoul atas dakwaan pengelakan cukai, dengan Perkhidmatan Cukai Negara dilaporkan mengenakan taksiran cukai tambahan melebihi 20 bilion Korea Won (kira-kira RM54,791,860).
Mengulas isu tersebut, agensinya Fantagio dalam satu kenyataan rasmi menjelaskan bahawa perkara utama yang sedang diteliti adalah sama ada syarikat yang ditubuhkan oleh ibu Cha Eun Woo boleh diklasifikasikan sebagai entiti percukaian substantif.
Ads
“Ini bukanlah perkara yang telah dimuktamadkan atau dimaklumkan secara rasmi, dan kami akan memperjelaskan isu berkaitan tafsiran serta penerapan undang-undang melalui proses yang sewajarnya,” jelas kenyataan tersebut.
Terdahulu, Cha Eun Woo tampil memohon maaf secara terbuka pada 26 Januari menerusi akaun media sosial rasminya susulan kontroversi melibatkan namanya dan menyatakan rasa kesal atas situasi yang berlaku dan mengakui kesilapan yang telah mencetuskan kebimbangan serta kekecewaan dalam kalangan orang ramai.
Susulan kontroversi ini, beberapa jenama juga dilaporkan mula mengehadkan pendedahan iklan melibatkan Cha Eun Woo. Antara yang terkesan termasuk jenama penjagaan kulit Abib, jenama fesyen Marithé François Girbaud serta jenama pendidikan Daesung MIMAC yang dilaporkan menukar atau memadam kandungan promosi melibatkan artis tersebut di platform media sosial mereka, walaupun setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak jenama terlibat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Katalog IKEA terkini menampilkan koleksi baru, kolaborasi menarik, dan penyelesaian yang lebih berpatutan untuk pilihan pembaharuan rumah yang mudah.
Antara 5 koleksi 2021 yang perlu korang miliki
JÄTTELIK
Khas buat pencinta Dinosaur untuk bermimpikan haiwan yang hidup pada zaman prasejarah ini.
Kumpul koleksi comel dan fun JÄTTELIK ini sudah boleh dibeli secara dalam talian di sini dengan harga permulaan RM29 – RM119.
RÅVAROR
Buat korang yang tinggal di rumah aparment mahupun ruang kecil semuanya ada di Ikea.
Koleksi kelengkapan perabot RÅVAROR ini sudah boleh dibeli secara dalam talian di sini dengan harga permulaan RM80.00 – RM1,997.
SAMMANKOPPLA
Koleksi SAMMANKOPPLA ini unik kerana perekanya, Bhanu Inkawat mengambil inspirasi perabot serta alatan rumah yang biasa dilihat di Thailand dalam menghasilkan koleksi ini. Maka terhasillah tikar dan beg mengkuang dengan corak moden, lampu tidur berbentuk botol, kusyen tiga segi yang selesa dan banyak lagi.
Koleksi unik dan fun SAMMANKOPPLA ini sudah boleh dibeli secara dalam talian di sini dengan harga permulaan RM9.90 – RM399. Kami sukakan tikar, beg silang dan kusyen 3 segi dalam koleksi ini. Korang pula?
EFTERTRÄDA
Koleksi EFTERTRÄDA ini merupakan kerjasama antara IKEA Sweden dan IKEA Jepun. Koleksi istimewa ini diilhamkan daripada penduduk Tokyo dan merangkumi pelbagai pakaian dan aksesori yang menatap logo IKEA dan kod bar produk.
Korang boleh lihat melalui gambar-gambar yang diselitkan ini, kesemua barangan ini direka dengan rekaan IKEA yang kemas dan minimalis.
.
Untuk pengetahuan semua, barangan IKEA juga boleh ditempah dan dibeli secara atas talian pada nilai kos penghantaran yang boleh dirujuk [DI SINI]
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lagi pelakon Korea ditemui tidak bernyawa, Song Yoo Jung dilaporkan meninggal dunia pada usia 26 tahun.
Pelakon yang popular dengan drama School 2017 dan baru-baru ini muncul dalam muzik video kumpulan iKON’s untuk lagu “Goodbye Road” ini dilaporkan meninggal dunia pada 23 Januari lalu.
Menurut media tempatan, kejadian itu disedari bapanya sendiri setelah gagal menghubunginya dan membuat laporan polis untuk melihat keadaan anaknya berikutan dia tinggal berasingan.
Hasil siasatan awal mendapati tidak sebarang luka atau cedera di anggota badan pelakon tersebut. Mayat mendiang dikebumikan hari ini jam 12.30 tengah hari tadi.
Memetik daripada South China Morning Post, punca kematian pelakon utama dalam cerita Dear My Name ini tidak didedahkan oleh agensinya Sublime Artis Agency.
Mangsa yang berusia 26 tahun itu memulakan kariernya sebagai model kosmetik sebelum terjebak dalam industri lakonan pada tahun 2013 ketika dia membawa watak dalam drama romantis Golden Rainbow di MBC. Menerusi laporan Soompi, Song merupakan pelakon hebat dan sentiasa bersemangat dalam bidang lakonan.
Berita kematian Song mengejutkan dunia hiburan Korea dan para peminatnya menangisi pemergian pelakon berbakat besar itu.
Rest In Peace (RIP) Song Yoo Jung…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tepat seminggu menjelang perbicaraan konservatori bintang pop terkenal dunia, Netflix telah melancarkan trailer dokumentari Britney Spears yang akan dilancarkan sehari sebelum selebriti popular itu menuju ke hari pengadilan.
“Britney vs. Spears” akan mula ditayangkan di Netflix pada 28 September ini dan keesokan harinya, 29 September merupakan hari perbicaraan paling penting bagi penyanyi ini setelah sekian lama memperjuangkan kebebasan selama lebih dari satu dekad bersama ayahnya, Jamie Spears.
Menerusi trailer satu minit yang dimuat naik oleh Netflix, suara bintang pop itu terdengar dari rakaman audio ketika kesaksiannya pada 23 Jun di Mahkamah Tinggi Los Angeles, di mana dia berbicara di pengadilan untuk pertama kalinya secara terbuka, memberitahu hakim bahawa dia trauma dan memohon, “Saya hanya mahukan hidup saya kembali”.
Judul dokumentari “Britney vs Spears” ini adalah drama pertarungan penyanyi pop itu melawan ayahnya yang dituduh telah menyalahguna konservatori dan meminta hakum untuk mendakwa.
Rata-rata peminat teruja dan sudah tidak sabar menantikan dokumentari “Britney vs Spears” ini.
Pastinya dokumentari ini mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi peminat yang ingin mengetahui kisah hidup bintang pop terkenal dunia ini.
Sama-sama kita nantikan pada 28 September akan datang.