Sewajarnya, pengguna jalan raya di Malaysia perlu lebih berhati-hati untuk tidak melakukan kesalahan termasuklah menggunakan telefon bimbit di persimpangan jalan raya.
Ini berikutan Kementerian Pengangkutan Malaysia bakal melaksanakan sistem kamera litar tertutup dengan kecerdasan buatan ataupun CCTV AI di persimpangan lampu isyarat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Maklum Yang Berhormat Anthony Loke dalam satu sidang akhbar di Putrajaya pada 12 Julai, pelaksanaan CCTV AI itu sudahpun diluluskan sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Pengangkutan lagi pada Disember 2022.
YB Anthony Loke (tengah).
Jadi, apakah ‘keistimewaan’ CCTV AI ini berbanding kamera litar tertutup terdahulu yang digunakan bagi mengesan kesalahan lalu lintas.
Pertama sekali, CCTV AI mampu merakam kessalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya dengan lebih teliti dan jelas termasuklah pergerakan had laju, nombor pendaftaran kenderaan dan kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaan serta menunggang motosikal.
Ya penunggang motosikal, korang juga tidak terlepas.
Ads
“Kepada mereka yang selalu ‘bermain’ dengan telefon bimbit sewaktu menunggu lampu isyarat bertukar hijau, diminta berhati-hati.. anda boleh dikenakan saman,” ujar Anthony.
Pelaksanaan teknologi baharu ini katanya lagi diharap akan membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya akibat kecuaian.
Contoh pandangan dari sisi CCTV AI terhadap kenderaan di jalan raya.
Tinjauan REMAJA pada bahagian komentar di media sosial mendapati ramai yang mempersoalkan kesalahan menggunakan telefon bimbit sewaktu lampu isyarat masih merah.
“Mereka hanya menggunakannya sewaktu kenderaan tidak bergerak. Saya tak rasakan itu mengakibatkan masalah kepada orang lain. (Kerajaan) sepatutnya melaksanakan undang-undang lebih ketat untuk rempit yang membahayakan nyawa orang lain.
Ads
“Jadi, nak ‘set’ Waze atau Google Map di lampu isyarat pun satu kesalahan?”
“Ada ke kemalangan disebabkan pengguna jalan raya gunakan telefon ketika berhenti di lampu isyarat? ‘Timer’ 100 saat, saya perlu berborak dengan penunggang motosikal lain ke?”
“Ya saya pernah dikenakan saman kerana memegang telefon bimbit untuk menghantar pesanan suara (voice note). Suka atau tidak, penggunaan telefon bimbit sewaktu dalam kenderaan adalah satu kesalahan.”
Ads
Haa, apa pendapat korang dengan perkembangan terbaru ini?
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu sebab utama mengapa rakyat Malaysia mencintai musim perayaan adalah disebabkan kepelbagaian makanan yang dapat kita rasai. Di negara mana lagi dapat kita kongsikan keceriaan dengan hidangan makanan daripada kaum bermajmuk?
Sempena Tahun Baru Cina kali ini, REMAJA ingin menerokai maksud di sebalik hidangan masyarakat Tiong Hua yang sinonim dengan sambutan ini.
Oren Mandarin
Satu hidangan buah-buahan wajib setiap kali tiba perayaan Tahun Baru Cina. Nama oren ini dalam dialek Cina bermaksud emas. Menurut kepercayaan mereka juga, sekiranya korang membiarkan oren korang menjadi masam hingga kulitnya bertuuukar kehitaman serta berkulat, nasib korang dikatakan akan bertambah bertuah untuk sepanjang tahun!
Nanas
Ia merupakan satu lagi buah-buahan yang membawa tuah dalam budaya masyarakat Cina. Sebab itulah kita selalu mendapati buah nanas atau replika buah nanas ada di kediaman dan pejabat yang baru dibuka.
Haa, jika buah nenas terlalu berat untuk korang bawa ketika menziarahi kediaman rakan serta keluarga terdekat yang menyambut Tahun Baru Cina, bawa sajalah tart nenas untuk diberikan kepada mereka. Sama seperti buah nanas, ia membawa tuah kepada mereka yang menjamahnya. Tart nenas juga melambangkan ‘sweet times’ atau momen manis akan berlaku kepada korang pada tahun ini.
Tak sahlah sekiranya tiada hidangan ikan sewaktu makan besar. Dalam bahasa Mandarin, ikan bermaksud tuah yang meningkat. Rasa-rasanya, insan paling bertuah pada musim ini adalah nelayan serta tauke ikan disebabkan permintaan yang pasti naik mendadak!
Kek Beras Pulut atau Sticky Rice Cake
Pencuci mulut yang juga dikenali sebagai Nian Gao ini membawa makna ‘kek tahunan’ yang turut diintepretasikan sebagai ‘tahun meningkat’. Jika azam tahun baru korang adalah untuk meningkat prestasi, kemewahan dan kejayaan, pastikan korang makan Nian Gao banyak-banyak ya!
Pernah kan kita menonton filem-filem lakonan Jackie Chan di mana mereka ‘melantak’ kuaci beramai-ramai. Well, snek ini juga mempunyai makna mendalam bagi masyarakat Cina iaitu bilangan anak yang ramai. Ada yang sedang merancang untuk mempunyai zuriat tak tu? Hehe..
Selalunya, hidangan ini akan dihidangkan di kediaman masyarakat Kantonis kerana berdasarkan dialek mereka, black moss bermaksud kekayaan. Ia selalu ‘dipakejkan’ dengan dried oyster yang bermaksud ‘perkara baik’ dalam bahasan Kantonis.
*
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Malaysia meraih pingat perak dalam acara berpasukan lelaki TPB4 (kecacatan intelektual) Kejohanan Dunia Para Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2025 yang berlangsung di Kowloon, Hong Kong pada 20 Januari, semalam.
Pasukan yang terdiri daripada Muhd Zul Adly Majeni, Abang Yahya Abang Azhar, Mohd Hazim Sazali dan Mahamad Rizuan Madzhi melakukan aksi hebat dengan 3,035 jatuhan pin pada acara yang diadakan di pusat boling Kai Tak Sports Park.
Dalam pada itu, pasukan Australia yang dibarisi Allen Tyler, Ashley Poelstra, Matthew Hurst dan Allan Strong pula mengumpul 3,152 jatuhan pin untuk muncul juara.
Sementara itu, Singapura melengkapkan podium dengan membawa pulang pingat gangsa selepas Eric Foo, Mohamad Rausyan Yaacob, Muhammad Farhan Ismail dan Nixon Fan Jun Jie melakukan 2,972 jatuhan pin.
Terdahulu dalam kejohanan yang sama, Natasha Mohamed Roslan turut melakar sejarah apabila muncul sebagai juara, sementara Rafiq Ismail meraih naib juara. Selain itu, bagi skuad boling lelaki negara turut menyumbang emas kedua untuk negara dengan merangkul gelaran juara.
Sekadar info, Kejohanan Dunia Boling Para IBF 2025 bermula dari 17 Januari berlangsung sehingga Jumaat.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal Shuib, Watie Hanifiah, tidak mampu menahan sebak sewaktu mendengar ucapan graduasi anak tirinya, Dzahira Talita Zahra Shahmira, baru-baru ini.
Momen penuh emosi itu dikongsikan oleh Watie menerusi Instagram, di mana beliau meluahkan rasa terharu apabila nama “mummy” turut disebut dalam ucapan tersebut.
“Tahniah, sangat bangga dengan awak. Hujung-hujung kamera dah goyang sebab mummy dah mula menitik air mata dengar ucapan awak.
“Terima kasih kerana dalam ibu dan daddy, sentiasa ada nama mummy di bibir dan hati awak,” katanya.
Dalam ucapan itu, Talita turut mengungkapkan rasa sayangnya kepada ibu kandung yang sudah tiada, serta memberikan penghargaan menyentuh hati buat Watie.
“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada daddy, ibu dan mummy.
“Ibu, walaupun ibu tidak berpeluang untuk melihat saya bergraduasi sekolah rendah, saya akan sentiasa menyayangimu,” coretnya.
Apa yang lebih meruntun jiwa ialah apabila Talita mengakui bahawa kasih sayang Watie tidak pernah berbeza meskipun mereka tidak mempunyai pertalian darah.
“Untuk mummy Watie, walaupun orang ramai akan sentiasa menganggap mummy ibu tiri, saya sentiasa melihat mummy sebagai ibu yang sebenar,” tambahnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!