Selepas lebih kurang dua tahun berlalu, kini Pencarian Hero Remaja 2019 kembali menemui penonton lagi.
Untuk pengetahuan semua, sesi ujibakat Hero Remaja 2020 sedang hangat berlangsung di Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.
Antara nama besar yang lahir dari Hero Remaja ialah seperti Azhar Sulaiman , Badrul Muhayat, Esma Daniel, Norman Hakim, Eizlan Yusof, Kamal Adli , Fizo Omar, Fatah Amin dan ramai lagi la.
Menampilkan Scha Al-Yahya hari pertama dan Awal Ashaari hari kedua sebagai juri jemputan casting Hero Remaja 2020. Adakah seorang lagi Hero akan terlahir dari Edisi 2020 ini.
Ads
Corat Coret Minggu Pertama Casting Hero Remaja 2019
Bertuah badan punya pakej yang sempurna, rupa paras yang kacak dan bijak.
Azhar Sulaiman bukan nama asing dan merupakan pelakon 90-an yang masih relaven sampai ke hari ini.
Kini, hampir 30 tahun berlalu, Azhar bukan sahaja bergelar sebagai seorang pelakon malah seorang arkitek yang berjaya juga.
Untuk pengetahuan korang, Azhar Sulaiman merupakan bekas salah seorang finalis Hero Remaja 1990/1991 bersama-sama dengan Esma Daniel dan Badrul Muhayat.
Mengimbau sedikit kenangan ketika menyertai Hero Remaja, Azhar yang dihubungi pihak Remaja berkongsi kisah dan pengalaman yang dirasakan tidak sama seperti apa yang dilalui oleh finalis-finalis sekarang.
Mula menceburi bidang lakonan di zaman Universiti lagi, Azhar mula berlakon pada tahun 1989 menerusi drama Cinta dan Sayang. Fuh hebat tak hebatlah abang Hero Remaja kita ni, sekali datang casting terus dapat watak utama.
Sangat mementingkan ilmu dan pendidikan, menurut Azhar ketika menyertai pertandingan Hero Remaja pada tahun 1991 dia masih menuntut di ITM Manjung, Perak dalam bidang Diploma Senibina.
Menurut Azhar, apabila terjun ke bidang seni tidak semestinya kita tidak perlu belajar ke menara gading. Sebagai artis dan selebriti kita harus bijak mengunakan peluang yang ada untuk menimba ilmu dan mengembangkan bakat yang sedia ada.
Tambahan beliau lagi, bila sudah berjaya pula harus pandai menjaga diri, mulut dan kelakuan.
Ditanya apakah nasihatnya kepada bakal Hero Remaja 2020, ini jawapan yang diberikan Azhar Sulaiman buat adik-adik junior.
Sebagai seorang selebriti seharusnya kena pandai membawa diri dan membuat sesuatu dengan sepenuh jiwa dan raga bukan seperti melepaskan batuk di tangga.
Azhar juga sempat mengucapkan tahniah buat finalis yang berjaya ke episode akhir nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya nak buktikan kehadiran saya dalam bidang seni bukan main-main..”
Percubaan pelakon baharu yang semakin meningkat naik, Meerqeen untuk menembusi pasaran hiburan di Indonesia bermula dengan langkah kanan apabila bakal muncul dengan drama pertamanya yang diterbitkan oleh produksi negara seberang itu.
Meerqeen sewaktu sesi pra-produksi web drama Modus Operandi.
Setelah membina nama menerusi drama seperti Melur Untuk Firdaus dan Angkara Cinta, Meerqeen kini mula mengintai peluang untuk melebarkan pengaruhnya ke Indonesia sejak kunjungan pertama di Jakarta, beberapa bulan lalu.
Sesi bertemu peminat bersama gandingannya, Anna Jobling pada ketika itu di beberapa buah program bual bicara nyata tidak sia-sia apabila namanya dipancing untuk menjayakan sebuah web drama untuk Bank Rakyat Indonesia.
Selain Meerqeen, drama berjudul Modus Operandi ini telahpun menjalani penggambarannya selama seminggu di Jakarta bersama-sama pelakon tempatan lain seperti Krito Immanuel, Yusuf Mahardika, Diandra Agatha dan Maudy Effrosina. Biarpun ini merupakan kelibat pertamanya dalam sebuah produksi lakonan Indonesia, pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2020 ini telahpun memperolehi rezeki ditawarkan watak utama dalam drama yang diarahkan oleh Makbul Mubarak.
“Memang saya teruja, pada masa sama gemuruh untuk bekerjasama dengan mereka yang berpengalaman. Sedikit sebanyak ada perbezaan ketara terutama dalam cara kerja (dengan produksi di Malaysia).
“Tapi saya gembira kerana mereka banyak membantu terutama semasa proses pra-produksi. Kami terlibat dalam sesi latihan bagi melicinkan proses seterusnya. Ini memang memberikan pengalaman berharga kepada saya,” katanya.
Menariknya, biarpun web drama Modus Operandi ini hanya akan mula ditayangkan pada 4 November (Jumaat) menerusi saluran YouTube Bank Rakyat Indonesia, Meerqeen khabarnya telahpun dirisik oleh beberapa produksi Indonesia lain yang berminat untuk menawarkan peluang lain kepadanya – bukan sahaja tawaran lakonan malah juga pengacaraan.
Meerqeen yang masih memikirkan tawaran mana yang bersesuaian untuknya dalam nada syukur tidak menyangka rezeki sebegini akan hadir secepat ini.
“Alhamdulillah. Kalau kena dengan masa dan jadual, pasti saya terima. Apa sahaja perkembangan nanti akan diumumkan kepada semua.”
“Tanpa sokongan dan doa semua pihak terutama peminatnya yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya, tidak mungkin saya mampu melangkah sejauh ini. Kepercayaan yang diberikan ini membakar semangat saya untuk terus berusaha keras dan membuktikan kehadiran saya dalam bidang seni bukan main-main.
“Saya mahu serius menjadi insan seni yang disegani,” simpulnya yang tertarik dengan tawaran sebagai pengacaa sebuah program TV di Indonesia.
Haa, program apakah itu? Dan adakah Meerqeen akan terus-menerus mencari tapak di Indonesia seperti yang pernah dilakukan oleh beberapa pelakon lelaki Malaysia seperti Allahyarham Asyraf Sinclair, Keith Foo dan Miller Khan. Sama-sama kita nantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dirinya yang kini kembali sebagai mentor dan juri jemputan Hero Dewi Remaja 2023 pada episod ketiga akui bahawa terdapat perbezaan ketara dari segi personaliti yang ditampilkan oleh para finalis kali ini.
“Suprisingly bila saya tengok diorang ini, memang agak berbeza dari zaman Hero Remaja saya dulu, which is 15 years back. Diorang dah exposed to camera, ada keyakinan diri dan tiada istilah camera shy dalam diri.
“Namun ada segelintir yang kelihatan terlebih confident bagi saya. Mungkin diorang mahu kelihatan lebih menonjol di hadapan kamera dan sekeliling namun apa yang boleh saya pesan adalah overconfident is not good sebab ada kemungkinan membuatkan orang sekeliling kita annoyed,” jelasnya.
Pelakon drama Bio-Nik ini juga akui bahawa dirinya kagum dengan kualiti yang dipamerkan oleh barisan finalis kali ini.
“Secara keseluruhan saya amat impressed dengan diorang, which is pemilihan Hero Dewi Remaja kali ini betul-betul berkualiti sehinggakan sukar bagi saya nak bagi permakahan sebagai juri kerana saingan terlalu sengit.
“Pada pandangan saya, semua finalis masih berada pada tahap yang sama jadi sukar bagi juri untuk tentukan siapa pemenang cabaran minggu ini,” akuinya.
***
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 sudah mula ditayangkan menerusi lapan (8) episod, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!