Pernah tak terlintas untuk membuat Semakan Wang Tidak Dituntut?
Anda memiliki bank akaun yang sudah dilupakan? Atau deposit tetap yang sudah matang dengan arahan pembaharuan automatik yang tidak pernah anda semak untuk tempoh yang lama? Kemungkinan dana tersebut diklasifikasikan sebagai wang tak dituntut (WTD) dan berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah.
Siapa ingat lagi pasal Wang Tidak Dituntut (WTD) yang penah viral dulu? Gigih la orang beratur panjang semata-mata nak check WTD masing-masing yang tak tahu berapa jumlahnya…..
Sekarang tak perlu susah-susah nak beratur panjang, boleh check secara online je guys. So kalau korang rasa macam ada duit di bank tu, boleh ikut step dibawah ini.
Lengkapkan maklumat. Tanda seru tu penting, kena ingat tu ye, kejap lagi nak Log Masuk, dia akan tanya Nama Pengguna(username) dan Kata Laluan(password). Dah isi semua, klik Daftar..
Langkah 3 :
Ads
Selepas berjaya pendaftaran, semak details dalam email. Tapi itu sementara, sebab lepas ni korang kena tukar password.
No. 4 Dh boleh la Log In/Log Masuk yeeeee..
Langkah 5 :
Masukkan Nama Pengguna (username) dan Kata Laluan (password) yang bertanda !! Merah kat step No.2 tadi kemudian Klik Log Masuk
Langkah 6:
Ads
Kemudian, kena tukar password dan ingat! Klik Simpan
Langkah 7 :
assword settle, now kena update profile pulak. Ikut jela ape die nak.. Tengok kat gambo pin tu.. Selagi x siap update, xboleh guna eGumis ni. Maksudnye? Xboleh lg nak cek WTD korang tu. Ok update dulu profil ni., then klik Simpan
Langkah 8 :
Yes. Now baru boleh cek. Klik kotak panjang tu.
Langkah 9 :
Ads
Sila masukkan no IC yg nak disemak tu. Ops, jangan excited sangat. Dulukan IC sendiri/pasangan korang dulu sebelum nak tolong cekkan orang lain pulak ek.. Sebabnya, sistem ni benarkan utk semak hanya 2 no. IC je dlm sehari. Hahah. Aku pon xpaham kenapa ade limitation cmni. Nak semakkan orang lain punya, kena tunggu next day pulak la ye. Ni aku create akaun husband utk cek WTD ayah ibu aku sebab akaun nama aku dh cek WTD aku n husband aku tadi. Heheh.. xsabo nak tunggu esok, tu yg create 1 lagi.
Langkah 10:
Langkah 11 :
Langkah 12 :
Kalau rasa berbaloi, boleh la pegi cawangan-cawangan UNIT WTD terdekat utk buat tuntutan duit tersebut. Tp part ni aku xpasti la sebab xpenah pegi lg. Gambo last aku share cwgn Johor n Melaka. Or if nk gi HQ, Jbtn Akautan Negara Malaysia, Tingkat 42, Menara Maybank Jln Tun Perak KL.
Mudah kan nak check wang tidak dituntut ni? Semoga bermanfaat buat korang semua!
Sumber : Yatie Zul
Via : Viral Masyarakat Johor
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mula berlakon pada tahun 2014 sehingga kini, 25 tahun bukanlah satu masa yang singkat.
Mungkin disebabkan terlalu lama dalam industri, selebriti yang kini bergelar usahawan dan ahli politik, Datuk Hans Isaac membuat pengumuman bahawa dia ingin mengundurkan diri dari industri hiburan kerana tidak lagi mempunyai minat.
Menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram, bekas juri tetap Pencarian Hero Remaja 2020 ini akui semua perkara baik akan ada pengakhirannya.
“Seperti yang mereka katakan, semua perkara yang baik akan ada pengakhiran. Dan selepas 25 tahun sebagai PELAKON, itu bukan perjalanan yang terlalu buruk bukan? Saya telah direstui. Saya benar-benar direstui dan akan sentiasa bersyukur”-Hans Isaac
Antara filem yang dibintanginya selain Ringgit Kasorrga adalah Layar Lara, Amok, Gemilang, Buli, Cinta Luar Biasa, Baik Punya Cilok, filem Filipina berjudul Miss You Like Crazy serta City Sharks (Singapura).
Bahkan dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Layar Lara dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Buli Balik.
All the best and good luck Datuk!
Gambar: Instagram @hansisaac
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, menegaskan bahawa Gegar Vaganzaadalah sebuah jenama yang kukuh dan berprestij, yang bertujuan untuk mengangkat semula nama penyanyi senior.
Menurut Idlan, program ini memberikan peluang kepada artis-artis lama untuk kembali mendapat perhatian dan menghargai sumbangan mereka dalam industri muzik.
Sebelum ini, penyanyi terkenal Man Bai pernah menyuarakan pendapat bahawa dia tidak akan memasuki pertandingan realiti tersebut kerana beranggapan Gegar Vaganza adalah sebuah rancangan yang bertujuan untuk memalukan artis-artis yang terlibat.
Namun, pihak Astro tetap dengan pendirian mereka bahawa program tersebut adalah platform yang memberi peluang kepada artis-artis senior untuk kembali mengukir nama dalam industri muzik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hashtag #sepanjanghayyataira sedang trending ketika ini gara-gara gandingan pelakon baharu, Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim menerusi drama Sekali Lagi Cinta Kembali. Naskhah yang disiarkan di slot Akasia TV3 itu menjadi perhatian ramai dek keserasian yang ditonjolkan.
Biarpun gandingan mereka hanya menggantikan pelakon asal yang menarik diri di saat-saat akhir, namun itu bukan menjadi halangan untuk memberikan yang terbaik.
Buktinya gandingan serasi menjadi tuah kepada drama tersebut, biarpun mereka masih setahun jagung dalam dunia lakonan. Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah Aniq Suhair, si jejaka kacak yang mengisi kerusi lakonan sebagai Hayyat.
Di sini REMAJA senaraikan 10 fakta menarik mengenainya.
Nama penuh Aniq Suhair adalah Muhammad Aniq Suhair bin Mohd Salleh. Dia dilahirkan pada 21 Disember 2000 dan bakal menginjak usia 22 tahun.
Aniq merupakan anak sulung daripada empat adik beradik.
Jejaka tinggi lampai ini memulakan langkah di dalam bidang seni apabila dia menyertai pertandingan Hero Remaja 2020 anjuran majalah Remaja dan disiarkan di saluran Astro Ria.
Berjaya menjadi antara 12 finalis akhir Hero Remaja 2020, kehadiran Aniq di sesi uji bakat adalah tanpa pengetahuan kedua ibu bapanya.
Aniq aktif dalam sukan Taekwondo dan pernah menjadi juara dalam pertandingan sukan tersebut. Bahkan, ketika sesi uji bakat Hero Remaja, Aniq telah mempersembahkan seni bela diri tersebut sebagai salah satu bakat yang dimilikinya.
Tidak berjaya melangkah ke peringkat akhir Hero Remaja 2020, Aniq tersingkir pada peringkat episod ketujuh pertandingan.
Ketika episod tersebut, Aniq tersingkir bersama rakan seperjuangan iaitu pelakon dan penyampai radio Hotfm, Imran Aqil.
Biarpun tidak berjaya ke peringkat akhir pertandingan Hero Remaja 2020. Aniq walau bagaimanapun telah dinobat sebagai Hero Remaja Favorite 2020 berdasarkan jumlah undian tertinggi yang diraih hasil undian para peminat.
Aniq mengakui dirinya seorang yang pemalu.
Walaupun masih muda, Aniq kini merupakan seorang usahawan yang mengusahakan sebuah francais restoran Subway yang terletak di Q Avenue, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.