Di dalam surah al Baqarah ayat 255, ayat kursi disebut sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran.
Ayat kursi diturunkan selepas berlakunya hijrah Nabi Muhammad SAW. Dan ketika turunnya ayat ini, ia diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis yang sudah berjanji untuk menyesatkan umat hingga ke akhir zaman juga menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang akan menjadi halangan dalam perjuangan mereka (sebab itulah dalam cerita-cerita Melayu, banyak menunjukkan pengamal perubatan membaca suratul kursi ketika “pertembungan” dengan jin dan syaitan dalam usaha menghapuskan / membakar mereka).
Selepas turunnya ayat kursi ini, maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya. Antara lain seperti dikongsikan dalam blog Shafiqolbu ayat ini disebut “Ayat Kursi” kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, yang membawa maksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’. Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.
Membawa maksud, Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
Ads
Membaca ayat Kursi memberikan banyak kelebihan seperti mana di dalam hadis daripada Abu Umamah RA.
Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie .
Jadi cara paling mudah masuk kiat semua masuk ke syurga Allah hanyalah kita perlu membaca ayat Kursi sebaik habis solat. Jangan ditinggalkan kerana ternyata ia akan merugikan kita sendiri di Padang Masyhar kelak.
Sebelum diakhiri dengan doa yang sering kita minta kepada Allah SWT, biasakan diri membaca ayat kursi sebelum diakhiri dengan doa. Ternyata ganjaran dan kelebiha yang ditawarkan bagi kita dengan mudah memasuki syurga Allah sangat mudah dan rugi jika kita tidak serius mengamalkannya.
Ads
Untuk perkongsian kita juga, turut dinyatakan beberapa kelebihan membaca ayat kursi ini.
Antaranya, dari Anas bin Malik r.a. berkata,
"Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat." Fadhilat ayat Kursi selainnya:* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya".
Ads
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."
* Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."
Sebenarnya banyak lagi kelebihan membaca ayat kursi ini dan dengarkanlah video perkongsian ustaz Jafri, Dr Abdul Basit | Dr Khalid Basalamah | Tuan Guru Dato' Ismail Kamusmengenai kelebihan membaca ayat kursi ini selepas solat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya rata-rata masyarakat kita sudah mengetahui tentang aplikasi Tik Tok, iaitu sebuah platform sosial video pendek yang diiringi dengan muzik. Ramai yang menggunakan aplikasi ini untuk menghiburkan diri, termasuklah berlakon dan menari.
Namun begitu, ada yang menyalahgunakan aplikasi ini dengan membuat aksi lucah dan tidak senonoh. Impak kepada pengunaan aplikasi ini juga adalah sangat besar jika individu tersebut tidak mampu untuk menanganinya. Jika tidak bagaimana boleh berlaku insiden yang meragut nyawa di Pakistan dan India oleh pengguna Tik Tok.
Negara India juga turut mengharamkan aplikasi ini dan khabarnya Amerika Syarikat juga bakal mengharamkan penggunaan Tik Tok.
Walau bagaimanapun, ada yang bertanyakan apa hukumnya kegilaan anak-anak muda sekarang dengan aplikasi Tik Tok dimana mereka tanpa segan silu menunjukkan gaya menari sama ada lelaki dan perempuan ditayangkan kepada umum?
Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus menerusi laman Facebooknya.
Menari dikhalayak ramai tanpa ada perbuatan yang haram hukumnya adalah makruh dan terhitung sebagai perbuatan yang menunjukkan kekurangan dan kebodohan.
Jika ada ketika menari itu suatu yang haram seperti nampak aurat atau berpakaian ketat atau seksi atau gerakkan yang lucah atau keji maka hukumnya adalah haram dan pelakuan menari pada saat ini adalah maksiat dan yang melihatnya dikira melihat perkara maksiat.
Ustaz Azhar Idrus
Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah:
Ertinya: “Maka ulamak mazhab Hanafi dan Maliki dan Hanbali dan Al-Qaffal dari mazhab Syafie berpendapat menari adalah makruh dan berdalil dengan bahawa kerana pelakunya itu kurang dan bodoh dan menari itu setengah dari perbuatan yang menjatuhkan maruah dan sungguhnya ia termasuk perbuatan sia-sia.
Dan hukum makruh ini ialah selama tidak disertai suatu yang haram seperti arak dan terbuka aurat dan umpamanya maka jika ada yang tersebut itu maka haram menari dengan sepakat ulamak.”
Diharap agar penjelasan ini dapat memberikan pencerahan sebagai ilmu pengetahuan buat semua.
Penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza baru sahaja melancarkan single terbarunya Kuasa Cintamu di siaran YouTube. Apa yang menariknya, video muzik tersebut menggunakan konsep one take shot atau one taker, iaitu rakam secara terus menerus dari mula sehingga habis tanpa cut.
Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang menjelaskan bahawa penggambaran muzik video Kuasa Cintamu adalah sangat mencabar kerana jika silap satu part, kena buat dari awal. Semua part kena alert dan dia turut melakukannya dalam beberapa kali juga. Paling mencabar bila nak tukar dari baju kuning ke merah, mereka hanya mempunyai masa 11 saat sahaja.
Muzik video one shot take ini sebenarnya sudah biasa dilakukan oleh selebriti luar negara. Jom kita lihat antara muzik video lain yang pernah dilakukan secara one shot take.
1. Miley Cyrus
Wrecking Ball
2. Panic At The Disco
Girls/Girls/Boys
3. Linkin Park
Bleed It Out
4. Sia
Chandelier
5. Big Bang
Love Song
6. EXO
Growl
7. BTS
Save Me
8. Super Junior
It’s You
9. Maroon 5
Memories
10. LANY
Thick and Thin
Ha, macam tak percaya kan? Hasilnya tetap wow!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar berita tentang kejadian lif yang terhempas dan mengakibatkan kecederaan, malah boleh juga menyebabkan kematian pada orang awam.
Kejadian seperti ini biasanya berlaku di kawasan perumahan flat kerana dengan kepadatan penduduk disitu, macam-macam juga ragam apabila menggunakan kemudahan lif yang disediakan.
Baru-baru ini, tiga daripada lima penduduk di Flat Taman Batu Permai cedera selepas lif yang dinaiki mereka terhempas. Semua mangsa masuk ke lif berkenaan dari tingkat lima sebelum secara tiba-tiba ia terhempas, namun secara perlahan sehingga ke aras bawah.
Namun begitu, ada beberapa tip yang korang boleh buat sekiranya berlaku kejadian lif terhempas. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Jangan melompat sebab ia akan menambah kelajuan lif dan korang tidak tahu bila lif tersebut akan sampai ke bawah
2. Letakkan alas dibawah kaki dengan beg atau sebagainya untuk kurangkan impak
3. Bengkokkan kaki sedikit untuk kurangkan impak kecederaan
4. Jika lif tiada orang, baring secara mendatar di lantai lif untuk kurangan daya hentakan pada mana-mana anggota badan kita
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan mengelakkan daripada berlaku kecederaan yang lebih teruk. Apa-apa pun, jangan panik dan lakukanlah seperti tip yang diberikan diatas.
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.