
Sesetengah individu, mereka tidak pasti jenis kulit sendiri sama ada normal, kering, berminyak atau mempunyai kombinasi kulit.
Dah jadi masalah pula bila nak pilih skincare yang sesuai untuk kulit. Bila beautician tanya jenis kulit, mula la terpinga-pinga.
Jangan terkejut sebab memang ada perempuan yang memang tidak peka tentang kulit mereka.
Nah, kalau korang pun masih confused, berikut ada satu cara mudah yang diajar oleh Herry Rozular untuk mengenali jenis kulit dengan hanya menggunakan tisu.
Cuci muka bersih-bersih, 3 atau 4 jam, selepas tu ambil tisu dan koyakkan kepada 4 bahagian. Kemudian, tepek pada dahi, hidung dan dagu.
Senang je kan?
So, macam mana nak tahu sama ada kulit korang tu normal, kering, berminyak atau combination skin, rujuk kenyataan di bawah:
1. Kulit normal

Keempat-empat tisu tadi tak melekat sekejap saja, lepas tu jatuh dan tak melekat dah. Tak pun, kalau kulit nampak biasa tak ada menggelupas, tak bersinar apa semua, pori tak nampak, tu tandanya kulit korang normal.
2. Kulit kering

Tisu-tisu tadi tak melekat langsung. Baru je nak letak, terus jatuh. Kulit pun nampak menggelupas, kasar dan kusam.
3. Kulit berminyak

Keempat-empat tisu tersebut melekat dan tak jatuh. Selepas 3 atau 4 jam cuci muka, nampak berkilat sebab minyak. Kalau sentuh memang dekat jari tu terasa ada minyak. Pori pun nampak jelas terbuka.
4. Combination skin

Tisu hanya melekat di dahi, hidung dan sesetengah kes ada juga melekat pada dagu tapi tak di pipi. Boleh tengok pada hidung berkilat ada minyak dan kering sangat-sangat. Itu maknanya combination skin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Scotland Jadi Negara Pertama Beri Pad & Tampon Secara Percuma

Haid atau datang bulan merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk membuatkan seseorang wanita itu mengandung.
Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21-35 hari.
Terdapat beberapa pilihan yang boleh digunakan ketika haid dan antaranya adalah pad, tampon dan menstrual cup. Namun, di negara kita kebanyakan wanita biasanya akan memilih untuk memakai pad ketika datang bulan.

Tahu tak korang bahawa Scotland merupakan negara pertama di dunia yang menyediakan produk-produk sanitasi yang diperlukan wanita ketika datang haid diberikan secara percuma?
Anggota Parlimen Scotland (MSP) telah meluluskan Rang Undang-Undang untuk produk haid (peruntukan percuma) setelah diperkenalkan pertama kali pada tahun 2017.
Masalah kesukaran untuk mengakses produk menstruasi ini didorong dengan tiga sebab, termasuklah kos yang perlu dikeluarkan untuk membeli produk, kurangnya pendidikan, stigma dan rasa malu untuk memperkatakan tentang hal ini.

Wanita dianggarkan menghabiskan purata £ 13 sebulan untuk membeli keperluan produk haid dan beberapa ribu pound sepanjang hayat.
Dengan undang-undang ini, Scotland akan menjadi negara pertama yang membantu kemiskinan untuk mendapatkan produk menstruasi dengan keadaan rakyat yang tertekan kerana mempunyai masalah kewangan akibat pandemik COVID-19.
Undang-undang ini juga mewajibkan universiti, sekolah menengah dan institusi tinggi menyediakan produk tersebut di semua tandas yang sesuai. Kementerian juga akan menetapkan institusi awam yang bertanggungjawab untuk meletakkan produk menstruasi di farmasi atau pusat komuniti.
Namun begitu, produk ini tidak akan diberi percuma secara universal, hanya sah dan disediakan secara percuma untuk orang yang memerlukannya. Dianggarkan skim ini menelan belanjar sekitar 24 juta pound setahun.
Wah, terbaik Scotland!
Mungkin ada yang memandang ringan tentang isu ini, namun ia perlu diberi kesedaran buat seluruh masyarakat khususnya mereka yang tidak berkemampuan. Dengan inisiatif ini kami yakin sedikit sebanyak pihak kerajaan dapat membantu golongan susah dalam menjaga kebersihan ketika datang bulan.
Sumber: CNN, The Guardian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
11 Tahun Setia Dengan innisfree, YoonA SNSD Akhirnya Ucap ‘Bye-Bye’ Tapi Sempat Kongsi Tip

Bukan pendek tempoh 11 tahun untuk seseorang itu setia menggunakan 1 jenama produk kecantikan dan kosmetik.
Namun, bintang K-pop dari grup Girls Generation dan kini pelakon ternama, YoonA tetap setia dengan jenama kecantikan dari Korea Selatan, innisfree.

Wajahnya sering terpampang pada iklan digital, televisyen dan poster pada pek produk dan di stor innisfree.
Apa sebenarnya yang membuatkan YoonA mampu setia dengan jenama itu? Mesti ada produk yang istimewa untuk dirinya, kan..
Produk innisfree Kegemaran
Sejak 2009 lagi, YoonA telah menggunakan rangkaian produk jenama tersebut.
Dalam satu temuramah bersama Nylon Singapura, YoonA menyifatkan dirinya tak mudah untuk ‘lompat jenama’ kerana dia sering dalam keadaan on-the-go dan mengembara dari satu negara ke satu negara untuk menjayakan persembahan, penggambaran drama dan perjumpaan dengan peminat.
Jadi bagi mengurangkan risiko masalah kulit, dia kekal menggunakan produk dari jenama sama iaitu innisfree sepanjang 11 tahun bersama mereka.

Antara kelebihan pada innisfree yang diakui oleh YoonA adalah bagaimana ia memberi pelbagai kelebihan dalam satu botol. Ini sekaligus mengurangkan jumlah botol produk yang perlu dibawanya ke sana-sini.
Apabila ditanya mengenai produk kegemarannya dari innisfree, YoonA pantas menjawab sheet mask dan juga serum yang amat popular di kalangan pengguna jenama tersebut.

“Sheet mask berkesan untuk mendapatkan kesan kulit glowing secara pantas. Saya selalu memakainya sebelum pesawat berlepas, semasa di atas pesawat atau selepas pesawat saya mendarat.
“Green Tea Serum dari innisfree pula adalah produk yang saya tidak akan skip kerana ia adalah salah satu langkah penting dalam rutin kecantikan saya pada setiap hari,” katanya. Well, memandangkan kulit YoonA sememangnya f-l-a-w-l-e-s-s, mungkin itulah rahsia sebenarnya.

Tribute Istimewa Untuk YoonA
Justeru, apabila YoonA dilaporkan tidak lagi akan menyambung kontrak sebagai duta innisfree bermula akhir Ogos ini, tentulah ramai yang akan merindui wajahnya di stor jenama itu.
Sebagai tribute kepada penglibatan YoonA, innisfree baru-baru ini melakukan throwback comel dalam bentuk video dengan mengumpulkan semula momen YoonA dalam CF yang dilancarkan oleh mereka selama 11 tahun ini.
Pek Baru Serum
Bercakap tentang Green Tea Serum kegemaran YoonA itu, kini ia telah didatangkan dalam pek baru bersaiz jumbo dan diperbuat daripada botol kertas. Ia bukanlah sepenuhnya diperbuat daripada kertas, namun mengandungi 51.8% kurang bahan plastik daripada botol normal (160ml)

Edisi terhad ini adalah untuk mempromosikan pengurangan bahan plastik dalam pembuatan produk kecantikan. Korang boleh memiliki edisi terhad Green Tea Serum ini di stor innisfree seluruh negara.
Selain itu, antara produk terbaru innisfree pilihan REMAJA yang baru saja memasuki stor pada bulan Ogos ini adalah:
2020 My Palette F/W Collection

2 jenis palet pembayang mata dengan 8 tona warna setiap satu : Before Sunrise dan Before Sunset.
Blueberry Rebalancing Line

Seriously, siapa yang tak sukakan bau blueberry! Blueberry sebenarnya kaya dengan kelembapan, anti-oksidan dan mineral.
Istimewanya, rangkaian yang terdiri daripada cleasing water, cleanser, losyen, krim dan watery sun cream ini hanya dijual di Lazada saja.
Super Volcanic Pore Cleansing Foam 2X

Selalu berdepan dengan blackhead, whitehead dan kulit tak sekata pada hidung seperti tiny bumps? Haa, ini adalah solusi untuk membersihkan liang pori korang.
Mana tahu dalam waktu singkat je, kulit korang boleh menjadi flawless seperti YoonA! Hehe..
*
Anyway, korang pastinya ingin tahu mengenai trend glass skin yang masih hangat diperkatakan oleh remaja perempuan di Korea Selatan.
Kulit ‘Korean Glass’ Jadi Trend Terbaru 2020, 6 Langkah Ini Boleh Kamu Ikut
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Orang Jepun Gila Shopping Online, Rakyat Malaysia Tak Masuk Dalam Carta Tapi Habiskan RM100 Juta Sehari

Berdasarkan laporan perniagaan terbaru yang dikeluarkan oleh laman web Statista, negara Jepun menduduki carta pertama gemar membeli belah menggunakan telefon bimbit selain tablet.
Dalam laporan perniagaan terbaru bernilai 130 bilion, yang dicatatkan oleh 3000 peniaga atas talian, dalam banyak-banyak negara Asia, Jepun menduduki carta teratas iaitu sebanyak 49 peratus.

Ini bermakna, kesibukan dengan kerja di mana sesiapa yang balik awal dikatakan sebagai pemalas mungkin menjadi trend mengapa penduduknya lebih gemar membeli belah menggunakan telefon bimbit.
Bukan saja sibuk dengan kerja, malah kajian terbaru mendapati, kebanyakan perempuannya tidak ghairah melakukan hubungan kelamin kerana terlalu obses dengan kerja sehingga kadar bersalin di negara itu menjadi begitu rendah.
Laporan terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat pengiklanan digital Criteo, 30% transaksi e-dagang di seluruh dunia banyak berlaku menggunakan peranti mudah alih. Tahap pembeli juga jauh berbeza. Sementara pembeli dari negara Asia menggunakan hampir separuh daripada pembelian mereka menggunakan telefon bimbit.

Ini jauh berbeza dengan negara maju seperti Amerika Syarikat yang hanya melibatkan27 peratus sahaja. Brazil menjadi negara paling rendah menggunakan telefon bimbit dalam kira-kira satu dari empat transaksi dalam talian.
Menariknya, pembelian mudah alih sebegini, penduduk Asia dijangka akan terus menarik minat rakyat untuk membeli telefon pintar yang sudah menjadi keutamaan mereka di masa akan datang.
Jika dahulu, membeli belah hanya di kedai runcit dan pasar raya tetapi kini trend jauh berubah. Dahulu orang tidak mempercayai telefon bimbit sebagai alat membeli barangan tetapi selepas iPhone keluaran pertama dengan skrin yang lebih besar berbanding telefon lain, selain cara pembelian yang lebih dipermudahkan, sekarang membeli secara atasa lain adalah perkara biasa.

Menurut angka ComScore, pembelian produk juga bergantung pada bagaimana produk itu menarik perhatian mereka. Ternyata barangan peribadi dan permainan mencatat jumlah paling tinggi permintaannya.
Rakyat Malaysia di mana?
Disaat kita berbicara soal ekonomi yang kurang stabil, pengganguran yang semakin bertambah, rakyat Malaysia pula sebenarnya telah membelanjakan RM100 juta dalam tempoh sehari pada 11.11.2017 yang lalu.
Dipetik kenyataan dari akhbar Sinar Harian, Pengarah Ekonomi, Perdagangan dan Integrasi Serantau di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Firdaos Rosli berkata, Malaysia adalah pasaran permainan dalam talian terbesar di Asia Tenggara di mana kira-kira RM2.45 bilion dibelanjakan dalam tempoh 10 bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga mempersoalkan sama ada penyusutan ringgit benar-benar menjadi satu isu, bagaimana rakyat Malaysia mahu menjelaskan yang dalam sembilan bulan pertama 2017, Malaysia mengimport kira-kira dua kali ganda nilai telefon mudah alih (RM6.85 bilion) berbanding kereta berenjin 1.5 hingga tiga liter (RM3.47 bilion)?
“Malah nilai import telefon mudah alih adalah lebih tinggi daripada import makanan utama kita seperti beras, susu dan krim, kopi, bawang, kelapa, kacang soya, jagung, susu tepung dan krim digabungkan! Selain itu, harga runcit produk terbabit selalunya jauh lebih tinggi,” tambahnya.
Menurutnya, pengukuhan dolar US berbanding ringgit sejak September 2014 tidak menghalang rakyat Malaysia daripada berbelanja ketika berada di seberang laut.
“Merujuk kepada data Bank Negara terbaru, pada 10 bulan pertama 2017, nilai transaksi kad kredit rakyat Malaysia di seberang laut telah meningkat daripada RM10.9 bilion pada 2015 kepada RM12.3 bilion pada 2016 dan RM13.2 bilion pada 2017. Malah, nilai pendahuluan tunai oleh kad kredit Malaysia di luar negara meningkat 68.9 peratus pada 2017 berbanding tempoh yang sama pada 2015

Firdaos berkata, bilangan urus niaga dan pembelian dalam negeri mencatatkan aliran menaik serta data menunjukkan bahawa rakyat Malaysia terus berbelanja di luar negara walaupun hidup dalam era dolar yang kukuh sejak akhir 2014.
Mungkin belum menyamai negara Jepun tetapi keghairahan rakyat Malaysia membeli belah juga mungkin akan meningkat pada masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

