Cara Nak Tahu iPhone Korang Original Atau Refurbished

Share

Bila beli handphone secara online, kadang timbul rasa was-was sama ada handphone tu original atau refurbished. Iye la, jual harga ori takkan dapat phone yang pernah orang guna. Siapa tak tension

kan?

Fyi, refurbished ni bukan bermakna handphone tu tak original dan ia juga bukanlah handphone secondhand. Untuk lebih mudah faham, set handphone refurbished adalah telefon bimbit yang telah digunakan tetapi mempunyai minor problem yang tak melibatkan motherboard atau handphone yang digunakan hanya untuk sementara waktu.

Jadi, Remaja nak kongsi kan cara macam mana nak tahu sama ada iPhone yang korang beli tu original (retail) atau refurbished.

1. Setting

2. General

3. About

4. Serial number

5. Lihat pada model number

Panduan:

Jika huruf pertama adalah ‘M”, maka iPhone korang original (retail) model, tapi kalau huruf pertama adalah “N”, maka ia adalah refurbished set.

Ok boleh try sekarang.

IKLAN