
Dalam ramai-ramai kawan di Facebook, mesti ada seorang dua yang selalu buat korang ‘rengsek’ setiap kali tengok dia update status kan?

Paling tidak pun, bila mood tak berapa nak okay memang apa saja si polan tu buat ada saja yang tak kena di mata kita. Lebih teruk lagi, kalau ada kawan-kawan yang sejenis suka meroyan.
Apa nak buat eh?
Mungkin korang rasa cara block tu kejam sangat, jadi sekarang ni tak perlu pun nak unfollow atau unfriend secara tetap kerana Facebook dah mempunyai satu feature yang membolehkan korang untuk ‘berehat’ selama 30 hari daripada sebarang posting rakan Facebook yang telah di ‘snooze’ kan.

Facebook akan memberikan notification jika tempoh snooze ini bakal berakhir dan korang juga boleh terus mengaktifkannya semula selama 30 hari jika mahu. Feature ini juga boleh di ‘undo’ pada bila-bila masa.
So, tak ada isu la kalau lepas ni rasa rimas dengan posting rakan lain di Facebook, korang boleh je cuba-cuba untuk snooze dorang dulu. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Empat Tahun Sekali Jumpa Tarikh Ini, 5 Fakta Orang Yang Lahir 29 FEBRUARI!

Fuh, empat tahun menunggu tarikh istimewa ini.
Tahun lompat ataupun leap day wujud dalam kalendar Masihi kerana ia selari dengan perkiraan pusingan planet bumi kita mengelilingi matahari.
Ya hari ini 29 Februari 2024! Maknanya tahun 2028 baru kita kan berjumpa lagi dengan tarikh keramat ini. Perghhh lama lagi tu!

So, hari ni REMAJA nak share dengan korang apa yang menarik tentang tahun lompat ni:
1. Mereka yang lahir 29 Feb adalah sangat ‘rare’
Anak yang lahir pada tanggal 29 Feb adalah sangat jarang, iaitu sekitar 0.068 peratus. Di dunia, hanya ada sekitar 4.1 juta kelahiran pada tarikh ini. Malah, dianggarkan orang yang lahir 29 Februari ni hanya satu dalam 1500 orang.
2. Terpaksa meraikan ulang tahun kelahiran di hari lain.
Kebanyakkan anak yang lahir pada 29 Feb disebut sebagai ‘leapling’ atau ‘leapers’. Ia kerana mereka perlu menunggu setiap 4 tahun untuk meraikan ulangtahun kelahiran. Rata-rata mereka menyambut hari lahir pada 28 Feb atau 1 Mac pada tahun bukan tahun lompat.
Di Hong Kong, orang yang lahir 29 Haribulan akan sambut pada 1 Mac. Tapi di New Zealand mereka akan menyambut pada 28 Februari. Jadi, kalau korang yang lahir 29 Februari, boleh lah terbang ke kedua-dua negara pada tarikh tersebut untuk sambut birthday dua kali.
3. Lebih Disayangi
Memiliki cahaya mata yang lahir pada 29 Feb biasanya akan merasai banyak emosi yang dirasakan menjelang ulangtahun kelahirannya yang akan tiba. Jadi, lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan menantikan tarikh ini, membuatkan mereka lebih disayangi dan menjadi lebih perhatian.
4. Rekod tiga generasi lahir 29 Feb
Menurut Guiness World Records, satu-satunya keluarga yang memiliki tiga generasi berturut-turut lahir pada 29 Feb adalah keluarga Keoghs, daripada datuknya 29 Feb 1940, kepada si ayah 29 Feb 1964 dan juga cucu 29 Feb 1996.
5. Tahun Katak
Disebabkan 29 Februari dikenali sebagai tahun lompat, jadi katak merupakan binatang paling signifikan untuk tarikh tersebut.
*
Sekadar info, Bumi mengambil masa selama 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 46 saat untuk melengkapkan putarannya mengelilingi matahari. Disebabkan kelebihan jam ini, maka satu hari tambahan diberi pada bulan Februari untuk setiap 4 tahun, maka terhasilkan tahun lompat dan 29 Februari.
Bagi korang yang akan menyambut hari lahir pada 29 Februari, REMAJA ucapkan Happy Birthday!
BACA LAGI :Mandi Serbuk Kayu Manis Untuk Dapat Jodoh Cepat, Tradisi Tradisonal Di Denmark
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Live The Journey, The Asian Parent
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
KPM Cari Lebih 18,000 Guru Baharu, Graduan Pendidikan UPSI Minta Diberi Keutamaan

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin sebelum ini menjelaskan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat pengambilan khas guru secara ‘one-off’ bagi mengisi kekosongan guru yang dihadapi di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.
Ia akan membabitkan pengambilan sejumlah 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 dan iklan pengambilan itu akan disiarkan pada 7 Julai nanti, manakala penempatan secara berperingkat-peringkat bermula pada Oktober nanti.
Sehubungan dengan itu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencadangkan agar KPM memberi keutamaan kepada graduan pendidikan bagi mengisi kekosongan jawatan guru di sekolah-sekolah di seluruh negara.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan calon pendidik terlatih dan telah mengikuti pelbagai latihan profesionalisme guru.
Menurutnya lagi, selain kemahiran mendidik, graduan ISMP juga dilengkapi pelbagai kemahiran profesionalisme keguruan, komunikasi, penyelesaian masalah, teknologi IR 4.0 dan pengurusan hubungan antarabangsa.

UPSI akan segera menghantar senarai nama graduan pendidikan dalam bidang yang disebutkan KPM selain meminta semua graduan ISMP agar segera mendaftarkan diri untuk mengisi kekosongan penempatan itu.
Ha, bagi graduan yang berkelayakan, korang boleh bersedia untuk memohon pada 7 Julai nanti. Ini merupakan peluang untuk individu yang layak mendapatkan pekerjaan dan menimba pengalaman dalam bidang perguruan.
Selamat berjaya!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekolah Tak Buka Bukan Alasan Pelajar ‘Honeymoon’, Satu Lagi Slot Program TV Pendidikan Di Astro Mulai 4 Mei

Nak tuntut ilmu dekat mana-mana pun boleh..
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini ada mengumumkan sekolah tidak akan dibuka awal walaupun tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

Menurut beliau, sesi persekolahan di seluruh negeri akan ditangguhkan sehingga wabak Covid-19 pulih sepenuhnya.
Terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) telah bersetuju untuk bekerjasama bagi menyiarkan Slot Program TV Pendidikan di saluran Tutor TV, Astro. KPM berkata, kerjasama itu merupakan tambahan kepada siaran slot TV Pendidikan yang kini bersiaran di saluran TV Okey, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula 6 April 2020.

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan akses murid kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian. Pendekatan ini juga membantu murid yang tidak mendapat capaian internet mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pasca PKP.

Untuk info, Slot TV Pendidikan di saluran Tutor TV, Astro akan mula bersiaran pada 4 Mei 2020 dan akan disiarkan selama dua (2) jam pada setiap Isnin hingga Jumaat. Bukan itu sahaja, waktu siaran program terbabit bermula pada jam 10 pagi hingga 11 di saluran 601 dan 11 pagi hingga 12 tengah hari menerusi saluran 603.
Ulang Siaran
Rancangan ini turut akan diulang siar pada jam tiga hingga empat petang di saluran 601 dan jam empat hingga lima petang di saluran 603 pada hari yang sama.
“Selain itu, program ini juga dapat ditonton secara percuma pada bila-bila masa menerusi aplikasi Astro GO yang boleh dimuat turun menggunakan peranti dengan sistem pengoperasian Android dan iOS”
Jadi untuk tidak ketinggalan program TV ini, pastikan periksa jadual rancangan yang boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.

KPM yakin bahawa melalui kerjasama dengan Astro ini akan memberi manfaat kepada murid, guru dan ibu bapa bagi membolehkan proses PdP dilaksanakan dengan lebih meluas terutamanya dalam keadaan yang mencabar pada masa ini.
So selamat menonton TV sambil belajar.
Sumber: Sinar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

