Kadang kala bila kerap ke salon sama ada untuk memotong, mencuci atau membuat warna, kesannya rambut menjadi kasar, mudah beruban dan kekeringan.
Memang segan jika usia muda rambut kelihatan beruban, kasar dan tidak menarik. Yalah, apabila melakukan rebonding tentu saja ubat-ubatan dicampur kimia digunakan untuk meluruskan, mewarna dan sebagainya. Itu belum lagi penggunaan hair dryer yang boleh merosakkan rambut jika kerap digunakan.
Bagi korang yang ada masalah ini, jangan la risau ya sebab banyak bahan-bahan alami yang boleh digunakan untuk menyubur dan menyihatkan semula rambut yang sudah rosak dan kembali menghitamkannya semula.
Jangan tak tahu, air teh yang telah direndam semalaman merupakan cara terbaik untuk menghitamkan kembali rambut. Kos murah saja tetapi kesannya mampu membuatkan rambut korang kembali bersinar.
Cara membuatnya :
Selaing uncang, adakalanya kita gunakan beberapa senduk teh untuk membuat sama ada teh o atau teh tarik. Biasanya baki teh itu kita buang begitu sahaja.
Selepas ini baki teh itu jangan buang dan rendamkan dengan sedikit air pans untuk mendapatkan mendapan dan kepekatan teh itu. Jangan campur dengan gula sebaliknya biarkan tawar.
Ads
Pastikan teh itu terendam seharian dalam bekas bertutup. Ini agar teh tidak tercemar oleh bendasing selain cara paling mudah untuk menyejukkan teh.
Fungsi teh yang telah direndam ini
Ia akan menghitamkan kembali rambut yang rosak akibat penggunaan bahan kimia atau beruban. Untuk mengelakkan rambut kerap rosak, jangan terlalu kerap ke salon melakukan pewarnaan, penggunaan hair dryer dan cara ini juga mampu membuatkan akar rambut kembali sihat.
Ads
Warna teh pekat ini akan bertindak sebagai pewarna asli kerana pada zaman dahulu, air lebihan teh berfungsi sebagai menghitamkan rambut, memcegah tumbuhnya uban dan sebagai tonik untuk rambut.
Harus diingat, untuk mendapatkan betul-betul rambut kelihatan hitam, pakailah setiap hari selama dua minggu dan insya Allah, rambut akan kelihatan hitam berkilat.
Cara menggunakan air teh sebagai penghitam rambut
Ads
-Proses ini dilakukan 2 jam sebelum mandi setiap pagi
-Ambil air teh sahaja dan bukannya serbuk teh berkenaan.
-Cuci tangan dengan bersih, celupkan kedua telapak tangan sampai basah dan ratakan ke seluruh rambut.Boleh juga dengan menyiramnya ke kepala.
-Sapu rata-rata dan biar untuk satu tempoh sekurangnya 2 jam.
-Selepas itu bilas dengan air bersih dan elakkan penggunaan shampoo. Boleh gunakan shampoo sehari selepas itu atau sebelah petang.
-Untuk dapatkan rambut sihat, gunalah bahan alami agar rambut sentiasa sihat dan kelihatan cantik dan jangan bergantung kepada bahan kimia dengan kerap.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lebih dua minggu berkampung di Kuching, Sarawak. Akhirnya Miss Tourism International 2022/23 telah berjaya menemui juara baharu. Marima Suphatra Kliangprom yang mewakili Thailand berjaya mengalahkan 39 peserta lain yang datang dari seluruh pelusuk dunia.
Dalam majlis gilang gemilang yang diadakan dia Raia Hotel & Convention Centre itu, acara dimulakan dengan persembahan tarian kostum nasional oleh setiap peserta. Masing-masing tampil unik dalam kostum yang melambangkan budaya negara masing-masing.
Dari 40 peserta, mereka kemudiannya dikecilkan kepada 10 peserta terbaik sahaja. Dalam sesi soal jawab, kesemua 10 peserta akhir diberikan soalan yang sama. Mereka ditanya tentang mengenai isu bagaimana untuk mempromosikan pelancongan mapan antara negara.
Selaku juara, Marima memberikan jawapan yang cukup menarik dan relevan dengan landskap sosial masa kini. Ujarnya, “Idea saya tentang mempromosikan pelancongan mapan adalah menerusi kuasa media sosial di semua platform. Untuk mempromosikan agro pelancongan.
“Sebagai contoh di negara saya kebanyakan penduduknya berkecimpung dalam sektor agrikultur. Jadi saya mahu semua untuk merasai pengalaman itu bersama rakyat tempatan dan belajar tentang agrikultur. Kerana saya percaya cara terbaik untuk pelancongan mapan adalah untuk mengekalkan dan merasai apa yang ada di dalam negara itu.”
Selain Marima yang bergelar juara, pemenang tempat kedua jatuh kepada wakil Venezuela, Laura Zabaleta dan tempat ketiga pula di menangi oleh wakil Filipina, Maria Angelica Pantaliano. Selain mereka, tujuh lagi wakil negara yang berjaya menembus ke jajaran top 10 adalah Singapura, Amerika Syarikat, New Zealand, Malaysia, Burundi, Australia dan Rusia.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA. Wakil Malaysia, Phoebe Ong berada di kedudukan ketujuh dan dia menerima gelaran Miss South East Asia Tourism Ambassadress.
Walaupun tidak berjaya ke peringkat top 10, Vietnam telah dinobatkan sebagai pemenang Best in National Costume, wakil negara tersebut, Nguyen Thi Nga telah menampilkan rekaan busana berkonsepkan Ao Dai yang disertakan dengan elemen kebudayaan dan muzik negara tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini Miss Universe Malaysia 2022, Lesley cheam telah mempersembahkan kostum nasional yang akan dibawanya ke pentas Miss Universe 2022. Berinspirasikan dari kemegahan Gunung Kinabalu, kostum rekaan Hatta Dolmat itu menerima rekasi yang pelbagai dari peminat ratu cantik.
Kini, rakan dari negara serantau, Laksmi De-Neefe Suardana, Miss Universe Indonesia 2022 telah mempersembahkan kostum nasionalnya kepada umum. Direka oleh Morpachio Body art dan Eko Tjandra, kostum yang diberi nama The Glory of Phinisi itu mengambil konsep kehebatan Indonesia ke atas lautan warisan maritim tradisionalnya.
Sebagai wakil pertama dari Bali yang berjaya memenangi gelaran Puteri Indonesia 2022 dan sekaligus berpeluang mewakili Indonesia di pentas Miss Universe, ramai pageant lovers menasihatkan Laksmi untuk memakai kostum kebangsaan bernuansa Bali. Namun dia mengambil pendekatan menggayakan kostum yang boleh mewakili bangsa Indonesia secara keseluruhan.
Menerusi satu hantaran yang muat naik di Instagram miliknya, wanita berusia 26 tahun ini turut berkongsi bagaimana dia mendapat idea untuk kostum nasional ini. Puteri Indonesia 2022 itu mengakui kagum dengan moto ‘Jalesveva Jayamahe’ yang bermaksud ‘Tepat di Laut Kita Jaya’, ketika membaca autobiografi Presiden Joko Widodo yang pertama kali ditulis dalam bahasa Inggeris.
Buku ini mengisahkan detik-detik sebelum kemenangan presiden Indonesia itu ketika beliau duduk di atas kapal layar Bugis (Pinisi) kerana berjanji untuk mengembalikan Indonesia sebagai negara maritim yang kuat. Mendapat inspirasi melalui pembacaannya, Laskmi akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil tema ‘The Glory of Phinisi’ sebagai pakaian kebangsaan yang akan digayakannya.
Merupakan graduan rekaan fesyen dari the Royal Melbourne Institute of Art, Laksmi menggalas tugas yang mencabar bagi memastikan prestasi Indonesia terus cemerlang di pentas Miss Universe apabila wakil-wakil negara itu lolos ke peringkat semifinal tanpa gagal sejak tahun 2013, kecuali pada 2017 yang mana Bunga Jelitha Ibrani gagal mendapat sebarang tempat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pereka fesyen Itali, Federico Cina membuahkan idea beg tangan ilham dari bentuk pasta tortellini diramal menjadi ‘it-bag’ 2024. Selepas sahaja membuat debut di pentas peragaan Milan Fashion Week bulan lalu.
Vogue Italia menamakan ia sebuah karya fashion “of the moment”.
Beg tangan pasta tortellini ini diberi nama Tortellino Bag yang tersedia dengan dua saiz mini size dan signature size. Kedua-dua saiz ini lengkap dengan tali panjang dan mempunyai lebih dari 10 warna pilihan. Diperbuat dari calfskin dan kemas dengan jahitan luar dalam yang memuaskan hati pengguna. Menariknya lagi tentang Tortellino Bag, ia sebuah beg unisex yang sesuai untuk wanita dan lelaki.
Tanda Penghargaan Buat Nenek
Federico Cina sempat memberitahu pada Vogue, rekaan beg tangan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada neneknya. Wanita Itali yang mengajar beliau cara memasak tortellini di Sarsina iaitu sebuah pekan kecil di Forli-Cesena wilayah Romagna.
Unik tapi cantik juga rekaan beg ini. Tapi beg ini buat penulis rasa lapar pula.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Program MamaKerja Selangor menerima tambahan peruntukan RM5 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM10 juta bagi membantu 10,000 ibu bekerja menampung kos penjagaan anak.