Cara Masak Mi Segera Di Hostel, Guna Rice Cooker Je

Share

Musim-musim sejuk ni memang tekak asyik rasa nak makan je. Dapat Maggie panas-panas ni memang boleh terangkat beb.

Untuk student yang duduk hostel atau pun akak-akak yang di ofis tapi tak ada dapur, ni kami nak kongsi kan cara masak mi segera menggunakan rice cooker

. Mudah lagi menjimatkan. Rasa masakannya pun boleh tahan sedap.

Tak tipu, korang boleh try sendiri. Hiks!

Bahan-bahan:

1. Seulas bawang putih

2. Satu biji bawang kecil

3. Tiga biji cili padi dihiris

4. Sebiji elur

5. Sosej/ayam (Ikut selera sendiri)

6. Mi segera (Perisa kari)

7. Mentega

8. Dua cawan kecil air putih

Cara memasak:

1. Panaskan rice cooker, kemudian masukkan satu sudu mentega.

2. Tumiskan bahan-bahan seperti cili, bawang putih dan bawang kecil.

3. Selepas naik bau, masukkan sosej dan gaul hingga rata. Tumis sehingga bahan-bahan menjadi kuning keemasan.

4. Kemudian, masukkan air putih.

5. Tutup sebentar dan didihkan.

6. Selepas itu, masukkan mi segera dan tutupkan semula.

7. Bila mi sudah sedikit kembang, masukkan perencah. Kacau hingga rata.

8. Masukkan telur dan tutup kan sekejap.

9. Siap. Dah boleh makan guys. Senang je kan?

So, lepas ni tak perlu susah-susah nak cari dapur gas bagai, bawa je rice cooker settle masalah. Perut pun kenyang, hati jadi senang.

Selamat mencuba!

 

Sumber: Norfazlin Moktar

IKLAN