Cara Bayar Zakat Fitrah Guna Maybank2u, Mudah Tak Perlu Bersesak Di Luar

Share

Tinggal lebih kurang 9 hari lagi umat Islam bakal menyambut perayaan Aidilfitri. Adakah korang sudah membayar zakat fitrah? Bayaran zakat fitrah merupakan satu kewajipan bagi seluruh umat Islam yang berkemampuan untuk dilunaskan sebelum tiba Aidilfitri.

Kemudahan membayar zakat secara online sebenarnya telah pun dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, masih ramai yang mungkin membuat pembayaran secara langsung dengan amil yang telah dilantik secara sah.

Bagi mereka yang mungkin sibuk dan tidak sempat untuk pergi membayar zakat, korang juga boleh terus membuat pembayaran melalui bank secara online. Tambahan pula sewaktu pandemik ni, kita boleh buat bayaran secara online untuk mengelakkan penjarakan fizikal.

Berikut merupakan tutorial yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fizal Hafiz tentang cara-cara membayar zakat melalui Maybank2u.

1. Log masuk Maybank2u

2. Pilih pay dan tekan NEW PAYEE

3. Pilih Lembaga Zakat Selangor (ikut negeri masing-masing)

4. Isikan nombor telefon dan pilih jenis zakat

5. Pilih Zakat Fitrah

6. Masukkan jumlah bayaran zakat dan tekan proceed

7. Akhir sekali, klik confirm

Mudah sahaja kan? Tapi, sebelum korang proceed buat pembayaran tu bolehlah lafaz akad zakat fitrah dulu seperti berikut:

“Inilah wang yang menggantikan beras fitrah yang wajib keatas diriku/tanggunganku sebanyak RM… pada tahun ini kerana Allah Taala”.

Walau bagaimanapun, pengguna bank lain turut berkongsi info bahawa pembayaran zakat juga boleh dilakukan dengan cara yang sama dengan online banking yang lain.

Semoga amal ibadah kita sepanjang bulan puasa ini diterima dan dapat lagi berjumpa pada Ramadan yang akan datang. InsyaAllah.

Sumber: (1)

IKLAN