Semalam, keputusan SPM 2017 telah pun diumumkan dan mencatatkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang lebih baik berbanding tahun lepas.
Syabas kami ucapkan kepada semua calon SPM 2017.
Korang masih sempat lagi nak apply UPU ni. Tak sure macam mana nak buat? Meh sini kami share kan apa yang telah dikongsi oleh Farah Amira di laman twitternya.
Cara apply UPU online
1. Pergi website upu.mohe.gov.my
2. Tekan ‘Permohonan UPU Online’
Ads
3. Klik daftar akaun baru untuk apply UPU. Kalau tak ada akaun tak boleh apply. Isi maklumat korang seperti yang diminta.
4. Baca terlebih dahulu instruction yang diberikan dan tekan “Seterusnya”.
5. Isi nombor IC dan nombor PIN yang korang dah beli dan pilih jenis permohonan “SPM/Setaraf”.
6. Isi maklumat peribadi seperti yang diminta.
Ads
7. Isi maklumat ibu bapa. Jika ada tanda (**), korang tak wajib isi. Kalau nak isi juga silakan. Kalau tak nak, tinggalkan saja.
8. Pilih jenis sekolah korang pada tahun lepas.
9. Pilih bidang yang korang mahu dan pilih program UA (Universiti awam). Hanya bidang dan universiti saja akan keluar, tiada lokasi dan sebagainya. Sebelum memilih bidang yang diingini, pastikan korang kenal pasti kelayakan yang mereka perlukan. Jika memilih bidang yang mempunyai temu duga, pilih di mana tempat yang korang ingin ditemu duga.
10. Program TVET adalah tidak wajib diisi. Sekiranya ingin mengambil sijil sebelum menyambung diploma, korang boleh mengisinya. Sebelum memilih TVET, sila semak kelayakan dahulu.
Ads
11. Sila jawab soalan yang diberikan. Pilih sama ada “ya” atau “tidak”.
12. Sila simpan semua maklumat yang telah diisi dan semak semula semua maklumat korang.
Untuk pengetahuan korang, UPU online akan ditutup pada 10 April 2018. Pastikan korang dah pilih bidang apa yang diingini dan semak semula permohonan sebelum tarikh terakhir UPU.
Good luck korang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini viral di media sosial kisah seorang wanita jelita Atyn Junaidi. Jika dilihat kepada kecantikan wajahnya serta pekerjaannya iaitu sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan yang mana semua sedia maklum agak berperwatakan lemah lembut, tentunya tidak percaya kepada kisah silam yang pernah dilaluinya.
Menurut Atyn Junaidi, dia pernah bergelar pengkid suatu ketika dahulu. “Ia sesuatu yang membuang masa”, jelasnya pada pada kapsyen gambarnya yang tular di media sosial.
Ramai pengguna twitter seakan tidak percaya bahawa suatu ketika dahulu dia pernah bergelar pengkid dan ramai yang memuji betapa cantiknya dirinya serta mereka turut mendoakan dia dan suaminya berbahagia hingga ke jannah.
Kini bertugas sebagai pramugari di Malindo Air
Ini adalah dirinya yang dahulu, nama glamer Akym Junaidi
Dalam satu tulisannya, Atyn berkata, dia sendiri yang mahu berubah ke arah yang lebih baik dengan secara perlahan-lahan dan alhamdulillah dia berjaya melakukannya.
Kata Atyn lagi, sejak di bangku sekolah, dia memilih menjadi tomboy dan bila habis sekolah dia memilih menjadi pengkid pula.
Ada pengguna twitter mengusiknya yang dahulunya agak hensem
“Saya memang pernah jadi pengkid dulu, tapi tak lama. Mula dari tomboy masa sekolah dan lepas sekolah saya ambil keputusan jadi pengkid. Mula umur 15 tomboy, habis sekolah umur 18 tu dah jadi pengkid sampai sambung pengajian.
Dalam satu temubual di Mstar Online, Atyn berkata, keluarga begitu gembira dengan perubahan ditunjukkannya.
“Dulu keluarga pun bising tapi mereka memang tahu saya ramai kawan lelaki, saya tak ada kawan perempuan. Jadi lama-lama mereka pun faham. Bila berubah jadi perempuan balik, mereka gembira. Perangai kasar saya masih macam dulu cuma pemakaian saya perlahan-lahan ubah,” ujarnya lagi memaklumkan setiap orang itu mempunyai kisah kehidupan mereka yang tersendiri dan hanya masa yang akan menentukan takdirnya.
Ternyata wajahnya memang cukup jelita
Perkahwinan bahagia yang dibina bersuami tercinta memang cantikkan Atyn saat ini
Menurut Atyn lagi, dia sama sekali tidak menyangka perkongsian itu bakal mendapat perhatian ramai sehingga ia tular di laman Twitter.
Idea untuk membuat perkongsian mengenai transformasi itu juga timbul sewaktu dia membelek gambar lamanya yang jauh berbeza dengan dirinya sekarang.
“Bila scroll gambar-gambar lama, end up saya dah kahwin, macam tak percaya pula saya boleh berubah dengan drastik,” ujar Atyn.
Perkongsian kisah hidupnya ini menjadi tular dan mendapat lebih 12.1 k retweet dan lebih 12k perkongsian. Pernah menggunakan nama glamer iaitu Akym Junaidi, bagi Atyn ia semua kenangan.
Ternyata hidayah itu milik Allah. Jika Allah mengkehendakinya maka akan terjadi. Moralnya, siapa kata kita tidak mampu berubah kerana semua perubahan itu terletak pada hati. Orang sekeliling hanya membantu dengan kata-kata dan doa.
Sumber : Atyn Junaidi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam sidang media EURO sebelum ini, viral isu Paul Pogba menurunkan botol alkohol Heineken ketika mewakili pasukan kebangsaan Perancis.
Dalam situasi tersebut, dia kelihatan tidak selesa dengan sebotol bir yang dsajikan di meja. Pogba kemudian meletakkan botol bir dengan wajah kesal di wajahnya. Sebagai Muslim, bintang Manchester United itu berbuat demikian adalah kerana tidak mahu ‘terlibat’ dan ‘dekat’ dengan minuman itu atas faktor batas-batas syara’.
Terbaru, berita baik untuk penganut agama Islam diseluruh dunia apabila penganjur EURO 2020 dilapor tidak akan meletakkan botol minuman Heineken di hadapan pemain Muslim lagi selepas ini, lapor Daily Mail.
Malah setiap pasukan, pengurus dan pemain akan ditanya terlebih dahulu apakah perlu untuk meletakkan botol minuman (keras) penaja di podium.
Mungkin impak daripada itu, pihak Heineken juga tidak meletakkan botol minumannya di hadapan Karim Benzema semasa sidang media selepas pemain itu terpilih sebagai ‘Star of The Match’ dalam perlawanan menentang Portugal.
Alhamdulillah..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lebih kurang tinggal seminggu je lagi rakyat Malaysia akan keluar pergi mengundi sempena hari Pilihanraya Umum ke-14.
Amacam gaiss, dah tahu ke nak vote siapa?
Tak kisah la siapa pun pilihan korang, tapi ada perkara lagi penting yang korang perlu tahu tentang do & don’ts ketika pergi mengundi nanti.
Lagi-lagi untuk mereka yang baru pertama kali nak memangkah, berikut merupakan panduan yang korang boleh rujuk sebelum tiba hari PRU pada 9 Mei depan.
Sebelum keluar mengundi:
1. Jangan pakai pewarna kuku
Semua orang tahu bahawa pewarna kuku boleh dibersihkan menggunakan ‘nail polish remover’, jadi bila korang datang mengundi dengan kuku berwarna, tiada dakwat kekal di kuku berbanding mereka yang tidak mewarnakan kuku mempunyai kesan dakwat biru.
Ini boleh menyebabkan penipuan kerana korang boleh mengundi lebih daripada sekali. Walau bagaimanapun, pada PRU12 (2008), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan kenyataan bahawa warna semulajadi seperti inai adalah dibenarkan.
2. Berpakaian kemas
Elakkan memakai pakaian yang terdedah, berseluar pendek atau pakaian ketat dan jarang. Sebaiknya, untuk lelaki korang pakai la t-shirts dan seluar panjang, perempuan pula pakai la yang sopan-sopan juga. Barulah manis dipandang. Hiks!
3. Jangan pakai pakaian yang ada logo parti
Tak kiralah macam mana setia pun korang dengan sesuatu parti politik tu, jangan pakai pakaian yang ada logo parti semasa pergi mengundi nanti. Korang boleh didenda sehingga RM5,000 atau hukuman penjara setahun di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Jangan main-main.
4. Bawa dokumen pengenalan
Jangan lupa pula nak bawa kad pengenalan korang. Kalau tak ada, korang boleh juga bawa dokumen seperti berikut:
– Pasport antarabangsa
– Resit kad pengenalan sementara bergambar
– Resit laporan kehilangan kad pengenalan bergambar yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara
– Lesen memandu bergambar
– Kad kuasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan
Semasa mengundi
5. Jangan main handphone
Nak update status ke, nak upload instastory ke, kena tunggu lepas semuanya selesai terlebih dahulu. Kalau tengah mengundi main handphone, kemungkinan korang boleh dihalau atau dikenakan tindakan.
6. Jangan bawa keluar/masuk kertas undi
Jangan bawa masuk/keluar kertas undi sebab korang boleh dituduh membuat undian lebih dari satu. Hukuman di bawah Seksyen 3 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh dikenakan penjara sehingga 2 tahun atau denda tidak lebih daripada RM5,000 jika sabit kesalahan.
Jika disebabkan kesilapan petugas memberi kertas undian lebih, kembalikan semula kepada mereka dan bukannya bawa keluar daripada stesen mengundi.
7. Gunakan kertas undi yang bersih saja
Korang ada hak untuk meminta kertas undi yang baru sekiranya terdapat kesan contengan atau kesan kotor seperti dalam gambar. Selain daripada pangkah lebih daripada satu parti atau guna symbol ‘tick’, kertas yang tidak bersih juga dikira sebagai undi rosak.
8. Pastikan kertas undi ada nombor siri
Untuk mengelakkan kertas undi palsu, check pada kertas tersebut dan pastikan ada nombor siri. Jika tak ada, minta yang baru pada petugas dan pastikan mereka koyak kertas tersebut depan korang.
9. Tandakan X pada kertas undi
Jangan nak pandai-pandai tick atau lukis macam-macam dalam kertas undi tu nanti. Korang akan menerima dua jenis undi iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Setiap undian haruslah satu tanda sahaja dan pastikan ianya bertanda X.
10. Habis undi, terus blah. Jangan tunggu
Lepas je mengundi terus keluar dari stesen. Tak perlu la nak tunggu mak ke, kawan ke. Menunggu dalam jarak 50 meter dari kawasan tempat mengundi dianggap sebagai kesalahan dibawah Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Korang boleh dikenalam hukuman denda sehingga RM5,000 atau dipenjarakan sehingga 1 tahun; atau kedua-duanya sekali.
11. Jangan terima makanan dan minuman daripada orang asing
Sebelum atau selepas mengundi, korang dinasihatkan untuk tidak menerima makanan atau minuman daripada orang yang tak dikenali. Ia boleh dianggap sebagai rasuah dan mengikut Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 2 tahun, denda di antara RM1,000 dan RM5, 000 dan digantung untuk mengundi selama 5 tahun.
Rasanya dah banyak info yang kami kongsikan dengan korang semua. Harapnya nanti masa hari mengundi tak ada la kes-kes aneh berlaku. Hehe..
Selamat mengundi uolls!