Terkini : Calon SPM & STPM 2021 Terima Dos Vaksin Covid-19 Seawal Julai

Share

 

Jika pada pagi hari ini, Yang Berbahagia Khairy Jamaluddin telah mengumumkan bahawa pihak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telahpun menerima cadangan daripada Datuk Dr Radzi Mohd Jidin dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengutamakan suntikan vaksin kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), keputusan untuk menetapkan tarikh suntikan terus dilulaskan pada sebelah petangnya!

ARTIKEL BERKAITAN : Cadangan KPM Untuk Pelajar Kelas Peperiksaan Diberi Vaksin Dipersetujui – REMAJA

Pengumuman tersebut dilakukan pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat CITF  Peringkat Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang pada 18 Jun 2021.

Beliau yang juga merangkap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memaklumkan semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akan menerima vaksin jenis Pfizer-BioNTech dan proses suntikan akan dilangsungkan di sekolah masing-masing.

“ kita jangka pelajar tingkatan lima & tingkatan enam bakal menerima dos pertama bulan Julai dan selesai dos kedua dalam bulan Ogos.” – KHAIRY jAMALUDDIN

Tambah Khairy, garis masa itu masih perlu bergantung kepada kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengikut kes penularan semasa wabak COVID-19 dalam negara sebelum sekolah dibuka secara berperingkat.

Sekiranya negara masih berdepan jumlah kes baharu yang tinggi pada bulan Julai, besar kemungkinan sekolah masih tidak dapat dibuka dan jadual suntikan ini perlu ditangguhkan sehingga keadaan lebih selamat.

Keputusan pantas ini kemungkinan dapat dicapai selepas mengambil kira cabaran yang perlu dihadapi Kementerian Pendidikan disebabkan pandemik Covid-19 yang menyaksikan tarikh peperiksaan besar SPM 2020 dan STPM 2020 ditangguhkan untuk beberapa kali.

Tapi ingat guys, walaupun korang sudah menerima suntikan vaksin, itu tidak bermakna korang sudah bebas daripada risiko dijangkiti wabak ini. Amalan berjaga-jaga tetap perlu dilakukan.

Sumber : Sinar Harian 

IKLAN