Sebut saja mengenai jenama LILIT., ramai yang mudah membayangkan koleksi pakaian dan aksesorinya kontemporari yang mudah untuk digayakan oleh fesyenista hijabi yang mementingkan gaya serta pemakaian sopan.
Masuk saja laman web dan butiknya, mata terus jadi rambang untuk memilih yang masa satu untuk dibawa ke rumah dan digayakan pada hari keesokan. Cuma bila sudah terlalu popular dan diminati ramai, kami ada mengalami sedikit kesukaran untuk mendapatkan pakaian atau aksesori yang menjadi rebutan ramai pembeli setia LILIT.
Jangan risau, kongsi team LILIT. mereka akan mempercepatkan penyediaan stok bagi koleksi tular yang mudah ‘sold-out’ dari semasa ke semasa agar korang tidaklah ‘terkilan’ untuk mendapatkannya. Pada waktu yang sama, kini mereka baru saja membuka butik LILIT. ketiga di Malaysia agar pembeli di tengah ibu negara lebih mudah untuk mendapatkan apa saja yang korang hajati daripada LILIT.
Ads
Butik yang bertempat di Bangsar Villang II ini berkeluasan 1,960 kaki persegi dan memperlihatkan barangan asas seperti pakaian dalam, pelbagai jenis pakaian, skaf hijab, aksesori dan juga koleksi kolaborasi khas LILIT. bersama personaliti mahupun jenama lain. Paling terbaru, mereka ada menyediakan koleksi LILIT. x Mira Filzah dan tidak lama lagi, koleksi LILIT. x Fizi Woo pula akan menyusul di butik ini.
Ads
Lebih menarik apabila LILIT. turut menyediakan sesuatu yang menarik bagi ibu mengandung dan hijabi yang sedang mencari pakaian athleisure dan pakaian renang yang ‘modest’ serta membuatkan pemakainya selesa bergiat aktif (dan terasa fashionable) biarpun menutup bahagian tubuh.
Oleh itu, bagi mereka yang tidak sempat untuk membeli menerusi laman web LILIT., korang kini mempunyai alternatif untuk ke butik mereka di Bangsar Village II ini.
Ads
Jangan lupa untuk mengambil foto OOTD #instaworthy di sekitar butik terutamanya di bahagian bilik persalinannya tau! Selain itu, team LILIT. turut berkongsi berita gembira apabila aplikasi khas LILIT. bakal dilancarkan tidak lama lagi!
*
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan mudah menjadi seorang gadis remaja sebenarnya. Sebelum menapak keluar rumah sekalipun, pelbagai perkara perlu difikirkan dan dilakukan. Tambahan pula dengan cuaca panas seperti di Malaysia ini, lagilah bertambah-tambah persiapan rapi yang setiap gadis perlu ambil kira terutamanya dalam bab solekan wajah.
Girls! Pasti korang setuju jika REMAJA memilih faktor ‘solekan tahan lama’ sebagai faktor utama bagi korang memilih sesuatu jenama atau produk kosmetik. Ia haruslah mempunyai magis long-lasting, mudah diaplikasikan, ringan pada wajah malah memberi kelembapan dan berkesan dengan warna kulit gadis Asia seperti kita.
Sukar kan hendak mencari jenama yang mampu menanda kesemua itu dalam senarai checklist korang. Namun ia tidak bermakna mustahil untuk korang mencarinya.
Buktinya, jenama Rimmel London telahpun meletakkan fokus mereka bagi membantu korang mendapatkan produk solekan yang terjamin ketahanannya biarpun ketika berdiri di bawah matahari terik Malaysia *menitis peluh sis!*.
*
Bagi Rimmel, solekan asas seseorang perlulah berkesan demi memastikan langkah solekan seterusnya cantik dan kemas.
Rimmel Lasting Finish Fix & Go Setting Spray
Pertama sekali, sembutkan wajah polos dengan Rimmel Lasting Finish Fix & Go Setting Spray. Ya, selalunya produk ini digunakan sebagai langkah penutup setelah solekan disiapkan.
Begitupun, korang tahu tidak bahawa Rimmel Lasting Finish Fix & Go Setting Spray ini juga boleh digunakan sebagai primer yang membantu memastikan solekan mampu bertahan selama lapan jam. Malah, ia juga diformulasikan dengan ekstrak timun dan bunga chamomile yang melembutkan kulit wajah.
Aplikasi dua dalam satu ini memudahkan korang agar tidak perlu memiliki terlalu banyak produk dalam kompartmen ‘beauty kit’ masing-masing.
*
Langkah seterusnya tentulah foundation yang akan memberikan liputan penuh dengan kemasan semulajadi pada kulit wajah. Rimmel Lasting Finish 25HR Foundation menjanjikan apa yang tertera pada namanya iaitu solekan yang mampu bertahan sehingga 25 jam! Hendak tahu sama ada ia berkesan selama itu ataupun tidak, kenalah cuba sendiri!
Lasting Finish 25HR Foundation didatangkan dalam enam pilihan warna iaitu Ivory, Soft Beige, Classic Beige, Sand, True Nude & Natural Beige.
Dengan kelebihan SPF20 bagi memberi perlindungan di bawah cahaya matahari, Rimmel Lasting Finish 25HR Foundation juga mengandungi asid hyaluronik dan vitamin E agar kelembapan kulit sentiasa terjamin biarpun ditutupi foundation.
*
Bagi menyempurnakan lagi solekan dengan menutupi cela yang ada pada wajah, REMAJA menggemari The Multi-Tasker Concealer oleh Rimmel London ini.
Selain meratakan kulit, menutupi cela dan mencerahkan lagi lingkaran gelap di bawah mata, concealer ini juga didatangkan dengan berus aplikasi yang mempunyai permukaan besar, lembut pada kulit dan mudah digunakan.
The Multi-Tasker Concealer didatangkan dalam enam pilihan warna iaitu Fair, Light, Ivory, Nude, Honey & Tan.
Paling penting – seperti Lasting Finish 25HR Foundation oleh Rimmel tadi – concealer ini juga mampu bertahan untuk tempoh 24 jam serta melembapkan kulit
*
Okay girls, ini adalah produk terakhir daripada Rimmel yang menjamin solekan tahan lama dan ia juga merupakan produk terbaru keluaran Rimmel Lasting Finish Compact Foundation. Foundation jenis serbuk ini menggabungkan keseimbangan di antara tekstur yang lembut pada sentuhan tetapi masih boleh mengawal kilatan pada wajah tanpa membuatkan kulit terasa kering.
Lasting Finish Compat Foundation didatangkan dalam empat pilihan warna berbeza iaitu Fair Porcelain, Pearl, Sesame & Rose Ivory.
Seperti tiga lagi produk Rimmel yang diperkenalkan di atas, Rimmel Lasting Finish Compact Foundation turut menjanjikan solekan tahan lama untuk dipakai dari siang ke malam. Disertakan dengan kelebihan kandungan ‘vegan’, korang boleh mengaplikasikannya mengikut keperluan kerana sifatnya yang ‘buildable’ dengan liputan menyeluruh pada kulit wajah.
Also girls, disebabkan kandungan bahannya yang teliti ini, Rimmel Lasting Finish Compact Foundation ini juga amat bersesuaian untuk korang yang berkulit sensitif.
Jika korang inginkan foundation yang tidak merencatkan solekan sekiranya wajah panas dan berpeluh, Rimmel Lasting Finish Compact Foundation ini adalah pilihan yang tepat.
*
Secara keseluruhannya, koleksi Rimmel Lasting Finish ini memang bertepatan dengan keperluan kita semua yang perlu bertahan daripada terik matahari pada setiap hari. Tidak rugi untuk korang juga dapatkannya segera! It is a necessity!
Untuk makluman lanjut mengenai senarai produk terbaru daripada Rimmel London ini, klik di platform media sosial mereka seperti Facebook, Instagram dan TikTok.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Percayalah, kebanyakan perempuan (dan lelaki, we do not need to get sexist here) pasti malas untuk membasuh rambut pada waktu pagi. Bagi lelaki, mereka tidak menghadapi masalah sangat memandangkan rambut lebih pendek dan mudah untuk dikeringkan.
Namun bagi seorang perempuan, proses mengeringkan rambut sambil cuba untuk bergegas keluar rumah adalah satu nightmare bagi mereka. Tambahan pula jika terlajak tidur, memang tak nak basuh rambut lah jawabnya!
Namun, ramai yang tidak tahu, ada caranya untuk memastikan rambut cantik, bersinar, tidak kusut dan tidak berbau tanpa perlu membasuhnya pada waktu pagi. Serius! Cuba lakukan 3 tip di bawah pada malam ini dan lihat kesannya esok.
01
Produk Penjagaan Rambut
Selalunya korang akan amalkan skincare routine sebelum tidur, kan? Apa kata selepas tamat menyapu losyen dan krim pada badan serta muka, teruskan pula dengan haircare routine. Sekejap je.
Hanya belai rambut dengan hair mask agar rambut korang menjadi lebih halus selepas bangun tidur. Ataupun, korang boleh menggunakan dry oil dan usap di hujung rambut agar rambut tidak kasar nanti. Pada waktu paginya pula, hanya sikat rambut agar lebih kemas dan siap!
02
Tukar Sarung Bantal
Apa kaitan sarung bantal dengan rambut halus? Sebenarnya, jika korang memilih sarung bantal yang diperbuat daripada fabrik lembut seperti sutera dan satin. Menurut pendandan rambut, jika korang memilih fabrik kapas, ia hanya membuatkan rambut lebih kering dan mudah kusut.
Sarung bantal satin juga memberi banyak lagi kelebihan seperti mengurangkan rambut gugur, breakage malah membuatkan rambut yang di-blow bertahan lebih lama.
03
Braid It!
Tip terakhir ini mungkin kedengaran kelakar tetapi ia sebenarnya berkesan. Supaya rambut cantik dan tidak kusut, korang boleh mengikatnya menggunakan teknik braid. Kemudian, bungkuskan kepala menggunakan shower cap atau shawl.
Selepas bangun pagi, rambut akan bertambah wavy dan bouncy jika dilepaskan. Cantik!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dubai menjadi saksi kepada kemeriahan dan nilai eksklusiviti majlis perkahwinan diraja di antara Putera Mahkota Jordan, Putera Hussein bin Raja Abdullah II dengan Puteri Rajwa Al-Hussein yang berasal daripada keturunan warga Arab Saudi kebiasaan.
Memetik laporan Arab News, majlis yang berlangsung semalam di Istana Al Husseinieh itu cukup meriah dengan kehadiran tetamu kerabat diraja dari seluruh dunia termasuklah dari Malaysia sendiri.
Seri Paduka berdua telah berangkat menghadiri majlis perkahwinan diraja di Istana Zahran disusuli keberangkatan ke majlis jamuan sambutan perkahwinan diraja di Istana Al Husseinieh di Amman pada sebelah malam.
Apa yang pasti, kedua-dua majlis diraja tersebut juga menjadi tempat pertarungan fesyen di antara tetamu kerabat yang menerima jemputan.
Pengantin perempuan, Puteri Rajwa Al-Hussein sendiri mendahului senarai gaun tercantik apabila beliau menyarungkan gaun putih klasik rekaan pereka fesyen adibusana terkenal Lebanon, Elie Saab. Ia sekaligus menamatkan spekulasi media Arab mengenai pereka fesyen pilihan beliau .
Gaun unik dengan lengan panjang ini mungkin kelihatan ringkas dari pandangan hadapan dengan elemen garisan draping. Bagaimanapun, dari pandangan belakang ia menampakkan layah sepanjang beberapa meter bagi memberi impak dramatik sewaktu beliau berjalan.
Sementara itu, ratu fesyenista dari Jordan, Ratu Rania memilih jenama fesyen Perancis, Dior daripada koleksi adibusana Musim Luruh 2022. Ringkas tetapi elegan, ia cukup bertepatan dengan peranan beliau di sana selaku ‘tuan rumah’ bagi majlis perkahwinan diraja itu.
Turut mencuri tumpuan tentunya adalah kelibat Pricess of Wales dari United Kingdom, Kate Middleton yang nyata tidak mengecewakan dalam persalinan gaun serba blush rekaan Elie Saab (she got the memo!) daripada koleksi adibusana Musim Luruh/Sejuk 2017.
Korang perasan kan, ahli kerabat diraja lebih gemar memakai persalinan daripada koleksi yang sudah sedikit berusia agar ia tidak menyamai mana-mana gaun yang telah atau mungkin akan dipakai oleh selebriti antarabangsa.
Anyway, gaun pastel Kate itu kaya dengan perincian fabrik lace, lengan kembang dan tertutup sehingga ke bahagian leher bagi menghormati majlis.
Tidak ketinggalan, Puteri Mahkota Denmark iaitu Puteri Mary tiba dengan menyarungkan gaun serba krim dengan cetakan bunga kebiruan yang direka oleh Erdem. Untuk pengetahuan korang, Erdem Moralioglu merupakan seorang lagi pereka fesyen terkenal yang mempunyai darah bumi Arab (Turki dengan kacukan Kanada).
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!