Siapa sangka daripada seorang pelawak yang sinonim dengan gelak ketawa, Ajak Shiro kini berjaya mencipta satu lagi detik bersejarah kali ini dalam dunia perniagaan makanan melalui Bumbu Babah.
Pada 9 Januari 2026, restoran miliknya itu secara rasmi menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) atas pencapaian luar biasa “Penjualan Hidangan Nasi Padang Terbanyak Dalam Tempoh Satu Hari.”
Lebih membanggakan, rekod tersebut berjaya dipecahkan pada 1 Januari 2026 apabila sebanyak 23,674 hidangan Nasi Padang berjaya dijual hanya dalam tempoh satu hari.
Angka ini bukan sekadar besar, malah membuktikan kekuatan permintaan terhadap jenama tempatan yang semakin kukuh di pasaran.
Pencapaian Luar Biasa Bumbu Babah Dalam Industri F&B
Sepanjang tahun penuh pertama operasinya, Bumbu Babah telah menghidangkan lebih 3 juta hidangan Nasi Padang kepada pelanggan di seluruh negara. Konsistensi ini menjadi faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan luar biasa tersebut.
Dalam industri makanan dan minuman yang sangat kompetitif, kejayaan ini dilihat sebagai satu pencapaian yang jarang dicapai.
Ia memerlukan perancangan rapi, pengurusan operasi yang tersusun serta sokongan pelanggan yang tidak pernah putus.
Ads
Majlis penyampaian pengiktirafan berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran wakil Malaysia Book of Records, pihak pengurusan MyTown, pasukan pengurusan serta kakitangan Bumbu Babah yang menjadi tulang belakang kejayaan ini.
Pengiktirafan ini bukan sahaja mengesahkan rekod jualan yang dicapai, malah meletakkan jenama ini sebagai salah satu contoh kejayaan bisnes makanan tempatan yang mampu bersaing pada skala besar.
Reaksi Positif Netizen dan Pelanggan
Meninjau ke ruangan komen di media sosial, rata-rata netizen memberikan reaksi positif. Ramai yang memuji usaha Ajak Shiro membangunkan bisnes sendiri secara serius dan konsisten, bukan sekadar bergantung kepada populariti sebagai selebriti.
Ada juga yang menganggap kejayaan Bumbu Babah sebagai bukti bahawa selebriti tempatan mampu berjaya sebagai usahawan sebenar jika disertai dengan strategi yang betul dan pengurusan yang cekap.
Ads
Pencapaian ini secara tidak langsung menjadi inspirasi kepada ramai usahawan muda dan peniaga tempatan. Ia membuktikan bahawa dengan perancangan yang jelas, pasukan yang komited serta kepercayaan pelanggan, jenama tempatan mampu berkembang jauh.
Bumbu Babah dilihat berjaya membina identiti tersendiri melalui penjenamaan yang kuat, kualiti hidangan yang konsisten dan pendekatan mesra pelanggan. Faktor-faktor ini menjadi asas kukuh kepada pertumbuhan berterusan jenama tersebut.
Harapan dan Perkembangan Masa Depan
Dengan pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records ini, ramai yang menantikan langkah seterusnya daripada Bumbu Babah.
Ads
Sama ada pembukaan cawangan baharu atau penambahan menu, jenama ini dijangka terus mencipta impak besar dalam industri F&B tempatan.
Tahniah buat Ajak Shiro dan seluruh pasukan Bumbu Babah atas kejayaan ini. Semoga terus konsisten, berkembang maju dan menjadi penanda aras baharu untuk bisnes makanan tempatan di Malaysia.
Sumber : Instagram ajakshiro
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu ketika dahulu, Malaysia pernah disebut-sebut sebagai salah sebuah negara di benua Asia yang mempunyai kadar obesiti kritikal dalam kalangan rakyatnya.
Begitupun, ia tidak bermaksud keseluruhan rakyat negara kita enggan mengamalkan gaya hidup sihat. Buktinya, Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSM dalam kenyataannya pada 26 Julai 2023 memaklumkan bahawa 8.7 juta penduduk daripada sejumlah 16.1 juta responden mengakui aktif bersukan dan bersenam.
Lebih daripada separuh gaiss! Not bad for so-called unhealthy citizens.
Menerusi bancian yang menyertakan soalan kecergasan Banci Malaysia 2020 itu, seramai 1.3 juta daripada respondennya yang mengamalkan gaya hidup aktif dengan bersukan dan bersenam berasal dari negeri Selangor.
Manakala, negeri Johor pula berada dalam kedudukan kedua paling aktif dengan mencatatkan 1.2 juta orang. Sekaligus, kedua-dua buah negeri tersebut menyumbang kepada 28.5 peratus daripada 8.7 penduduk yang bersenam.
*
Tiga buah daerah paling kerap melakukan aktiviti fizikal pula ditakhluki oleh Petaling (445,900), Johor Bahru (392,500) dan Kinta (339,200).
“Aktiviti rekreasi pula seramai 4.2 juta orang, berjalan laju dan berlari, dengan 2.1 juta orang adalah antaa yang paling digemari.
“Ia diikuti (dengan) berbasikal, e-Sport, zumba atau aerobik, berenang, aktiviti gimnasium, sukan lasak dan taichi atau yoga,” kata DOSM.
Sementara itu, seramai 80 peratus responden mengakui semangat mereka untuk bergiat aktif ini dipengaruhi oleh faktor lokasi kemudahan taman permainan dan padang bola sekurang-kurangnya dalam lingkungan lima kilometer dari kediaman masing-masing.
Haa, siapa yang rumah berdekatan dengan taman rekreasi tu, bersenam secara konsisten ke tidak? Hehe..
Ayuh! Sama-sama kita tukar persepsi pemerhati antarabangsa bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang dihambat isu rakyat obes.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lupita Nyong’o yang pernah membawakan watak Nakia di dalam Black Panther baru-baru ini muncul sebagai pelakon filem prequel A Quiet Place: Day One.
Filem ini mengisahkan tentang bandar New York yang tiba-tiba didatangi makhluk aneh buta yang meragut nyawa ramai penduduk. Seorang wanita (Sam) bersama mereka yang masih terselamat cuba mencari cara untuk menyelamatkan diri tanpa perlu mengeluarkan sebarang bunyi bising.
Perjalanan Sam untuk menyelamatkan diri ini penuh cabaran sebab bukan sahaja dengan memerlukan kerjasama dengan kucing kesayangannya tapi pada masa yang sama, untuk membantu Eric pulang ke pangkuan keluarga. Adakah mereka berjaya menyelamatkan diri dan apa yang terjadi kepada makhluk aneh itu, anda perlu tonton sendiri.
Apa yang menarik mengenai filem ini adalah ia bukan sahaja menonjolkan tentang makhluk buta yang meragut nyawa orang itu sahaja. Malah terdapat kisah yang penuh emosi mengenai watak utama itu sendiri iaitu Sam.
Mungkin ada sesetengah penonton yang menyangka filem ini membosankan kerana judulnya saja “A Quiet Place” dan ekspektasi bagi yang belum pernah menonton A Quiet Place (2018) dan A Quiet Place 2 (2020) pula mungkin menganggap filem ini tidak banyak bercakap dan diam saja. Walau bagaimanapun, anda jangan pelik kalau setiap babak dalam cerita ini akan membuatkan korang rasa tegang dan terkejut sebab ada banyak jump-scare yang menanti!
Sekadar info, filem prequel A Quiet Place: Day One merupakan filem arahan Michael Sarnoski dan bagi yang baru nak tonton juga tidak akan ada masalah nak catch up dengan filem ini. Rate filem A Quiet Place : Day One ialah PG13, jadi tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Bagi penonton yang dah tak sabar nak tengok filem ini, ia berada di pawagam bermula 27 Jun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apakah rahsia di sebalik kelangsungan kerjaya bintang K-drama popular, Lee Joon Gi selama 18 tahun dalam industri seni hiburan Korea Selatan?
Hanya Joon Gi, 40 sahaja yang tahu laluan pahit manis yang dilaluinya selama ini. Apa yang pasti, selagi Joon Gi ingin berkongsi momen istimewanya sebagai salah seorang selebriti Korea paling berjaya dan diminati sekarang bersama para peminat di Kuala Lumpur, well, we will not say no to that!
Buat julung kalinya, Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia dalam jelajah bersiri 2024 Lee Joon Gi Asia Tour ‘Joongi’s Day: Festival’ in Kuala Lumpur pada 22 September ini di Mega Star Area.
Ini juga merupakan penampilan sulungnya di sini selepas pernah menjayakan persembahan di Singapura pada tahun 2017.
Joon Gi sememangnya lebih dikenali ramai sebagai seorang pelakon lelaki berkaliber yang banyak kali menjayakan watak dalam drama bergenre historical K-drama. Tidak hairanlah apabila beliau digelar sebagai ‘Raja Sageuk’ atau Raja Drama Bersejarah kerana setiap sentuhannya menerusi genre tersebut akan membuahkan impak terhadap penonton.
Antaranya termasuklah drama Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo (2016), Scholar Who Walks The Night (2015), Arang and the Magistrate (2012) dan iljimae (2008) yang masing-masing telah membolehkan Joon Gi memenangi pelbagai anugerah lakonan serta undian atau sekurang-kurangnya tercalon.
Terbaru pada tahun 2022, Joon Gi sekali lagi menarik tumpuan pengkritik dengan aksi mantapnya menerusi drama bersiri mini, Again My Life. Malah, beliau juga membuat debut dalam dunia perfileman Hollywood menerusi filem ‘Resident Evil: The Final Chapter’.
Lee Joon Gi terlebih dahulu mengecapi populariti menerusi drama komedi My Girl.
Begitupun, Joon Gi telah berjanji untuk memastikan vokalnya berada pada tahap terbaik untuk Joongi’s Day: Festival in Kuala Lumpur ini. Bukan sahaja korang akan berpeluang berinteraksi dengan beliau tetapi juga dapat menyaksikan persembahan menarik dengan gerak tari serta vokal mengkagumkan.
Tambahan pun sebagai penyanyi, Lee Joon Gi pernah mengeluarkan beberapa buah lagu terutamanya untuk dimuatkan sebagai runut bunyi k-drama seperti For One Day (Arang and the Magistrate), Accepted, For Us dan Can’t Be Slow.
REMAJA merasakan Joon Gi pasti akan menyanyikan semula lagu-lagu OST daripada drama lakonannya.
Joongi’s Day: Festival in Kuala Lumpur dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment dan Hit Maker Entertainment, dengan Sliding Doors Entertainment sebagai penganjur bersama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AI.com dijual pada harga RM276 juta kepada CEO Crypto.com, mencipta sejarah sebagai domain termahal dan membuktikan kehebatan usahawan Malaysia di pentas digital dunia.