Berita

Buktikan Usia Hanyalah Angka, Dua Warga Emas Ini Berjaya Tamatkan PhD Di UTM Walau 10 Tahun Berjuang

Share

Dalam dunia yang serba pantas hari ini, ramai menganggap usia sebagai penghalang untuk mengejar impian.

Namun, dua warga emas membuktikan sebaliknya apabila berjaya menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-69.

Perjalanan 10 Tahun Seorang Bekas Pegawai Tentera

Bekas Pegawai Tentera Pasukan Elit 10 Briged Para, Mejar (B) Dr Kamarul Jamaluddin, 79, muncul sebagai graduan PhD paling tua pada istiadat tersebut. Beliau menghabiskan masa

10 tahun menamatkan pengajian dalam bidang Kaunseling dan Psikologi—satu tempoh panjang yang penuh cabaran.

Katanya, perjalanan yang bermula pada 2015 bukanlah mudah.

“Perjalanan PhD yang bermula pada 2015 tidak mudah, malah mengambil masa panjang akibat pelbagai tekanan termasuk masalah kewangan dan beban penulisan tesis sehingga menyebabkan saya hampir berputus asa,” katanya kepada pemberita selepas konvokesyen itu.

Bapa kepada empat anak dan 15 cucu ini mengakui bahawa kekuatan sebenar datang daripada mereka di sekelilingnya.

Sokongan keluarga, isteri, penyelia serta bantuan kewangan daripada

Jabatan Agama Islam Johordan zakat UTM memberi nafas baharu untuk beliau terus mara hingga ke garisan penamat.

Pelajar Dari Flores Terus Teguh Dengan Misi Ilmu

Turut diraikan ialah Dr Abdul Hakim Arifin, 67, dari Flores, Indonesia, yang menerima PhD dalam bidang Falsafah Arab. Bermula pengajian sejak 2016, beliau juga berdepan cabaran kewangan dan komitmen keluarga. Namun, cintanya terhadap ilmu tidak pernah padam.

“Belajar bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi juga manfaat kepada semua selain menuntut ilmu juga tuntutan agama,”

katanya.

Beliau menyatakan hasrat untuk terus berbakti dalam bidang pendidikan, sama ada di Malaysia mahupun Indonesia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Bernama

Published by
Fath