
Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga sudah cukup membuatkan rakyat kreatif mengisi masa lapang masing-masing.
Carian di Google mendapati setiap perkongsian resipi akan mendapat rating tinggi dan menjadi viral di media sosial. Mana yang jarang memasak namun disebabkan resipi itu viral, kita akan teruja untuk mencubanya.
Namun tidak semua resipi yang kita cuba itu menjadi. Seperti kata orang, hidup tak semestinya indah setiap hari.
Jika sebelum ini kita tahu blog Masak Apa Hari Ini yang viral disebabkan perkongsian resipinya tetapi rupanya ada satu lagi blog masakan dinamakan MASAK APA TAK JADI HARI NI #MATJHN
Haha. Terhibur rasa hati melihat perkongsian dari mereka yang membuat perkongsian di blog ini.
Lucu melihat “rupa” dan bentuk masakan-masakan di syer ke page ini. Benar-benar terhibur jadinya.






Tapi kalau tak cuba masak tak tahukan dan sampai bila tak akan pandai. Kata orang biarlah belajar dari pengalaman, baru kita akan memahami erti kehidupan.
Jom tengok resipi dikongsi tapi kurang menjadi. Apa yang penting kita dah cubakan dan jangan mengalah membuatnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tragedi Kesilapan Teknikal Ketika Terjunan Rope Swing, Adik Mohon Doa Keselamatan Kakak

Keinginan seorang gadis melakukan terjunan rope swing Ahad lalu di Kuala Kubu Bharu berakhir dengan ujian apabila kabel yang mengikatnya mengalami kesilapan teknikal sebelum Siti Halijah Abd Rahim, 33 terjatuh ke dalam sungai dan tubuhnya terhempas ke sungai tersebut dari ketinggian 10 meter.
Difahamkan Siti Halijah berkeinginan melakukan terjunan rope swing malah sempat memuat naik gambar terakhir sambil memegang placard Don’t Tell My Mom sebelum melakukan terjunan tersebut.
Dalam satu perkongsian dibuat adiknya, Mohamad Yakub di fbnya, dia memaklumkan kakaknya sudah selamat menjalani pembedahan memasang lapan skru di bahagian L4, L3, L2 dan pembedahan dibuat segera semalam untuk menyelamatkan urat kaki kakaknya dari gagal berfungsi selepas tragedi tersebut berlaku.
Redha dengan tragedi tersebut selain mengharapkan doa dari orang ramai selain mengharapkan sumbangan orang ramai untuk pembedahan kakaknya, di Facebook-nya juga Mohamad Yakub sempat memberi pesanan kepada orang di luar sana agar tidak menuding jari kepada sesiapa tentang tragedi yang berlaku ini.
Tidak mencari siapa benar dan siapa salah. Malah pihak bertanggungjawab dalam aktiviti rope swing tersebut, RENTAS dikatakan sangat membantu dan memberi kerjasama kepada Ejah (panggilan untuk kakaknya) dan kami sekeluarga. Kun fa ya kun. Kalau Dia nak jadi maka terjadilah ia. Siapa kita nk menidakan takdir dan ketentuan yang maha ESA.

.

.
Baca perkongsiannya.
7 Jam bertarung nyawa di dalam OT Room
29.9.2020 seawal jam 6.45 pagi, awak dah pun ditolak dalam dewan bedah Jah. Awak sempat lagi bergurau “dik tolong ambil gambar aku sekeping masa nurse tolak katil. Aku nak masuk dewan bedah. Aku nak buat kenangan nanti bila aku dah baik.
Ya Allah, dalam hati aku kau sempat lagi bergurau Jahkan. Tapi kalau korang nak tahu, itulah watak kakak saya yang ramai buat orang tertawa.
Jam 7.30am, aku tunggu di luar dewan bedah. Kau pun dah masuk ke dalam Jah. Lampu dewan bedah mula menyala, tappp!!
Aku dah mula risau beb. Aku dah start duduk berdiri berjalan semua tak kena. Macam macam ada dalam kepala hotak ni yang datang.

.
Nak pasang 8 skru di tebuk di tulang belakang
8 skru nak ditebuk di tulang belakang awak Jah. Besi rod lagi nak dimasukkan. Ya Allah aku tak boleh bayangkan Jah macam mana kau sangat kuat untuk semua tu. Lama aku tunggu kau Jah dekat laur tapi tak apa, sampai ke ke titisan darah terakhir aku Jah, selagi nyawa di kandung badan aku sabagai adik kau aku akan tetap bagi sokongan moral gila-gila kat ko!
Jam 3 petang, nurse bagi tahu akak awak dah selesai dibedah. Now dia ada di dalam icu. Then aku tak tunggu lama Jah. Soalan pertama aku tanya pembedahan ko macam mana?
Then nurse tu kata berjaya Allamdulillah Jah. Makbul doa kawan-kawan, ahli keluarga dan sahabat handai awak Jah. Nurse di ward ICU tu tak kenal pun awak Jah. Dia boleh cakap kat aku yang kakak awak ni kuat semangat dia..YES! Itulah yang aku nak ko buat Jah.
Jam 5.30 petang waktu melawat ko pun dah tiba. Serius Jah, aku kena cekalkan hati mental dan fizikal untuk aku jumpa kau sebab doktor cakap kau separa sedar dan doktor cakap awak cakap je dengan dia. Telinga dia dengar dan dia faham apa awak cakap.
Aku dan Umi pun masuk dan terus ke katil awak Jah. Umi sampai di sisi awak. Air mata ibu memang tak akan pernah kering. Dia usap tangan awak Jah sambil menagi. Jah, Umi datang ni Jah.
Dengar suara Umi terus buka mata
Awak dah selamat Jah. Istigfar banyak-banyak Jah dan saat itu kuasa Allah telah terbukti apabila mata awak terus terbuka dan awak tengok Umi. Air mata awak meleleh Jah dan awak seakan mahu berkata sesuatu tapi tak boleh sebab masih ada wayar oksigen di dalam mulut awak.
Dari raut wajah awak Jah, aku dapat rasa kesakitan yang awak tangung sekarang bukanlah macam jatuh bermain basikal. Perit pedih dan satu badan awak mengigil Jah. Nak terima besi di dalam badan bukan satu perkara yang mudah.
Aku pegang tangan ko Jah. Aku cakap kat ko syabas Jah! Ko dah berjaya sampai ke puncak gunung! Inilah Jah yang aku kenal sebelim ni semangat juang kau yang sangat tinggi! Cuma aku pesan jangan pernah down Jah ye sebab lepas nie your life totly change! Awak tuduk kan kepala tanda paham.
Habis waktu melawat kau Jah, aku terpaksa balik sebab dalam ICU siapa pun tak boleh tunggu kau Jah. Tapi bila aku cakap aku nak balik, ko tarik tangan aku Jah. Muka kau macam kau takut. Tak per Jah, nurse dalam ni cantik cantik semua baik-baik. Esok aku datang lagi ye. Kau berehatlah dulu.
Esok doc pakar akan buat MRI dan city scan untuk pantau result stand dan skru yang dah di pasang kat tulang belakang kakak saya. Kalau ada keajaibpan syifaq kesembuhan masya-Allah tabarakallah, urat saraf dia kembali normal awak akan sembuh Jah. Doaka semua agar esok dan hari mendatang ada keajaiban berlaku kepada kakak saya. Sebab ramai sayang dia.
Yang nak bantu boleh hulurkan bantuan ke akaun Yakub ya.
Name: Mohamad yakub (adik)
Acc Maybank: 162107181368
Num fone : 0122836884
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan RUSIA Tawan Puncak Menara Merdeka 118, Warganet Skeptikal Mana Pegawai Keselamatan?

Bagi korang yang setia mengikuti kandungan media sosial pasangan bernama Ivan Beerkus dan Angela Nikolau, pastinya korang sudah terbiasa melihat kegiatan ‘tak masuk akal’ dan merbahaya yang dilakukan mereka selama ini.
Digelar sebagai pasangan ‘daredevil’ dari Rusia, Ivan dan Angela terkenal dengan keberanian memanjat puncak bangunan pencakar langit di seluruh dunia.

Baru-baru ini, mereka telahpun memuat naik hantaran foto terbaru di puncak menara yang masih dalam fasa pembinaan terakhir – tidak lain tidak bukan – menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur.
Pada ketinggian 679m, pencakar langit yang mendapat inspirasi daripada profil gaya Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman sewaktu deklamasi laungan merdeka pada tahun 1957 di Stadium Merdeka itu kini telah sah menjadi struktur binaan tertinggi di Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Merdeka 118 Kini Bangunan Kedua Tertinggi Di Dunia – REMAJA
Lantas, Ivan dan Angela tidak membuang masa untuk mencabar diri mereka untuk berdiri di puncak menara. Foto-foto yang dibidik menggunakan dron juga telah dimuat naik oleh Ivan Beerkus di laman web SkyscraperCity.com pada 26 Disember lalu.


“Saya berada di puncak menara. Ia adalah gila. Aras 115 dan aras 116 mempunyai ruang yang amat besar. Dan ada eskalator di antara dua aras itu.
“Tetapi untuk tiba di puncak menara, kami perlu menaiki tangga,”catatnya.


Cumanya, berlainan dengan aksi-aksi mereka terdahulu, aksi di menara Merdeka 118 ini telahpun menimbulkan tanda tanya daripada warganet Malaysia.
Tinjauan di ruangan komen mendapati orang ramai mempersoalkan faktor keselamatan di tapak menara tersebut yang belumpun siap secara rasmi. Mereka juga bertanyakan di manakah keberadaan pegawai keselamatan hinggakan Ivan dan Angela terlepas sampai ke puncak menara.
Tambahan pula, Ivan menerusi catatannya menyedari kehadiran banyak kamera litar tertutup (CCTV) dan pinta berkunci di menara itu. Justeru, warganet bingung mengapa kelibat mereka sepanjang berada di sana tidak disedari oleh pegawai keselamatan yang bertugas.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan tentang kehadiran nama-nama pekerja yang diconteng di puncak menara Merdeka 118 ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Bangunan Kedua Tertinggi Dunia Pun Jadi Mangsa Vandalisme, Nama ‘Johan’ & ‘Syafiq’ Antara Yang Diconteng – REMAJA
Selain itu, REMAJA juga pernah berkongsi mengenai seorang pegawai wanita yang berani berkhidmat sebagai juruteknik akses tali di Menara Berkembar Petronas.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Malaysia Berani Takluki Bangunan Pencakar Langit Demi Tugas – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sistem Pendaftaran Pekerjaan Perkhidmatan Awam Telah Dikemaskini, Ini Tutorial Pendaftaran SPA9

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah pun membuat satu pengumuman penting di laman rasmi Facebook mereka berkaitan dengan kerja-kerja menaik taraf sistem SPA9.
SPA9 dilancarkan bagi menggantikan sistem yang lama, iaitu SPA8i. Oleh itu, pengguna dari SPA8i perlu berpindah kepada SPA9. Jadi bagi korang yang ingin memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam, pastikan korang memohon dengan betul.

Berikut adalah cara untuk masuk ke laman SPA9:
Langkah 1: Masuk ke Portal Rasmi SPA9 di https://spa9.spa.gov.my/
Langkah 2: Baca dahulu peraturan yang ditulis tersebut, hal ini penting supaya korang tidak memasukkan maklumat palsu atau menggelirukan

Langkah 3: Walaupun korang dah ada akaun spa8i, korang perlu isi “Pendaftaran Pengguna” terlebih dahulu untuk memasuki ruangan spa9 ini

Langkah 4: Masukkan maklumat terkini korang seperti Maklumat Pemohon, Maklumat Kata Laluan, Soalan Keselamatan dan Persetujuan dan klik “Daftar”

Langkah 5: Dah settle, balik semula ke halaman depan SPA9 di https://spa9.spa.gov.my/
Langkah 6: Pada paparan dalaman spa9 selepas login akan dipaparkan profil korang, jika pernah daftar spa8i semua data lama spa9 tanpa perlu buat apa-apa lagi
Langkah 7: Jika korang hendak melakukan kemaskini boleh buat pada halaman tersebut. Selesai!
Apa yang menariknya untuk spa9 ini, ia lebih mesra pengguna, sistem semakan, status penjadualan, status keputusan boleh disemak dengan mudah dan lancar. Selain daripada permohonan jadi lebih mudah, data lebih berintegriti, proses tapisan lebih cepat serta rekabentuk interaktif dan mesra mobile.
Sumber: portalmalaysia.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

