
Anak kepada penyanyi terkenal, Liza Hanim iaitu Marsya Qistina sekali lagi mencuri perhatian di pentas Talk To My Manager minggu kelima, Ahad lalu.
Marsya tampil mengenakan persalinan eksklusif hasil sentuhan pereka fesyen tempatan yang sedang meningkat naik, Sodiqin Shaz. Lebih istimewa, busana itu bukan sekadar cantik di mata, malah membawa mesej mendalam.
Menurut Liza Hanim, pemilihan persalinan tersebut adalah sebagai penghormatan buat kanak-kanak dan remaja yang terkorban akibat pelbagai insiden menyayat hati.
“Ramai yang bertanya tentang dress Marsya… nama-nama yang tertulis adalah tribute Marsya buat kanak-kanak dan remaja yang telah pergi kerana keganasan domestik, rusuhan, buli, kemalangan dan pelbagai kes jenayah yang berlaku di dalam negara.
“Kita perlu terus mengingati mereka, dan bertekad untuk tidak membenarkan ia berulang lagi.
“Terima kasih penata gaya @heyyzulkhairul kerana berjaya merealisasikan vision akak. Terima kasih designer @sodiqin.shaz atas execution dan penghasilan dress ini…,” coret Liza di media sosial.
Sebagai info, Marsya bukan sahaja memikat perhatian dengan busana penuh makna itu, malah turut menduduki
tangga pertama minggu kelima selepas membawakan lagu penuh emosi, Terlalu Istimewanyanyian asal Allahyarhamah Adibah Noor.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.