Esok kita akan menyambut hari Nuzul Al-Quran. Memandangkan ia jatuh pada hari hari Ahad, maka cuti umum akan bersambung pada hari Isnin kelak. Jika ramai yang memandang hari Nurul Al-Quran ini sekadar hari cuti ternyata ia satu kerugian dan menjadi sia-sia.
Apa yang dimaksudnya dengan Nuzul Al-Quran? Nuzul al-Quran bermaksud penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir, Nabi Muhammad S.A.W.
Peristiwa Nuzul al-Quran merupakan peristiwa Allah S.W.T. menurunkan ayat pertama al-Quran kepada Rasulullah dan berterusan secara berperingkat selama 23 tahun sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad berusia 41 tahun, iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M, sewaktu Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira.
Bersesuaian dengan kedudukan al-Quran itu sebagai kitab yang agung, Allah S.W.T. menurunkannya pada bulan yang mulia, iaitu bulan Ramadan dengan membawa beribu keberkatan kepada umat Islam.
Firman Allah S.W.T. dalam surah Ad-Dukhaan, ayat 3 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat.”
‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah S.W.T. dalam surah di atas adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya daripada amalan seribu bulan.
Ayat al-Quran pertama yang diturunkan
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan Malaikat Jibril adalah lima ayat pertama daripada Surah al-‘Alaq.
Terjemahan bagi surah tersebut adalah: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-‘Alaq:1-5)
Al-Quran sebagai petunjuk
Ads
Al-Quran merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Muhammad S.A.W. untuk disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran adalah petunjuk (huda) dan pembeza (furqan).
Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah”.
Al-Quran sebagai huda (petunjuk) bererti ia mampu memimpin kehidupan manusia. Ia menjelaskan perbuatan apa yang wajib dilakukan, mana yang sebaiknya dilakukan, mana yang boleh dilakukan, mana yang sebaiknya ditinggalkan dan mana yang wajib ditinggalkan.
Manakala al-Quran adalah furqan (pembeza) pula bermaksud ia menjadi piawaian yang menentukan mana yang haq dan mana yang batil.
Oleh itu, ‘al-haq’ (kebenaran) adalah apa saja yang dinyatakan benar oleh al-Quran dan ‘al-bathil’ (kepalsuan) adalah apa saja yang dinyatakan sesuatu yang tidak benar oleh al-Quran.
Justeru, kita dituntut untuk menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk yang memandu dan memimpin kehidupan kita, sebagai sumber hukum yang wajib kita ambil dan terapkan, serta sebagai sumber penyelesaian bagi seluruh masalah kehidupan.
Hikmah diturunkan al-Quran
Ads
Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad S.A.W dan panduan hidup bagi umat Islam sepanjang zaman.
Al-Quran menjadi rujukan dan penawar diri bagi umat Islam yang inginkan kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Kandungan ajaran al-Quran adalah bersifat mukjizat (I’jaz al- ‘Ilmi) sehingga merentasi zaman dan tempat sekali pun telah diturunkan lebih 1,400 tahun yang lalu.
Justeru itu, membaca al-Quran adalah satu ibadah. Marilah kita bersama-sama menghayati al-Quran dan ayat-ayat yang terkandung di dalamnya.
Bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, sama-samalah kita menambahkan dan mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Allah S.W.T. yang tidak terhingga kepada umat Islam.
Ini kerana beribadah di 10 hari terakhir Ramadan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah selama 1,000 bulan.
Apa yang perlu kita fahami, turunnya Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. sebagaimana dinyatakan oleh nabi :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruh dan mim itu satu huruf”
Tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia adan akhirat.
Allah nyatakan dalam Al-Quran:
Ads
” Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran di mana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil”
Manusia yang hanya membaca semata-mata dan tidak mengamalkan peraturannya dalam kehidupannya samalah seperti seorang yang sakit dan mengambil ubat untuk dimakannya tetapi hanya dibaca setiap hari :
” Makan tiga kali sehari” tetapi tidak dimakannya maka bagaimana penyakitnya akan sembuh.
Sama juga halnya apabila membaca al-Quran tetapi tidak mengambilnya sebagai pedoman maka Al-quran itu sendiri yang akan melaknatnya. Ini dijelaskan dalam hadis nabi s.a.w :
” Berapa banyak orang yang membaca Al-Quran sedangakan Al-quran itu melaknatnya”.
Mereka membaca ayat-ayat yang mengharamkan atau menhalalkan sesuatu. Tetapi sebaliknya dalam kehidupannya mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.
Sebagai seorang muslim kita menjadikan Al-quran, As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan diakhirat.
Nabi berpesan:
” Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah rasulnya”. Sumber : SalamWeb & Jabatan Agama Islam Syariah Perak
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid menzahirkan kesyukuran proses melahirkan cahaya mata ketiganya dipermudahkan selepas dia selamat menimang bayi perempuan secara normal, hari ini.
Menerusi perkongsian di entri Instagram, bekas peserta program Dewi Remaja itu memuat naik foto cahaya mata perempuannya yang didukung suami tercinta, Raf Yaakob.
Mawar dan Raf bagaimanapun belum berkongsi wajah cahaya mata mereka dan menutup muka bayi itu dengan emoji.
“Syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Saya bersalin secara normal, macam dua orang anak saya, Rafael dan Cinta. Terima kasih semua atas doa-doanya,” tulisnya ringkas.
Selain itu juga, pelakon drama Kalis Kasih itu turut mengumumkan nama bayi ketiganya iaitu Raden Seri Riyanna Sayang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis tidak terlepas peluang meniupkan doa yang baik-baik buat bayi mereka.
Sekadar informasi, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rossabella Cinta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Genap tujuh hari kelahiran puteri sulung, penyanyi popular, Wany Hasrita dan suami tercinta, Mohd Al-Adib Fahmi memilih nama Aishah Al Iman buat cahaya matanya itu yang dilahirkan, pada 8 Julai lalu.
Perkara tersebut dikongsikan pelantun lagu Rintihan Rindu itu menerusi sebuah hantaran foto di entri Instagram miliknya.
Pada perkongsian sekeping foto dilihat pasangan merpati dua sejoli itu sempat bergambar bersama bayinya yang digendong oleh suami penyanyi itu di wad hospital, sebelum berangkat pulang ke kediaman mereka.
Wany juga berkesempatan meminta doa para pengikutnya buat bayi comelnya itu agar menjadi anak yang solehah, baik budi pekerti dan cergas minda.
“Aishah Al Iman Binti Mohd Al-Adib Fahmi, genap 7 hari dah. Alhamdulillah, pagi tadi siap cukur rambut dia, itu pun ibu tengok ibu dah sebak.
“Ibu tangkap banyak-banyak gambar dia sebelum cukur tadi, padahal tumbuh sahaja balik nanti.
“Uncle & Aunty doakan Aishah jadi anak solehah, lembut hatinya, cergas mindanya, baik budi pekerti akhlaknya ya,” coretnya panjang di ruangan kapsyen.
Sebelum ini, Wany Hasrita selamat melahirkan puteri sulungnya pada jam 7.14 petang, di pusat perubatan, pada 8 Julai lalu.
Wany menitipkan kesyukuran dan sempat memaklumkan bayi perempuan yang baru dilahirkan semalam itu secara normal.
Sekadar informasi, Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah selamat bergelar isteri kepada Mohd. Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai tahun lalu.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Hasbullah Hassan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa tidak gemarkan filem keluaran Disney yang memberikan fokus kepada watak antagonis?
Filem-filem terdahulu di bawah genre yang sama seperti Joker dan Maleficient umpamanya telah mendatangkan keuntungan kepada studio produksi setelah ia mendapat sambutan hangat daripada peminat dunia animasi serta peminat filem bergenre ‘gelap’.
Justeru, ramai yang teruja menantikan teaser pertama dan poster bagi filem keluaran Walt Disney Company berjudul Cruella.
Seperti tajuknya, filem ini berkisarkan watak Cruella De Vil yang dahulunya pernah menghiburkan kanak-kanak sebagai villain pembunuh anjing jenis dalmation semata-mata untuk dijadikan kot sejuk.
Kali ini menerusi Cruella, penonton akan disajikan dengan versi live-action mengenai kehidupan awal Cruella sekitar era 1970-an di kota London.
Menerusi klip teaser yang telah dilancarkan hari ini, Cruella lakonan Emma Stone ditampilkan sebagai seorang yang fashionable dan gemar menghiburkan dirinya dengan berkelakuan.. err ‘di luar kotak’.
Dia yang dilahirkan sebagai Estella merupakan kanak-kanak perempuan yang bijak, kreatif dan bercita-cita tinggi untuk menjadi popular menerusi rekaan fesyennya.
Stail dan gaya pakaian Estella itu telah menarik perhatian Baroness von Hellman (lakonan Emma Thompson) yang merupakan seorang lagenda dunia fesyen. Hubungan mereka setelah berkenalan membuatkan Estella lebih berani menonjolkan sisi lantang, berani dan merbahaya – lalu menjadi karakter bernama Cruella.
Seperti teaser Cruella yang dapat korang tonton di atas, Emma Stone cuba menjadikan dirinya se-Inggeris mungkin. Dengan kejayaan beberapa filem Emma sebelum ini dari segi jualan tiket dan di acara anugerah besar, penulis memahami mengapa Emma menjadi pilihan penerbit Cruella.
Bagaimanapun, warganet terlebih dahulu telah berbelah bahagi dalam komen balas mereka terhadap filem Cruella. Lambatt lagi dik nak tayang, kau dah judge awal-awal.
Ya, ada yang menggemari kisah Cruella sebagai penggemar fesyen dan ramai merasakan suntingan filem ke dalam klip teaser tersebut adalah cemerlang. Ia membuatkan penonton tak sabar-sabar menantikan bulan Mei kelak.
Namun, sebahagian besar warganet tidak begitu pasti sama ada filem Cruella ini akan berjaya ataupun tersungkur. Mereka berpendapat Emma Stone bukanlah aktres yang harus dipilih bagi memegang watak Estella/Cruella kerana dirinya tidak ‘sekejam’ yang didambakan oleh peminat Disney. Dari skala 1-10, Emma mungkin akan memperolehi rating 4.
She is wicked and fun – no doubt, but as Disney villain..? Penulis sendiri tidak begitu pasti.
Warganet juga tidak menolak persamaan yang ditonjolkan Emma dengan satu lagi karakter villain wanita zaman ini iaitu Harley Quinn (Suicide Squad). Persona yang ada pada Estella/Cruella buat masa ini terlalu dekat dengan watak lakonan Margot Robbie itu, seakan tiada perbezaan pun kecuali slanga Inggerisnya.
Seperkara lagi, peminat Cruella De Vil gusar jika Disney akan cuba untuk ‘melembutkan’ karakter tersebut seperti yang pernah mereka lakukan kepada Maleficient.
Apapun, ini baru teaser pertama filem Cruella.
Mungkin banyak lagi kejutan yang masih disimpan oleh Disney dan satu-persatu akan menemui peminat Disney sebelum tarikh tayangan pada 27 Mei ini.
Bak kata Cruella, “I was just getting started Darling..”