Bukan Kahwin Tahun Depan, Mira Filzah Hanya Pakai Baju Kahwin Untuk..

Share

Apa yang akan terjadi pada masa akan datang, semua itu di bawah kuasa Ilahi.

 

Namun buat masa ini, pelakon dan Bintang Paling Popular 2019 iaitu Mira Filzah tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin pada tahun 2020.

Bagi Mira, ura-ura untuk berkahwin itu tidak benar. Dia sama sekali tidak akan merahsiakan daripada pengetahuan umum sekiranya merancang untuk berkahwin.

“Apa-apa saja boleh berlaku pada tahun hadapan. Semua orang mengimpikan hubungan mereka akan berakhir dengan perkahwinan dan kebahagiaan.

“Buat masa ini masih belum ada perbincangan keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya sekaligus meredakan khabar angin tersebut.

Apapun, kelibat Mira dalam busana perkahwinan yang tular adalah disebabkan pemilihannya sebagai muse untuk koleksi perkahwinan Rico Rinaldi 2020.

“Kerjasama Mira dengan Rico ini tidak ada kena-mengena dengan gosip akan berkahwin. Ini bukanlah petunjuk. Sudah lama Rico memujuk Mira untuk bekerjasama dan kami akhirnya bersetuju, maka terjadilah ini,” katanya.

Selain daripada koleksi perkahwinan, Rico Rinaldi juga mempersembahkan koleksi Cruise 2020 untuk sarungan semasa bercuti. Ia juga pada kami bersesuaian dijadikan pilihan kasual korang pada setiap hari.

Cer tengok beberapa lagi foto Mira daripada penggambaran Rico Rinaldi Bridal 2020 ini. Cantik kan!

Terus terasa macam nak kahwin! Hehe..

Untuk korang yang belum bersedia dan masih nak kekalkan duty sebagai bridesmaids tu, jom tengok tugasan yang wajib korang lakukan.

 

IKLAN