Bukan Hanya ‘TikTokers’ Popular, Khaby Lame Sebenarnya Seorang Hafiz Al-Quran

Share

Jika sebelum ini, tular beberapa video milik pemuda warga Itali dengan hanya video mimik muka dan reaksinya. Malah, kesemua video Khaby Lame dengan konten ringkas yang dihasilkan berjaya mendapat perhatian penonton seluruh dunia sekaligus mengumpul sebanyak 145.9 juta pengikut sehingga kini.

 

@khaby.lame Mention your hairdresser 🤣🤣 #learnfromkhaby #learnontiktok @tiktok @tiktok creators ♬ suono originale – Khabane lame

Mulanya, pemuda yang dikenali sebagai Khaby Lame atau nama sebenarnya Khabane Lame membuka akaun TikToknya untuk menghilangkan kebosanan ketika menjalani perintah berkurung di sana setahun yang lalu dan tidak menyangka akan menjadi terkenal dengan jutaan pengikut.

ARTIKEL BERKAITAN : Hanya Video Reaksi Muka Tanpa Suara, Remaja Ini Mampu Raih Populariti Dan Buat Duit

Malah, Khaby Lame yang menetap di Itali nampaknya tidak menunggu lama dalam arena TikTok untuk muncul sebagai individu dengan jumlah pengikut tertinggi pada platform berkenaan.

Di sebalik kejayaan yang diperoleh, serta turut muncul sebagai duta bagi beberapa syarikat, siapa sangka individu yang sering membuat orang terhibur ini merupakan seorang Muslim dan Hafiz Al-Quran.

Menerusi perkongsian laman The Islamic Information, beliau yang menetap di Itali sejak umur satu tahun dihantar ibu bapanya bagi mendalami agama pada usia 14 tahun di Dakar, Senegal dan seterusnya menghafal kitab suci tersebut.

Perkongsian yang dibuat tersebut sekadar memaklumkan kepada ramai kepercayaan beliau yang sekaligus menjadi ikon buat anak muda Islam seluruh dunia. Beliau juga dilihat aktif dan tidak kekok dalam berkongsi kesengsaraan yang terpaksa dilalui rakyat Palestin berikutan kekejaman Zionis.

Mengulas mengenai populariti, beliau dilaporkan aktif menggunakan platform TikTok sejak Itali dilanda COVID-19 iaitu sekitar Mac 2020 di mana beliau telah kehilangan kerja di sebuah kilang.

Khabarnya, Lame sudah merangka beberapa projek untuk menjamin masa depannya kerana tidak mahu terus leka dalam populariti yang ada sekarang di samping mahu membantu mengubah nasib keluarganya.

Alhamdulillah…

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN