Setiap kali sesi uji bakat pencarian Dewi Remaja diadakan, kami menerima pelbagai peserta yang masing-masing mempunyai latar belakang serta keistimewaan tersendiri. Ada yang berbakat dalam bidang lakonan, nyanyian, pengacaraan, malah peserta yang hadir juga turut punya kemahiran-kemahiran lain yang di luar dari bidang hiburan.
Seperti peserta yang berasal dari Langkawi ini, Farah Rose memegang lesen komersil juruterbang dan dia juga mahu membuktikan bahawa wanita juga mampu untuk terjun ke dalam bidang ini.
“Saya baru sahaja menamatkan latihan penerbangan saya di Langkawi pada Disember 2021 dan benar saya memang mempunyai lesen komersil juruterbang. Saya memang ada perancangan untuk meneruskan kerjaya sebagai juruterbang tetapi kita pun tahu aviation industry sekarang masih lagi belum stabil jadi saya mahu fokus minat saya dalam bidang hiburan terlebih dahulu,”
“Cabaran yang dihadapi ketika saya ingin menamatkan latihan penerbangan adalah apabila saya mahu buktikan bahawa saya mampu untuk menjadi juruterbang kerana saya ini bertubuh kecil kalau nak dibandingkan dengan kadet-kadet yang lain,”
“Ramai juga yang mengatakan bahawa saya tidak mampu untuk menjadi juruterbang sebab saya kecil, tapi saya ambil kata-kata itu sebagai pembakar semangat dan Alhamdulillah saya berjaya menamatkan latihan penerbangan saya selama 200 jam tanpa masalah,” jelas Farah Rose.
Selain itu juga, Farah turut berbakat dalam bidang nyanyian dan mempunyai sebuah single ciptaan Eddie Hamid yang berjudul Cerita Ku.
“Saya sebenarnya baru sahaja melancarkan single pertama yang bertajuk Cerita Ku dan saya sebenarnya sudah mula menyanyi di usia 10 tahun lagi. Saya mula menyertai pertandingan Bintang Kecil pada tahun 2010/2011 dan saya berjaya melayakkan diri di zon utara dan mendapat tempat ketiga. Jadi dari situ saya memang aktif dalam bidang nyanyian, saya buat persembahan, masuk pertandingan dan pada tahun 2018 saya telah dilamar oleh Abang Eddie Hamid untuk merakamkan single pertama ini. Tahun 2020 baru kami sempat menyiapkan rakaman dan tahun ini baru saya berjaya melancarkan single ini kerana sudah dua tahun tergendala akibat COVID-19,”
“Sebenarnya saya memang nak masuk Dewi Remaja ni pada 2018/2019 lagi tetapi pada waktu itu saya masih lagi belajar dan tidak berpeluang menyertai sesi uji bakat,”
Ads
”Jadi tahun ini saya baru sahaja menamatkan latihan penerbangan dan kini saya memang banyak masa jadi rasanya inilah waktu yang paling sesuai untuk saya cuba menyertai Dewi Remaja,” jelasnya lagi.
Apa-apa pun kami di Remaja ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Farah dan semoga segala impiannya terlaksana. Sama-sama kita nantikan adakah Farah Rose bakal berjaya menempatkan diri di peringkat seterusnya? Sentiasa nantikan update daripada Majalah Remaja okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan juga Ahli Parlimen Muar hari ini meluahkan rasa terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia.
Semalam, bekas Menteri Belia dan Sukan ini memohon pertolongan daripada orang ramai untuk membantunya membayar baki ikat jamin seperti yang diperintahkan oleh mahkamah pada pagi Khamis 22 Julai 2021.
Terbaru, Syed Saddiq melalui laman sosialnya meluahkan rasa terharu dan menerima sumbangan daripada rakyat Malaysia sebanyak lebih dari RM700K dalam masa 24 jam untuk membayar baki ikat jaminnya.
Sebanyak 9,836 penyumbang telah membantunya dan beliau juga telah menutup tabung sumbangan kerana dana yang diperoleh melebihi daripada apa yang sepatutnya.
Terdahulu, ahli politik muda itu telah dibicarakan atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Ahli Parlimen Muar berusia 29 tahun berkenaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi pada Khamis pagi.
Ya, tak semua pihak yang akan bersetuju dengan beberapa kepercayaan dasar Syed Saddiq. Tetapi itu kerana mereka melihat golongan remaja dan belia ini perlu mengikut telunjuk yang diberi, bukannya berfikir serta berdiri di atas usaha sendiri.
Moga kes Syed Saddiq ini selesai dengan baik hendaknya. Rakyat Malaysia bab bagi sumbangan memang bagus kan…ni penulis sangat setuju..
Saban tahun, acara Miss Teen USA sering menjadi perhatian bukan setakat remaja di Amerika Syarikat tetapi juga di seluruh dunia.
Walaupun dilabel sebagai pertandingan ratu cantik untuk gadis ‘belum cukup umur’ sebelum mereka boleh bertanding untuk Miss USA kelak, pertandingan ini ternyata lebih daripada sekadar rupa paras cantik semata-mata.
Miss Teen USA kini amat mementingkan latar belakang pendidikan setiap peserta. Rata-rata peserta sedang bergelar pelajar di kolej dan universiti masing-masing.
Malah, Miss Teen USA telahpun menukar format segmen pakaian mandi kepada pakaian active wear di mana peserta akan menyarungkan seluar. Ia sekaligus memberi gambaran bahawa penganjur sedang mencari seorang ‘role model’ yang terbaik untuk remaja dari segi intelek.
Terbaru, peserta berusia 18 tahun dari Hawaii, Ki’ilani Arruda telah mengenepikan saingan sengit daripada peserta District of Columbia serta 48 orang peserta lain untuk dinobatkan sebagai juara Miss Teen USA 2020.
Dianjurkan dalam persekitaran yang mematuhi standard piawaian SOP disebabkan oleh pandemik Covid-19, Ki’ilani bukan saja mencuri perhatian media dan seluruh dunia dengan kemenangannya.
Malah dia juga pantas menjadi popular kerana reaksi teruja setelah dinobatkan sebagai pemenang oleh pengacara majlis.
Ki’ilani tidak dapat mengawal rasa terujanya semasa menerima selempang dan tiara dari Miss Universe 2020, Zozibini Tunzi dan Miss Teen USA 2019, Kaliegh Garris. Pada satu ketika, dia juga terlompat sambil reaksi wajahnya menunjukkan rasa tidak percaya dengan kemenangan tersebut.
“Saya cuma bersyukur dapat mewakili Hawaii di peringkat kebangsaan. Ini adalah satu impian yang akhirnya tercapai.
“Paling saya teharu adalah apabila adik lelaki saya yang didiagnos dengan autism mengatakan ‘I love you’ selepas kemenangan saya. Ia sangatlah istimewa dan membuatkan saya menangis,” katanya.
Untuk pengetahuan, Ki’ilani mengambil inspirasi daripada kisah keluarganya yang berdepan dengan ahli keluarga autism untuk memperjuangkan kempen kesedaran autism agar lebih ramai orang yang memahaminya.
Pelajar jurusan Biologi Sel dan Molekular ini sedang bersiap sedia untuk menyambung dalam jurusan perubatan di Universiti of Puget Sound. Walaupun kini terpaksa belajar di atas talian, namun Ki’ilani tetap aktif bukan hanya dari segi pendidikan tetapi juga sebagai seorang atlet.
*
Teringat pula penulis kepada kejayaan Shaza Bae yang dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan pelakon sensasi, Janna Nick dan Dini Schatzmann kembali menjadi tumpuan malam tadi apabila memilih untuk menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka yang jatuh pada 10 Jun, hari ini.
Janna dan Dini memilih untuk meraikan tarikh istimewa itu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dalam suasana seperti majlis resepsi sebenar dengan menyertakan perarakan masuk ‘pengantin’ dan menjamu tetamu hidangan makan malam.
Malah, Janna dan Dini turut menyarungkan busana perkahwinan persis pengantin baharu dengan black tie. Janna sendiri kali ini memilih busana ballgown dempak dengan perincian sarat pada bahagian bodice dan lengkap dengan layah putih di kepala manakala Dini pula tampak segak dalam persalinan tux hitam.
Yang penting, kali ini Janna menggayakan gaun berpotongan lain berbanding yang pernah disarungkan olehnya ketika majlis terdahulu.
Dalam pada itu, Janna juga kembali mendapatkan khidmat jurusolek dari Thailand, Babara Beer. Beliau pernah merias Janna sewaktu majlis pernikahan mereka dilangsungkan di Langkawi pada tahun lalu dan ia mendapat liputan menyeluruh gara-gara nilai solekan Babara yang boleh mencecah RM10,000.
Iyalah, kahwin sekali sahaja seumur hidup. Tentulah Janna ingin mendapatkan efek ‘glass skin’ terbaik bagi hari bahagianya itu. Nampaknya kini, Janna sudahpun mendapatkan khidmat Babara sebanyak dua kali! Untung empunya badan dapat merasa sentuhan jurusolek terkenal itu.
Terdahulu, majlis perkahwinan Janna dan Dini yang berkonsepkan outdoor pernah menerima kritikan setelah ia dianggap menyerupai majlis pasangan Barat. Pelajar internet juga merasakan busana perkahwinan Janna pada waktu itu tidak sensitif dengan upacara tersebut memandangkan ia dihadiri oleh seorang ustaz ternama bagi memimpin bacaan doa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!