“Bukan Buruk Pun,” – Jimmy Couture Kongsi Pendapat Mengenai Gaun Petang Rekaan Hatta Dolmat

Share

Semalam pada tanggal 7 Disember 2022, telah berlangsungnya majlis memperkenalkan busana gaun petang dan juga kostum nasional Miss Universe Malaysia (MUM) 2022, Lesley Cheam kepada pihak media. Setelah kedua-dua rekaan tersebut mengisi ruangan berita, pantas ia menjadi tular.

Ramai warganet seolah-olah tidak berpuas hati dengan rekaan yang dipersembahkan. Namun ada juga yang memberi pendapat positif mengenai busana tersebut yang direka khas oleh pereka fesyen tempatan terkenal, Hatta Dolmat.

Antara yang memberi komen positif dan boleh dipandang dari sudut yang membina adalah komen yang ditinggalkan oleh pereka fesyen Jimmy Couture

mengenai rekaan gaun petang yang digayakan Lesley. Dia yang terkenal menghasilkan banyak busana untuk peserta ratu cantik tampil memberikan pendapat sebagai insan yang juga berada dalam industri fesyen.

Just in my opinion. Kita semua perlu hargai dan berterima kasih kepada designer. At least teguran pageant lovers boleh diambil kira dan touch up apa yg patut. Tinggikan slit sedikit supaya kaki nampak lebih panjang. Bab detailing abang Hatta dah ada idea mungkin masa mencemburui.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Ada Calon Yang Baik,” – Elaine Daly Berkongsi Kisah Tentang Hatta Dolmat, Lesley Cheam Dan Kerjaya

“Boleh ditambah baikkan evening gown ini. Bukan buruk pun. Tapi boleh enhance detailing bagi nampak berat dan full, atau boleh tambah sedikit statement

pada evening gown ni. No hate just loves. Saya faham pageant lovers nak yang terbaik untuk Malaysia. Sebab pageant lovers nak balas dendam setelah sekian lama kita unplaced.

“Jimmy sayang HD sebab dia ramah dan baik. Ramai juga yang mention Jimmy tapi tu la. Kita dalam industri yang sama ada signature masing-masing. Just respect each other. Thats all,” tulis Jimmy pada ruangan komen di Instagram REMAJA yang memaparkan rekaan gaun petang rekaan Hatta Dolmat yang digayakan Lesley Cheam.

Mengimbau kembali konsep yang dipersembahkan oleh Hatta Dolmat mengenai baju gaun petang rekaannya. Busana tersebut telah diinspirasikan daripada Nebula yang merupakan kumpulan bintang yang berserakan di ruang sistem angkasa. Jadi tidak hairanlah kita dalam lihat perincian batuan berkilau menghiasi busana tersebut.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN