Musim peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang berlangsung sekarang sedikit sebanyak bakal menerbitkan rasa rindu sesama para pengajar dan pelajar setelah ia berakhir, tidak lama lagi.
Iyalah, selepas ini, tiada lagi sahutan ‘Selamat pagi cikgu’ daripada para pelajar yang sama. Bagi para cikgu pula, pastinya mereka akan merindui gelagat anak murid yang telah bersama mereka untuk bertahun-tahun lamanya.
Ads
Buat seorang tenaga pengajar yang dikenali sebagai Cikgu Muhammad Yusuf, dirinya bersyukur apabila persediaan sebilangan anak muridnya bagi menduduki SPM akhirnya berbaloi juga setelah mereka menamatkan kertas terakhir, kelmarin.
Mereka merupakan pelajar daripada ‘kelas belakang’ yang tidak perlu berdepan dengan kertas subjek sains yang dijadualkan berlangsung bermula minggu hadapan.
Dalam kegembiraan dan rasa syukur setelah melihat anak murid sendiri ‘bebas’ sudah daripada bebanan peperiksaan, Cikgu Yusuf meluahkan rasa bangga kepada mereka biarpun masyarakat selalu memandang serong terhadap ‘budak kelas belakang’ ini.
Ads
“Budak kelas belakang inilah yang rajin tegur cikgu-cikgu dekat luar. Kalau jumpa dekat pasar malam, sebatu mereka dah jerit, ‘Cikgu….’. Siap berebut nak salam cium tangan cikgu.”
“Dalam kepala saya, sentiasa tersemat mereka-mereka ini adalah anak-anak cemerlang kemenjadian dan sahsiah mereka. Hari ini hari terakhir mereka menduduki peperiksaan dan Alhamdulillah, mereka akhiri sesi persekolahan dengan sujud syukur.
“Tak ada tarian atas motor, tak ada aksi gunting baju, tak ada aksi merempit tak tentu hala.”
“Ya, mereka mengakhiri SPM dengan ingat kepada Tuhan,” kata beliau yang gemar berkongsi kisah pelajarnya di ruangan Facebook. Sekelumit perasaan stereotaip terhadap para pelajarnya tidak pernah wujud dalam kamus dirinya.
Ads
Malah, Cikgu Yusuf juga meminta jasa baik pengikutnya untuk sama-sama mendoakan agar calon SPM pada tahun ini bakal lulus dengan cemerlang dan menjadi manusia yang berguna. Tambahan pula setelah mereka perlu ‘struggle’ dengan ujian pandemik COVID-19 sehinggakan peperiksaan perlu ditunda sehingga ke waktu ini.
*
Kalau korang masih ingat, remaja pernah menemu ramah seorang guru yang berkhidmat di Sabah. Jasa dan usaha beliau demi memastikan anak muridnya memahami subjek yang diajar olehnya cukup besar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi mereka yang berazam untuk kurus, macam mana dengan progress korang setakat ini? Masih berjalan lancar atau dah kecundang di tengah jalan? Hiks!
Rileks gais, janganlah putus asa. Sebenarnya banyak lagi ikhtiar yang boleh kurang buat, selain daripada mengamalkan diet dan workout yang sesuai.
Amalan minum teh juga amat digalakkan lebih-lebih jika korang memang dalam proses menurunkan berat badan. Percaya atau tidak, teh mempunyai banyak khasiat berbanding kopi.
Jadi, kalau sebelum ni korang merupakan peminat minuman kafein, rasanya dah boleh beralih untuk cuba mengamalkan minum teh pula.
Ada 4 jenis teh yang sangat berkesan untuk menurunkan berat badan boleh korang cuba dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Teh hijau
Rasanya ramai yang dah sedia maklum bahawa teh hijau sangat baik untuk membantu menurunkan berat badan. Ia bukan saja berkesan untuk kurus, malah juga baik untuk menstabilkan hormon dan mencantikkan kulit
2. Teh pudina
Kenapa teh pudina baik untuk orang yang nak kurus? Sebab aroma pudina itu sendiri dan komponen organik yang ada mampu mengurangkan selera korang. Kalau korang rasa macam nak mengunyah, bancuh teh pudina dan minum
3. Teh oolong
Berasal dari China, teh ini mengandungi komponen polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisma badan. Amalkan setiap hari, insyaAllah ia boleh menurunkan risiko obesiti
4. Teh putih
Kajian menunjukkan bahawa teh ini dapat menghalang adipogenesis, iaitu proses pembentukan sel lemak. Ia juga dapat mengawal teh kitar hidup sel lemak yang disebut sebagai adipocytes
Lebih best lagi, korang tak perlu mengeluarkan bajet yang tinggi kerana harganya juga mampu milik.
Bukan seperti produk kurus yang dijual dengan harga beratus-ratus dan belum tentu juga ia baik untuk kesihatan, jadi dengan hanya mengamalkan minuman teh saja juga mampu untuk membuatkan korang kurus.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tidak kenal dengan watak Upin & Ipin, sejak muncul di televisyen lebih satu abad, ia muncul sebagai siri animasi yang menjadi hiburan selain sebagai mendidik anak-anak.
Diterbitkan oleh Les’ Copaque, siri animasi yang berlatarkan suasana kampung serba santai diminati seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira usia.
Baru-baru ini, YouTube Les’ Copaque muncul sebagai saluran yang berjaya menjana pendapatan tertinggi di negara sejak diperkenalkan.
Menurut senarai yang terbitkan oleh CashNetUSA, saluran YouTube tersebut telah berjaya menjana pendapatan sebanyak $16.73 juta (RM71 juta).
Ia sekali gus menjadikan syarikat berkenaan yang juga pengeluar animasi Upin & Ipin antara lima saluran paling menguntungkan di Asia Pasifik.
Selain itu, menurut Saving Spot, saluran YouTube paling menguntungkan ketika ini adalah kandungan yang menyasarkan golongan kanak-kanak. Berdasarkan senarai itu juga, rancangan kanak-kanak Didi & Friends turut berjaya menjana $10.56 juta (RM45 juta) setakat ini.
Sekadar informasi, Les’ Copaque telah ditubuhkan pada Disember 2005 dan merupakan salah satu produksi terkemuka dalam industri animasi tempatan dengan penciptaan Upin & Ipin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Universiti Teknologi MARA merupakan sebuah institusi pendidikan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1956 dan ketika itu dikenali sebagai Dewan Latihan RIDA. Institusi ini kemudiannya ditukarkan nama kepada Kolej MARA pada tahun 1965 sebelum ditukar lagi menjadi Institut Teknologi MARA (ITM) pada 1967.
Pada tahun 1999 seiring dengan kecemerlangan dan pencapaian yang ditempa, Gedung pendidikan terbesar di Malaysia ini dinaiktaraf menjadi universiti dengan nama baharu, Universiti Teknologi MARA. Seiring dengan perkembangan dari semasa ke semasa, universiti ini dipacu oleh individu yang berpengalaman dan berpengaruh bagi menjamin kualiti pendidikan yang terbaik.
Terbaharu, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin telah dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA yang baharu pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 hari ini. Permashuran Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu akan bermula 18 Oktober 2022 sehingga 17 Oktober 2024.
Pemasyhuran tersebut disempurnakan Canselor UiTM, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Al-Sultan Abdullah dalam titahnya menzahirkan rasa bertuah dan berbesar hati untuk menyempurnakan pemasyhuran Tengku Permaisuri Norashikin sebagai Pro-Canselor UiTM yang baharu. Baginda bertitah, “Semoga dengan pemasyhuran ini akan membuka lembaran baru bagi UiTM untuk terus dimartabatkan sebagai institusi pengajian awam yang unggul di negara.”
Sepanjang 66 tahun penubuhan institusi pendidikan ini sebagai wadah untuk anak bumiputera menyambung pendidikan dan menaiktaraf kehidupan mereka, ramai tokoh alumni UiTM dalam pelbagai bidang menempa kejayaan dan menyumbang bakti mereka kepada negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!