Dubai menjadi saksi kepada kemeriahan dan nilai eksklusiviti majlis perkahwinan diraja di antara Putera Mahkota Jordan, Putera Hussein bin Raja Abdullah II dengan Puteri Rajwa Al-Hussein yang berasal daripada keturunan warga Arab Saudi kebiasaan.
Memetik laporan Arab News, majlis yang berlangsung semalam di Istana Al Husseinieh itu cukup meriah dengan kehadiran tetamu kerabat diraja dari seluruh dunia termasuklah dari Malaysia sendiri.
Seri Paduka berdua telah berangkat menghadiri majlis perkahwinan diraja di Istana Zahran disusuli keberangkatan ke majlis jamuan sambutan perkahwinan diraja di Istana Al Husseinieh di Amman pada sebelah malam.
Apa yang pasti, kedua-dua majlis diraja tersebut juga menjadi tempat pertarungan fesyen di antara tetamu kerabat yang menerima jemputan.
Pengantin perempuan, Puteri Rajwa Al-Hussein sendiri mendahului senarai gaun tercantik apabila beliau menyarungkan gaun putih klasik rekaan pereka fesyen adibusana terkenal Lebanon, Elie Saab. Ia sekaligus menamatkan spekulasi media Arab mengenai pereka fesyen pilihan beliau .
Gaun unik dengan lengan panjang ini mungkin kelihatan ringkas dari pandangan hadapan dengan elemen garisan draping. Bagaimanapun, dari pandangan belakang ia menampakkan layah sepanjang beberapa meter bagi memberi impak dramatik sewaktu beliau berjalan.
Sementara itu, ratu fesyenista dari Jordan, Ratu Rania memilih jenama fesyen Perancis, Dior daripada koleksi adibusana Musim Luruh 2022. Ringkas tetapi elegan, ia cukup bertepatan dengan peranan beliau di sana selaku ‘tuan rumah’ bagi majlis perkahwinan diraja itu.
Turut mencuri tumpuan tentunya adalah kelibat Pricess of Wales dari United Kingdom, Kate Middleton yang nyata tidak mengecewakan dalam persalinan gaun serba blush rekaan Elie Saab (she got the memo!) daripada koleksi adibusana Musim Luruh/Sejuk 2017.
Korang perasan kan, ahli kerabat diraja lebih gemar memakai persalinan daripada koleksi yang sudah sedikit berusia agar ia tidak menyamai mana-mana gaun yang telah atau mungkin akan dipakai oleh selebriti antarabangsa.
Anyway, gaun pastel Kate itu kaya dengan perincian fabrik lace, lengan kembang dan tertutup sehingga ke bahagian leher bagi menghormati majlis.
Tidak ketinggalan, Puteri Mahkota Denmark iaitu Puteri Mary tiba dengan menyarungkan gaun serba krim dengan cetakan bunga kebiruan yang direka oleh Erdem. Untuk pengetahuan korang, Erdem Moralioglu merupakan seorang lagi pereka fesyen terkenal yang mempunyai darah bumi Arab (Turki dengan kacukan Kanada).
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Boleh dikatakan semua orang pasti pernah melakukan aktiviti bercukur tidak kira lelaki mahu pun perempuan. Tapi kalau bab ni, rasanya golongan perempuan lebih banyak ‘songeh’ sebab ada saja yang bermain di fikiran mereka tentang isu bercukur ni.
Namun korang tahu, cara mencucur bulu di wajah mampu jadikan kulit korang lebih flawless. Dikenali dengan rawatan Dermaplaning, ia merupakan antara rawatan selamat yang boleh dicuba bagi menyingkirkan sel kulit mati pada wajah.
Caranya pun agak mudah dan ramai yang melakukannya sendiri dirumah hingga menjadi trend dikalangan wanita terutamanya.
Ia adalah rawatan mengikis permukaan atas kulit bagi membuang sel mati dengan menggunakan pisau khas . Menurut Healthline, rawatan dermaplaning ini adalah satu prosedur kosmetik yang menghilangkan lapisan pada atas kulit wajah. Menariknya, teknik ini bukan hanya mampu membuang bulu halus diwajah malah membantu menghasilkan kulit lebih lembut, menyingkirkan rerambut halus yang memerangkap kotoran dan minyak.
Ia juga boleh menghilangkan parut jerawat, mengurangkan kedutan dan membuang bulu halus pada wajah.
Namun, kena diingat menurut pakar iaitu Dr. Ross Perry dari Cosmedics tidak salah membuat rawatan ini namun ….
“Memiliki rambut halus di wajah adalah normal dan kita tak sepatutnya tertekan melihat orang lain mencukurnya. Tidak boleh sembarangan lakukannya, kamu perlu dapatkan nasihat daripada pakar profesional”, ujarnya
Walaupun kaedah yang semakin popular ini tidak salah untuk dilakukan, tidak menyakitkan dan menjadikan kulit lebih flawless daripada sebelumnya.
Tetapi ada beberapa individu yang tidak boleh lakukannya, antaranya adalah mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan eczema.
Individu yang mempunyai masalah kulit seperti ini akan mengalami wajah yang lebih sensitif, keradangan yang teruk dan pigmentasi.
“Mencukur boleh menumpulkan bahagian tepi rambut sama seperti kamu mencukur bulu kaki. Rambut akan terasa kasar dan lebih tebal.”
Pada masa yang sama, Dr. Ross juga menyatakan mencukur wajah di rumah boleh menyebabkan penumbuhan rambut yang lebih tebal dan cepat.
Kalau kamu nak melakukan rawatan ini di rumah terutamanya bagi mereka yang baru mahu mencuba, lebih baik dapatkan khidmat nasihat daripada pakar profesional terlebih dahulu.
Takut nanti kalau tersilap teknik, boleh luka pula wajah korang dah tak cantik raya nanti…hehe
Setiap kali demam, kita akan cari Panadol (biarpun ia adalah satu jenama seperti Colgate tetapi kita sudah terbiasa menyebut paracetamol sebagai panadol). Sekali makan, sekurang-kurangnya dua biji sekali makan, konon bagi menghilangkan kebah panas badan.
Kemudian wujud mitos pil paracetamol ini tak akan hadam dalam perut untuk satu tempoh agak lama iaitu 5 tahun. Ada lain kata-kata lain bahawa paracetamol sememangnya tak baik untuk kesihatan tubuh.
Setiap ubat ada kebaikannya jika dimakan dengan betul seperti disarankan oleh doktor. Namun boleh menjadi mudarat kalau digunakan dengan berlebihan. Ini samalah dengan ubat batuk. Elok jika ikut dos tetapi kalau berlebihan boleh jadi lalok dan digunakan oleh kebanyakan penagih dadah bagi menghilangkan ketagihan mereka.
Jika paracetamol dimakan berlebihan, ia boleh jadi mudarat- pix internet
Sebelum mempercayai semua fakta dan auta tentang paracetamol, baca penerangan yang tulis oleh pegawai farmasi, Mohd Dziehan Mustapa mengenai paracetamol ini seperti di syer dalam entri facebooknya.
Satu pertanyaan berbunyi, ADA ORANG TANYA, BETUL KE MAKAN PARACETAMOL (UBAT DEMAM) NI AKAN ROSAK HATI?
Jawapannya : YA, jika makan lebih daripada yang disarankan.
Dos yang disarankan (demam biasa)?
Jawapan: Dewasa: 1g (500mg tab x 2biji) setiap 6 jam
[Max dos:4g sehari]
Kanak-kanak: Rujuk lampiran sebab kanak-kanak dos ikut berat badan begitu juga max dos dalam sehari.
Dos yang bagaimana boleh merosakkan hati?
Jawapan: Dos minimun yang boleh menyebabkan kesan toksik paracetamol adalah:
Dewasa: 7.5-10g dalam 1 dos (1 pengambilan)
Kanak-kanak (1-6tahun): 200mg/kg dalam 1 dos (1 pengambilan)
Perut membusung adalah tanda seorang itu mengidap penyakit hati
Habis tu kenapa ada orang kata makan paracetamol 8 biji sehari boleh rosak hati?
Jawapan: Mungkin orang itu bukan Ahli Farmasi atau Doktor Perubatan . Atau mungkin juga orang itu salah faham. Kita (dewasa) makan paracetamol ikut dos yang disarankan adalah 1g iaitu 500mg tablet x 2biji sebagai 1 dos (1 pengambilan).
Dos (dewasa) min yang boleh menyebabkan kesan toksik adalah 7.5-10g iaitu 500mg x 15 biji hingga 20 biji sebagai 1 dos (1 pengambilan). Mana ada orang yang makan 15-20 biji paracetamol sebagai 1 dos atau 1 pengambilan? Kecuali individu itu ada niat lain jika makan banyak begitu.
Habis tu En. Dziehan kalau makan paracetamol 2 biji setiap 6 jam tidak menyebabkan kesan toksik pada hati kita?
Jawapan: TIDAK. Sebab ikut dos yang disarankan. Badan kita bukan macam TONG atau BALDI. Ubat yang kita makan tidak berkumpul dalam badan kita. Setiap ubat akan melalui proses metabolisma dan dikumuhkan keluar daripada tubuh kita. Untuk paracetamol ia di-matabolisma oleh enzim hati kita dan dikumuhkan keluar daripada badan kita melalui urin (air kencing).
Hati-hati dengan dos yang dimakan kerana jika berlebihan boleh merosakkan organ dalaman
Berapa lama proses ini berlaku?
Badan kita ambil masa 1-3jam (elimination half life) untuk mengurangkan kepekatan paracetamol dalam darah kepada 1/2 daripada kepekatan asal yang diserap oleh tubuh.
Hmmmm nampak tak…inilah ilmu yang kita panggil sebagai ‘pharmacokinetics’. Ahli farmasi belajar subjek ini. Sebab itu kami lebih memahami perkara-perkara berkaitan Ubat-ubatan ?
Maka setakat makan 2 biji (1g) paracetamol tidak menyebabkan kerosakan hati. Dalam 1-3 jam kepekatan 1g paracetamol yang diserap oleh tubuh akan menjadi separuh kerana proses metabolisma. Kesan toksik berlaku apabila ubat berada dalam kepekatan tinggi dalam tubuh dalam satu jangka masa yang tertentu dan kekuatan ubat tersebut.
Maka sekarang CLEAR tak berkaitan FITNAH PARACETAMOL yang digembar gemburkan kononnya beri kesan toksik kepada hati pada dos biasa. Ingat, SALAH INFORMASI itu…saya dah terangkan paling ringkas yang boleh berdasarkan informasi yang sahih.
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)