Baru-baru ini, kecoh platform media sosial apabila Ketua Polis Kelantan memaklumkan pihaknya menjangkakan dua juta kenderaan untuk memasuki negeri itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.
Lalu, ramai yang mengeluh memikirkan keadaan sibuk di jalan raya yang boleh memakan masa hampir seharian sekiranya kita ‘malang’ memandu di waktu puncak.
Hhm, apa kata korang lupakan sebentar pilihan balik ke kampung menggunakan kenderaan sendiri ataupun bas; dan beralih kepada alternatif menaiki perkhidmatan tren?
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada tahun ini memperkenalkan perkhidmatan tren khas untuk seisi keluarga. Dikenali sebagai Ekspres Khas Keluarga Malaysia, tren khas ini akan memulakan perjalanan untuk ‘kelik kampung’ ke destinasi Pantai Timur bermula 29 April ini.
Seramai 516 penumpang istimewa akan berlepas dari KL Sentral menuju ke stesen Tumpat pada 29 April jam 11 malam dan ia akan berhenti di 17 stesen berbeza.
Ads
Ini termasuklah hentian Bandar Tasik Selatan, Kajang, Nilai, Seremban, Pulau Sebang, Mentakab, Jerantut, Gua Musang, Pasir Mas dan akhir sekali, tiba di Tumpat pada 30 April, jam 3.55 petang.
Manakala, perjalanan balik pula akan bermula dari stesen Tumpat pada 7 Mei, jam 10.50 malam. Ia dijangka tiba di stesen KL Sentral pada 8 Mei, jam 3.04 petang.
Ads
Inisiatif tersebut adalah hasil kerjasama KTMB bersama Kementerian Pengangkutan untuk menggalakkan warga kot mengambil alternatif tren untuk pulang ke kampung halaman dengan selamat dan pada kadar tambang yang berpatutan. Ia juga diharapkan boleh mengurangkan kesesakan di jalan raya lalu menjimatkan masa perjalanan
Bagi yang tertanya-tanya jika tren khas ini menyelesakan atau tidak, jangan risau. Tren ini dilengkapi dengan koc katil, koc tempat duduk premier dan superior, koc buffet dan koc chillax bagi memberi peluang kepada penumpang untuk menunaikan solat dan menjamu moreh beramai-ramai.
Tiket Ekspres Khas Keluarga Malaysia akan mula dijual pada 15 April ini pada harga serendah RM55 sehingga RM83 bagi perjalanan sehala. Menariknya, semua penumpang tren khas ini juga akan menerima cenderahati tau!
Ads
Sementara itu, warga kota yang ingin pulang ke destinasi di Pantai Barat boleh memilih perkhidmatan tren ETS di mana pihak KTMB akan menambah dua lagi tren elektrik tambahan bagi menampung 4,368 penumpang ekstra pada musim perayaan.
Penumpang akan menaiki tren dari stesen KL Sentral dan ia akan menuju stesen Padang Besar dari 29 April hingga 2 Mei. Manakla perjalanan pulang pula bermula dari 6 Mei hingga 8 Mei. Jualan tiket bagi tren tambahan ini akan mula dijual pada 15 April juga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira, kini tersenyum bangga apabila anak gadisnya, Engku Aleesya, berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan IGCSE. Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Erra menerusi media sosial, lengkap dengan ucapan ringkas penuh makna: “I’m proud of you, anak!”
Ungkapan itu nyata mencuri perhatian ramai kerana ia melambangkan rasa bahagia seorang ibu melihat kejayaan anaknya. Lebih istimewa, kejayaan ini juga membuka lembaran baru buat Aleesya untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi – A-Level.
Langkah Baru, Cabaran Baru
Selepas melalui fasa IGCSE dengan gemilang, Aleesya kini bakal meneruskan perjalanan akademiknya ke A-Level. Bagi kebanyakan pelajar, A-Level dianggap sebagai salah satu cabaran besar sebelum ke universiti. Namun, dengan semangat dan disiplin yang dimiliki, Aleesya dilihat sudah bersedia menghadapi fasa baru ini.
Inspirasi Untuk Generasi Muda
Kejayaan Aleesya bukan sahaja membanggakan Erra, tetapi turut menjadi inspirasi buat remaja lain. Dalam dunia yang penuh dengan cabaran, kisah ini membuktikan bahawa dengan usaha, fokus dan sokongan keluarga, kejayaan pasti boleh digapai.
Ramai yang kagum dengan cara Aleesya mampu seimbang antara kehidupan remaja dan tuntutan akademik. Inilah bukti bahawa kunci kejayaan bukan semata-mata belajar tanpa henti, tetapi juga menjaga keseimbangan gaya hidup, disiplin diri, serta sokongan daripada orang tersayang.
Kejayaan Engku Aleesya mengingatkan kita bahawa setiap usaha pasti ada hasilnya. Buat remaja di luar sana, jangan sesekali putus asa. Teruskan usaha, cipta matlamat, dan cari inspirasi daripada kisah-kisah kejayaan seperti ini.
Seperti kata Erra, rasa bangga seorang ibu tidak datang dari keputusan semata-mata, tetapi daripada sikap rajin, semangat belajar dan ketabahan seorang anak dalam mencapai impian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu berita baik telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad bahawa solat sunat Tarawih dibenarkan dilaksanakan di masjid dan surau di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan ini.
Jelas Idris lagi, SOP nanti akan agak longgar bergantung kepada keadaan semasa dan mengikut nasihat daripada KKM. SOP yang akan dikeluarkan nanti akan dibincangkan bersama pihak berkuasa agama Islam negeri untuk tindakan selanjutnya mengikut negeri masing-masing.
“Insya Allah imarah masjid tahun ini akan berjalan. Kita doa kepada Allah SWT supaya COVID-19 (penularan) tidak serius. Kalau semakin teruk, kita akan ikut nasihat KKM dan bila sudah ada SOP baharu, kita akan jaga elok-elok,” jelasnya lagi.
Alhamdulillah, semoga Ramadan tahun ini lebih bermakna buat rakyat Islam di Malaysia dan marilah sama-sama kita berdoa agar pandemik COVID-19 ini berakhir segera.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Barang hantaran mahupun dulang hantaran merupakan antara perkara utama yang perlu diambil kira kerana biar pun tiada majlis kenduri besar-besaran dijalankan, namun hantaran bagi pihak lelaki dan perempuan tetap ada.
Sebagaimana kita tahu, pihak kerajaan telah pun membenarkan untuk menjalankan acara perkahwinan tetapi masih perlu diikuti dengan SOP yang betul.
Ramai pasangan yang bakal mengakhiri zaman bujang selepas tempoh PKP 2.0 ini, tidak kurang juga yang mengambil kesempatan melangsungkan pertunangan. Dan selalunya tepak sireh pasti terselit dalam setiap barang hantaran, ia merupakan satu objek budaya yang amat penting dan istimewa di dalam masyarakat Melayu tradisional.
Namun, menerusi satu perkongsian seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Muhammad Amin, dia telah memuat naik beberapa gambar kek yang dibuat sendiri ke laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.
Apa yang menarik perhatian adalah ketelitiannya membuat kek berbentuk tepak sirih yang begitu kemas untuk dijadikan hantaran pada hari pernikahnya pada hari ini.
Rata-rata warganet juga meninggalkan reaksi yang teruja dengan hasil tangan pemuda ini.
Untungnya orang kreatif ni kan, boleh abadikan momen penting dengan hasil tangan sendiri. Apa-apa pun selamat pengantin baru!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.