Terbaru, pelakon terkenal, Aaron Aziz tampil mengecam tindakan seorang individu yang dikenali sebagai DMA Islam selepas dirinya tular mempersenda beberapa jurusan pengajian di universiti.
Menerusi sebuah perkongsian teks di Instagram miliknya, Aaron atau nama sebenar Aaron Mustapha Aziz (49) meluahkan rasa kecewa dan membidas kenyataan individu berkenaan yang menyifatkan jurusan seni seperti Komunikasi Media (Masscomm), Teater dan Muzik di universiti sebagai bidang paling ‘bodoh’ dan merugikan untuk dipelajari.
“Nama guna DMA Islam. Tapi tak habis-habis kutuk-kutuk orang macamlah kau terpaling professor”
Ads
Kredit foto: Instagram Aaron Aziz
Pada masa yang sama, pelakon yang popular menerusi filem KL Gangster itu juga bercadang agar individu tersebut tidak menggunakan nama ‘Islam’ sekiranya gemar merendah-rendahkan seni orang lain.
“Buang saja nama ‘Islam’ kalau kau nak burukkan seni orang lain,” katanya.
Ads
Kredit foto: Malay Mail
Beliau turut menegaskan bahawa industri Komunikasi Massa juga memainkan peranan dan tanggungjawab besar dalam meningkatkan industri filem tempatan sehingga mencecah ratusan juta ringgit.
“Industri Mass Comm inilah yang naikkan industri filem ratusan juta,” ujar Aaron tegas.
Ads
Sementara itu, walaupun teruk dikecam oleh masyarakat dan juga beberapa selebriti tempatan di media sosial, DMA Islam sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan dan permohonan maaf berhubung isu itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video melibatkan seorang anak istimewa down syndrome yang dikenali sebagai Bella.
Khabarnya didera oleh pengasuhnya, video itu mula ditularkan seorang pengguna laman sosial, Mona Din yang menuntut hak pembelaan terhadap anak istimewa berusia 13 tahun ini.
Sedikit kronologi yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fadli Salleh berkenaan mangsa. Ketika berusia 7 tahun, Bella dijaga dengan baik di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah. Pada tahun lalu semasa dia berusia 12 tahun, Bella dibawa ke Mahkamah Kanak-kanak untuk menyambung perintah penjagaan di rumah berkenaan.
Ketika itulah, Bella telah bertemu Siti Bainun yang merupakan pengasas Rumah Bonda. Bila melihat Bella, Siti Bainun telah meminta hakim untuk peluang kepada beliau menjaga Bella; lalu permohonannya itu diluluskan. Kata beliau, dia sukakan kehadiran kanak-kanak down syndrome ini.
Sejak hari itu, Bella dibawa untuk menetap di Rumah Bonda sejak Julai 2020 hingga hujung Oktober 2020 kerana Siti Bainun juga tinggal di situ. Penghuni Rumah Bonda sempat berkenalan dan bermesra dengan Bella yang menetap di sana untuk tempoh lebih kurang empat bulan.
Tamat saja tempoh itu, Bella kemudiannya dibawa menetap bersama Siti Bainun di kondo miliknya. Sejak itu, sukarelawan di Rumah Bonda terputus hubungan dan tidak lagi mendengar sebarang berita tentang Bella.
Sekitar bulan Februari atau Mac tahun ini, sukarelawan Rumah Bonda ada berjumpa dengan Bella di kondo tersebut. Pada waktu itu, Bella belum mempunyai sebarang kesan cedera fizikal seperti yang tular sekarang,
Namun Bella memaklumkan dia tidak lagi mahu menetap bersama Bonda (Siti Bainun). Adik Bella banyak berkurung di dalam bilik dan tidak gembira seperti waktu dia masih di Rumah Bonda.
Sukarelawan Rumah Bonda bertemu Siti Bainun dan meminta agar beliau mengizinkan Bella pulang ke JKM memandangkan Bella tidak gembira menetap di sana Siti Bainun bagaimanapun menolak permintaan tersebut dan meminta para sukarelawan yang hadir untuk tidak masuk campur terhadap urusan Bella.
Terdiam sajalah sukarelawan itu memandangkan dia hanya merupakan sukarelawan dan Siti Bainun ialah pengasas.
23 Jun yang lalu, semua penghuni Rumah Bonda termasuk anak-anak yang menetap di kondo tersebut dikuarantin kerana penularan wabak COVID-19. Pada waktu inilah semua kepincangan terdedah.
Luka fizikal adik Bella tidak lagi dapat disorok daripada pengetahuan doktor dan sukarelawan Rumah Bonda. Di sinilah bermulanya kes Bella yang disyaki didera. Namun pada masa itu, ia hanya diketahui beberapa pihak saja dan tidak secara meluas seperti sekarang setelah Puan Mona Din menularkan isu ini.
Hari ini, kisah tadik Bella bukan hanya mendapat perhatian warganet malah golongan selebriti turut mahukan Bella mendapat pembelaan sewajarnya.
Di antara selebriti yang menegakkan isu ini ialah seperti Abby Abadi, Fizo Omar, Sharnaaz Ahmad dan Erra Fazira. Masing-masing mahu si pelaku dikenakan hukuman setimpal setelah melihat keadaan Bella yang amat menyayat hati.
Bagaimanapun, kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungin menyebabkannya mengalami kecederaan.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sama-samalah kita doakan agar anak syurga ini mendapat pembelaan dan pesalah dikenakan hukuman setimpal.
Dek kerana sekatan pergerakan baharu yang dikenakan di New Zealand demi memperlahankan penyebaran varian Omicron COVID-19, Perdana Menteri negara tersebut Jacinda Ardern sanggup untuk membatalkan majlis perkahwinannya.
Katanya kepada seorang pemberita tempatan, “Perkahwinan saya tidak akan diteruskan,” sambil menyifatkan faktor waktu di mana varian tersebut merebak sehingga meningkatkan jumlah kes di sana sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Apabila ditanya mengenai perasaannya, Jacinda yang menjawab ringkas, “Begitulah kehidupan (that is life).” Bagaimanapun, Jacinda tidak mendedahkan tarikh baru majlisnya setelah ditangguhkan.
Jacinda bersama teman lelakinya, Clarke Gayford dengan anak mereka yang kini berusia 2 tahun. Sumber Foto : The Times UK
Untuk pengetahuan, New Zealand telah beralih ke kategori merah dan kembali mengenakan prosedur operasi standard (SOP) memakai pelitup muka dan mengehadkan perhimpuan terbuka mulai tengah malam Ahad lalu.
Malah, kerajaannya juga kini mengehadkan kapasiti 100 orang saja dalam mana-mana acara seperti perkahwinan serta kawasan kunjungan orang ramai seperti di restoran dan di bar.
Ini susulan laporan sembilan kes varian Omicron Covid-19 yang merebak dari Auckland di pulau utara ke Nelson pulau selatan New Zealand gara-gara satu majlis perkahwinan.
Hasilnya, sebuah keluarga dan seorang pramugari dalam penerbangan tersebut telah disahkan positif.
Kata Ardern, kerajaan New Zealand kini sedang cuba untuk memperlahankan penyebaran varian Omicron kerana mengikut ramalan, New Zealand mampu diserang dengan 1000 kes sehari dalam tempoh beberapa minggu yang mendatang.
Jelaslah, Perdana Menteri New Zealand ini sensitif dengan situasi negaranya yang sedang dilanda wabak dan mengetepikan kepentingan diri seperti majlis perkahwinannya sendiri demi menangani isu yang lebih serius sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika keadaan sudah terdesak, tentunya semua perkara pun kita akan lakukan tanpa berfikir panjang.
Itulah yang terjadi di Sungai Petani kelmarin apabila lima orang remaja perempuan berusia anttara 15 hingga 17 tahun telah ‘terkantoi’ semasa cuba memecah masuk ke sebuah stesen minyak.
Menurut laporan media di Utusan, niat asal mereka melakukan perbuatan terkutuk itu adalah akibat terdesak untuk menjelaskan bayaran sewa kereta jenis Perodua Viva.
Percubaan yang berlaku di Rantau Panjang, Tikam Batu dekat Sungai Petani, kedah itu terbongkar setelah mereka ditahan oleh pemilik stesen minyak itu sendiri pada jam 2.30 pagi. Kata pemiliknya, Azzurin Hassan, pelaku dikesan cuba membuka pintu stesen menggunakan gergaji kayu dan sebatang besi menerusi paparan kamera litar tertutup (CCTV).
Mengakui terkejut dengan perbuatan sekumpulan remaja perempuan itu, dia dan beberapa jiran bertindak mengepung mereka sebelum menahan 2 orang di luar kedai. Seorang lagi berjaya meloloskan diri dan berlari dengan dua lagi remaja yang sedang menunggu di dalam kereta.
Remaja yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Tikam Batu dan tiga lagi menyerahkan diri setelah dihubungi. Kumpulan tersebut difahamkan tidak lagi bersekolah dan tidak menetap bersama keluarga masing-masing kerana ingin hidup bebas.
Kesemuanya telah dibebaskan setelah diberi nasihat. Tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas mereka memandangkan pemilik stesen minyak tidak mengalami apa-apa kerugian.