Baru saja selesai diumumkan barisan 12 finalis Pencarian Dewi Remaja 2018, sudah timbul pula kontroversi bila mana produser terkenal Michael Ang memberi komen kepada setiap peserta yang dipilih.
Menerusi laman instagramnya, Michael membuat serba sedikit ulasan tentang personaliti finalis akhir Dewi Remaja.
Jom kita tengok apa kata Michael Ang..
My fav la Aku rasa cantik. Joblin patut masuk miss universe or world la sia sia aje masuk dewi! Areena ini akan jadi modal untuk org kesian n menangis.
My second fav dua dua ni stock akan jadi pelakon harap2 tak kayu n bimbo!
Buang masa aje masuk, menang tak kan menang. Dah famous pun lagi baik buat job luar.
Ads
Ini pun stock pelakon mcm @jannanick buat role perempuan tak berapa nak perempuan. Girl2 brutal gitewww! Cantik jugak
Wow ni kalau boleh berlakon mesti laku jadi perempuan jahat dlm beriman aka berselindung di sebalik kaabah! Mata dia mcm boleh bunuh org kalau kau buat salah dgn dia!
Ads
Ok ini stock @aydajebat ciplak! Hmmm tak ke mana kot! Next pls
Ini contestant untuk cukup syarat aje. Sorry to say stock stock extra berdialog
Cuma kami nak betulkan, Afiefi Riani adalah finalis top 20. Yang terpilih ke top 12 adalah Affie Rania. Hiks!
Ads
Mak oiiii! Apo pipi tu mcm dah terover inject botox simen ni! Tak baik post gambar dia mcm ni. Gambar Instagram dia lagi cantik
Tidak!!!!!!!!!! Ini Aku guranteeeeeee 100% di masukkan untuk org kecam n menyampah! Ini bukan dah tahap ciplak tapi tahap Clone @neelofa Cuba jadi diri sendiri dik! Guranteeeeee100% tak kan menang tapi akan byk org mengata!
Walau bagaimanapun, ini hanya berdasarkan first impression Michael saja. Kami menerima komen dan pandangan ini dengan hati terbuka serta ingin berterima kasih kepada Michael Ang kerana sudi memberikan perhatian kepada finalis-finalis Pencarian Dewi Remaja tahun ini.
Semoga dengan kritikan ini memberikan semangat untuk mereka bangkit dan buktikan yang sebenarnya mereka memang layak berada di sini.
Kami memilih berdasarkan potensi, bakat dan personaliti mereka. Rasanya tak adil kalau kita nak judge mereka terlalu awal. So, sama-sama kita beri peluang buat mereka untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam industri seni tanah air.
Good luck girls!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sehari telah berlalu tapi demam pentas akhir Gegar Vaganza musim kelima masih belum berakhir!
Menurut perhatian REMAJA, hashtag Gegar Vaganza masih trending dan berada pada kedudukan 10 teratas di Twitter pada hari ini. Mungkin ia gara-gara pesertanya yang mempunyai pengikut tegar.
Salah seorang tentulah vokalis kumpula Slam iaitu Zamani. Dihambat dengan kontroversi lupa lirik, suara tak sampai dan seolah-olah ‘meragut’ peluang peserta lain untuk memasuki peringkat final, Zamani boleh berbangga dengan kedudukan di tangga ketiga.
Persembahan beliau kelmarin memang menyakinkan, tetapi begitu juga dengan jawapan yang diberi semasa berada di atas pentas bersama 6 orang finalis Dewi Remaja 2018/2019.
Antaranya ialah Anna Jobling, Arena Iman, Aween Ismail, Fazreen Fazera, Tia Sarah dan Haneesya Hanee.
Ropie mengusik Zamani untuk memilih 2 orang peserta untuk dijadikan ‘skandal’ daripada mereka berenam dan selebihnya ‘milik’ Ropie.
Namun jawapan Zamani lebih kontroversi daripada usikan Ropie itu.
“Tak apa, saya dah ada dah..”, katanya. Fuhh, abang! Laju je jawab nak cover line eh. Hehe.. sampai ‘kena reject’ lah finalis Dewi Remaja.
Dalam temubual di belakang pentas selepas tamat rancangan, Zamani berkongsi yang mereka berdua telah berkenalan selama 5 tahun tetapi masih belum bersedia untuk diketengahkan identiti pasangannya.
“Saya senang dengannya kerana dia memahami saya. Siapa yang tak nak berkahwin tambahan dengan usia saya yang juga sudah lewat. Tetapi masih banyak persiapan yang perlu kami lakukan untuk persiapkan diri.
“Kalau nak kahwin biarlah berkekalan sampai ke akhir hayat. Tak naklah sementara saja,” tegasnya.
Apa-apa pun, finalis Dewi Remaja jangan terkesan tau dengan statement abang ni. Hehe, ramai lagi netizen lelaki di media sosial yang mula menyokong team dewi masing-masing sebelum bermula episod pertama Dewi Remaja 2018/2019 pada 25 November ini.
Korang team siapa?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang ikon tidak dilahirkan, mereka mengutip pengalaman dan menjadi seorang individu yang lebih baik.
Itulah mungkin cara kami gambarkan Dewi Remaja 2009/10, Noor Neelofa.
Setelah memegang gelaran selebriti, usahawan dan ikon fesyen, kini Neelofa bergerak setapak lagi ke hadapan dengan menubuhkan sebuah pertubuhan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Menerusi paparan di rancangan Melodi semalam, Neelofa berceritakan mengenai inisiatif untuk menubuhkan Pertubuhan Kasih Neelofa. Meskipun telah lama merancang untuk menubuhkan sebuah pertubuhan dan yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan, namun atas dasar komitmen dia menangguhkan dahulu hasratnya itu.
Hikmah daripada waktu ekstra yang dimilikinya sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan, Neelofa akhirnya mempunyai waktu untuk fokus merancang dan ia terlaksana dalam waktu yang sangat singkat.
“Apabila saya mempunyai nama, jenama dan platform seperti sekarang, saya ingin utilize ia untuk kebaikan orang di luar sana. Apabila saya menggunakan nama Pertubuhan Kasih Neelofa, orang luar tidak akan ragu-ragu akan ketelusan dan kredibilitinya (kerana team Neelofa dan dirinya sendiri telah membina jenama tersebut sehingga ke tahap ini).
“Income daripada bisnes yang diusahakan oleh kami seperti tudung, susu dan sebagainya akan disalurkan kepada pertubuhan kasih. Pada masa yang sama, kami juga menerima sebarang sumbangan daripada pihak di luar sana dengan cara yang betul serta transparent,” kongsinya lagi.
AKTIVITI YANG SEDANG DIRANCANG NEELOFA
Tentunya, ramai yang nak bertanyakan apakah inisiatif yang akan dimulakan oleh Neelofa menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa ini.
“Pertubuhan ini berteraskan 3, iaitu keagamaan, kemasyarakatan dan keprihatinan kepada mereka yang memerlukan di luar sana.
“Contohnya aktiviti seperti ceramah, taranum Al-Quran, kem solat dan apa saja yang memberi kebaikan kepada masyarakat di luar sana, insyaAllah saya akan melibatkan diri. Begitu juga jika kami ingin anjurkan larian amal atau festival muslimah – contohnya – yang boleh membantu peniaga Muslim di luar sana yang boleh memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan, kita akan bantu.”
Tentunya usaha murni oleh Neelofa dan pasukannya ini harus dipuji ramai. Tambahan pula dia telah merancangnya selama ini. Harapannya satu saja, untuk membantu dan memberi inspirasi kepada orang di luar sana agar mereka menyimpan impian yang sama.
“This is what you want to do at the end of the day. Walaupun setinggi mana kita terbang, akhirat jua tempat yang kita ingin fokus. Dari usia muda ini pun kita boleh buat, tak perlu nak tunggu sampai tua baru nak kumpul pahala akhirat,” jelas Neelofa.
*
Jelas, ramai rakan selebriti yang turut gembira dengan inisiatif ini.
*
Love sis!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
When things look gloomy, there is always a silver lining.
Sebuah klip yang menunjukkan sekumpulan belia kaum India bersama-sama membantu membersihkan kawasan luar sebuah majlis di Klang, Selangor yang terjejas akibat banjir telah menerima reaksi positif daripada warganet seluruh negara.
Klip berdurasi pendek yang dimuat naik oleh pemuda bernama Rajeam Kumar menerusi akaun TikTok-nya, @rejean0810 telah mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang merasakan ia adalah salah satu momen mengharukan daripada waktu pasca-banjir yang jarang-jarang sekali dapat kita saksikan.
Jelas, rakyat Malaysia sentiasa mempunyai nilai perpaduan dalam diri masing-masing dan kita saling menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang. Klip yang menunjukkan mereka tekun membersihkan kawasan masjid tersebut sambil kadangkala tersenyum melihat ke arah lensa kamera adalah bukti kepada tanda pagar tular #RakyatJagaRakyat yang sakan digunapakai oleh warganet tempatan sepanjang tempoh seminggu ini.
Tinjauan REMAJA ke bahagian komen mendapati banjiran komen berbentuk penghargaan dan rasa hormat terhadap kumpulan belia yang telah mengorbankan masa dan tenaga itu.
Bagi mereka, inilah nilai yang telah lama kita lupakan wujud di Malaysia.
Ada yang teringatkan semangat perpaduan yang sama pernah mereka saksikan berpuluh-puluh tahun dahulu sewaktu Malaysia masih ‘bergelut’ untuk menjadi negara membangun.
Harapan mereka adalah agar rakyat dapat meneruskan nilai perpaduan sesama kaum. Bagi mereka, inilah keistimewaan yang tiada pada masyarakat negara lain.
Biarpun kadangkala timbul perbalahan kecil, namun perpaduan sebagai rakyat Malaysia haruslah kekal sentiasa agar semangat yang sama dapat diwarisi oleh generasi seterusnya yang bakal memimpin negara.
Di samping itu, ramai juga mengharapkan agar tiada lagi ahli politik yang akan sengaja mencetuskan isu perkauman dan memporak-perandakan kesepakatan kaum di Malaysia demi kepentingan agenda politik sendiri. Sekiranya ada yang berbuat sedemikian, bak kata pengguna TikTok bernama @abgjoe73 di ruangan komen tersebut, “Kita bersatu hati menentang mereka!”.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!