BTS ‘Conquer’ 10 Topik Trending Hari Ini! Lihat Reaksi Warga Twitter

Share

 

It is official, ARMY adalah antara kelab peminat paling setia dalam dunia hiburan, seluruh dunia!

 

Sebentar tadi, kumpulan k-Pop popular iaitu BTS telah melancarkan comeback single mereka yang paling dinanti-nantikan iaitu Boy With Luv serentak dengan video muziknya.

Boy With Luv yang menampilkan penyanyi Halsey adalah lagu pop yang menceritakan mengenai rasa bahagia ketika bercinta, aww! Selepas korang mendengarnya, kami pasti korang akan menyukai lagu ini seperti lagu-lagu hit BTS sebelum ini.

Boy With Luv juga adalah single pertama daripada album BTS iaitu Map of the Soul: Persona yang dilaporkan telah ditempah awal sebanyak 3,000,000 keping di seluruh dunia. Itu adalah rekod paling gempak yang pernah dicipta oleh mana-mana kumpulan k-Pop.

*****

Tentulah, sambutan hangat yang diterima BTS ini semuanya disebabkan oleh sokongan peminat mereka yang tidak putus-putus. (ARMY, if you are reading this, korang memang daebak!)

Kesepuluh-puluh topik trending di Twitter semasa artikel ini ditulis telah dikuasai oleh BTS. Kesemuanya ya!

Jom lihat antara hashtag dan reaksi peminat terhadap mereka.

 

#PERSONAWelcomeParty

945,000 Tweet

 

 

#MAP_OF_THE_SOUL_PERSONA

1,430,000 Tweet

 

#BoyWithLuvOutNow

475,000 Tweet

 

#Dionysus

437,000 Tweet

 

#BTSCOMEBACK2019

226,000 Tweet

 

Jamais Vu

310,000 Tweet

 

#BTSxHalsey

130,000 Tweet

 

Kim Seokjin

38,200 Tweet

 

Park Jimin

15,100 Tweet

 

Map Of The Soul

1,710,000 Tweet

 

 

*****

Bukan itu saja, BTS juga telah mengumumkan di Twitter pada hari ini bahawa mereka merupakan penyanyi jemputan untuk rancangan Saturday Night Live (SNL) pada hujung minggu ini.

Mungkin inilah persembahan secara langsung pertama untuk lagu Boy With Luv. Atau adakah ia akan menjadi persembahan medley BTS?

Ahh, tak sabar nak tunggu!

Bagi korang yang belum tonton video muzik Boy With Luv, ini dia. Komen dengan pendapat korang mengenainya.

 

IKLAN