Biarpun pada tahun ini suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri masih suram tanpa kehadiran sana saudara dan kenalan rapat ke rumah, ia masih wajar disambut oleh kita semua sebagai tanda kemenangan.
Bercakap mengenai sambutan, tentulah kita akan membeli pakaian baru setiap kali tibanya lebaran. Cuma bagi golongan lelaki, ia sedikit berbeza kerana tidak semua lelaki ‘bernafsu’ untuk menukar baju Melayu mereka pada setiap tahun.
“Selagi boleh muat, pakailah..” –Huh, mesti korang pernah dengar kan?
Oleh itu, REMAJA senaraikan 4 jenama pilihan kami yang menyediakan pakaian yang bersesuaian dengan Hari Raya namun tidak semestinya tertakluk kepada baju Melayu konvensional saja.
Uniqlo
Apa yang membuatkan koleksi Raya Uniqlo ini istimewa adalah keselesaan yang ada padanya. Sebagai contoh, baju Melayu tanpa kolar dan berkolar ini diperbuat dengan teknologi Dry Easy Care iaitu daripada jenis kain stretch jersey. Jadi, ia cantik terletak pada tubuh dan tidaklah terlalu ketat.
Seperti tahun-tahun lalu, Uniqlo juga menawarkan kemeja bermotif Batik dengan cetakan moden. Ia diperbuat daripada jenis kain kapas yang sesuai dengan cuaca di Malaysia.
Justeru, kita boleh memakai kemeja ini bukan saja sepanjang bulan Syawal tetapi juga sepanjang tahun. Hanya dengan memadankan kemeja Batik ini dengan seluar jenis ankle pants atau ultra light pants dari Uniqlo, you are good to go.
Ads
Girls, jangan risau kerana ada juga pilihan menarik untuk korang.
Seperti yang korang lihat pada kempen featuring Mira Filzah ini, ia berpotongan longgar dan amat menyelesakan. Korang boleh memilih baju Raya jenis Rayon Tunic ala kurta ataupun seleksi blaus dan skirt bermotif Batik.
Ada sesuatu yang istimewa mengenai koleksi Lubna Homme bagi Aidilfitri tahun ini
Ads
Ya, korang masih boleh mencari pilihan baju Melayu dan jubah dari Lubna seperti biasa. Namun, Lubna pada tahun ini memberi peluang kepada kita untuk menyarungkan top yang lebih kasual.
Sama ada korang sedang mencari kemeja berlengan pendek ataupun baju Melayu moden Teluk Belanga yang mudah untuk digayakan sebagai top biasa – it is all up to you.
Rasanya semua fesyenista remaja di luar sana sudah sinonim dengan identiti jenama Behati. It is not for the faint of heart, namun sesiapa saja sebenarnya boleh menggayakan pakaian daripada Behati tanpa mengira peringkat usia atau bentuk fizizal seseorang.
Tahun ini, Behati meneruskan koleksi Hari Raya mereka yang berasaskan pakaian tradisional berpotongan oversized. Sejak tular pada tahun 2019, permintaan terhadap koleksi raya oversized ini terus meningkat.
Ads
Kali ini, kita bertuah ada item yang mudah untuk digayakan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh adalah Denim Baju Oversaiz, Baju Kurung Air Emas dan set Linen Denim Baju Melayu ini. Penulis merasakan ia senang digayakan untuk apa-apa tujuan tanpa perlu menunggu hari perayaan.
Okay secara teknikalnya, Superdry tidak memperkenalkan koleksi Hari Raya khas pada tahun ini. But we cannot help but to fall in love with these Hawaiian Box pieces!
Bukan saja ia bersesuaian untuk dijadikan pakaian memenuhi undangan rumah terbuka Raya (err okay tiada rumah terbuka pada tahun ini, but still..).
Lebih penting adalah ia bersifat universal untuk digayakan untuk apa-apa acara sekalipun.
Lagipun Superdry sedang menawarkan diskaun di Zalora sekarang. So boys, tunggu apa lagi?
Dengan wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia, setiap negara mahu menyediakan fasiliti kesihatan terbaik untuk rakyatnya.
Kebanyakan negara masih memperkenalkan swab test dengan mengambil sample di tekak dan hidung untuk menguji sama ada seseorang dikesan positif COVID-19 atau tidak.
Negara jiran, Singapura bagaimanapun sudah jauh ke hadapan membangunkan ujian pernafasan yang lebih cepat dan tidak menyakitkan berbanding keadah sekarang.
Memetik laporan Harian Metro, penyelidik di Singapura sedang membangunkan ujian pernafasan bagi mengesan virus yang menyebabkan Covid-19 dalam tempoh seminit.
National University of Singapore (NUS) berkata, ujian berkenaan yang mengesan sebatian organik mudah meruap (VOC) dalam nafas individu berjaya mencapai lebih 90 peratus keputusan tepat dalam ujian klinikal yang dijalankan ke atas 180 pesakit.
Individu yang diuji hanya perlu menghembuskan nafas menggunakan penutup mulut pakai buang yang disambungkan ke alat penguji berketepatan tinggi.
Nafas yang dihembuskan itu dikumpul dan dimasukkan ke dalam spektrometer untuk diukur. Mesin yang dilengkapi perisian kemudiannya menganalisis profil VOC dan mengeluarkan keputusan dalam masa satu minit.
Teknologi berkenaan yang dibangunkan syarikat pemula niaga NUS, Breathonix menawarkan penyelesaian pantas dan selesa untuk mengenal pasti jangkitan Covid-19, kata universiti itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Breathonix, Dr Jia Zhunan berkata, VOC dihasilkan secara konsisten oleh pelbagai tindak balas biokimia dalam sel manusia.
“Penyakit yang berlainan menyebabkan perubahan spesifik pada sebatian, mengakibatkan perubahan yang dapat dikesan dalam profil nafas seseorang. Oleh itu, VOC dapat diukur sebagai penanda penyakit seperti Covid-19.
“Penutup mulut sistem ini mempunyai injap sehala dan perangkap air liur yang menghalang penyedutan dan air liur daripada memasuki mesin berkenaan,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Solekan sudah menjadi satu kewajipan di dalam kehidupan seorang wanita, tidak kiralah sebagai orang terkenal ataupun tidak. Solekan sebenarnya membantu seseorang untuk tampil lebih yakin dan nampak menarik. Namun begitu, kalau solekan yang dikenakan terlalu tebal dan keterlaluan pun boleh menjadi satu perkara yang pelik kerana tidak lagi menonjolkan keaslian sebenar wajah.
Ketika ini pertandingan Miss Universe 2021 sedang dijalankan di Eilat, Israel. Menariknya dalam salah satu aktiviti yang dijalankan, lapan orang peserta telah dipilih untuk tampil dalam sebuah penggambaran wajah tanpa solekan. Bagi sesetengah orang mungkin perkara yang menakutkan, tidak bagi mereka. Apa pun setiap seorang dari mereka tetap cantik dan segar biarpun tanpa bantuan solekan.
Jom kita lihat wajah-wajah ratu cantik ini saat mereka dinobatkan sebagai wakil negara masing-masing dan juga foto mereka tanpa sebarang solekan.
Mereka semua tampil cantik walaupun tanpa sebarang solekan. Penggambaran ini membuktikan bahawa seseorang harus tetap yakin dengan diri sendiri dan kecantikan semula jadi merupakan satu perkara yang perlu dibanggakan.
Tahun ini menyaksikan seramai 80 peserta menyertai pertandingan Miss Universe 2021. Walaubagaimanapun Malaysia tidak menghantar wakil tahun ini atas alasan pandemik Covid-19.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk menjadi juara pertandingan ratu cantik, bukan hanya rupa menjadi perhatian tetapi kecerdasan minda turut menjadi taruhan. Terbaharu, Divita Rai, 23, yang merupakan seorang arkitek dan peragawati telah berjaya memenangi pertandingan Miss Diva 2022 sekaligus menggalas gelaran Miss Universe India 2022.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Miss Diva ditubuhkan pada 2013 merupakan sebahagian daripada pertandingan ratu Miss India Femina, yang bertujuan untuk memilih wakil India ke pertandingan Miss Universe, salah satu pertandingan kecantikan antarabangsa yang berprestij tinggi.
Sejurus selepas kemenangan gadis cantik ini menyatakan keterujaan dan juga rasa terkejut setelah diberi kepercayaan untuk memegang jenama tersebut. Ujarnya, “Saya akhirnya mempunyai mahkota ini di kepala saya. Ia sukar dipercayai, saya benar-benar tidak mempunyai kata-kata.”
Merupakan graduan Kolej Senibina Sir J.J, Divita yang berasal dari Kartanaka menerima mahkota daripada Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu yang juga merupakan pemenang Miss Diva Universe 2021.
Satu fakta menarik tentang kemenangan Divita, semnagat yang dimilikinya merupakan sebuah lambang tidak putus asa. Dia sebenarnya merupakan seorang finalis Miss Diva 2021 dan mendapat tempat ketiga. Kembali lagi tahun ini dia membuktikan yang di berhak mewakili India ke pentas antarabangsa.
“Ramai di antara kita mempunyai persepsi bahawa wanita harus mempunyai rambut panjang, mereka harus mempunyai jenis rupa dan badan tertentu. Tetapi dengan setiap pemenang, saya rasa kita cuba memecahkan stereotaip tersebut. Saya rasa seseorang hanya perlu mempunyai hati yang baik, niat yang baik dan minda berorientasikan matlamat.
“Jika anda boleh melakukannya dan mempunyai keyakinan pada diri sendiri, anda boleh mewakili diri anda dan negara anda dengan baik. Dan itulah perkara yang harus kita sentiasa bincangkan, kecantikan itu bukan hanya terhad kepada sebilangan orang sahaja. Perkara yang anda rasa dari dalam, apa yang anda katakan dan impaknya sangat penting,” kongsinya dalam satu temubual.
Adakah Divita akan berjaya memenangi pertaningan Miss Universe 2022 sekaligus memecah rekod kejuaraan back-to-back bagi India? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.