“Boleh Tengok Wayang Dah…”,Pawagam Dibenarkan Beroperasi Semula Mengikut SOP

Share

“Buka, tutup, buka tutup itulah keadaan pawagan di musim pandemik ini….”

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bermula 5 Mac ini.

Sumber Gambar : Harian Metro

Selain daripada itu, Selain itu, antara aktiviti di dalam sektor pelancongan yang dibenarkan adalah seperti lawatan ke zoo, farm, akuarium taman rekreasi, ekstrem,adventure park, muzium, galeri seni, taman tema, pusat hiburan keluarga serta lain-lain aktiviti lagi dibenarkan.

Rentetan daripada itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan bahawa operasi pawagam di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“aktiviti penggambaran dan operasi pawagam di kawasan yang dikuatkuasakan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tertakuk kepada pematuhan semua garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh pihak Majlius keselamatan Negara (MKN)…”

Sebelum ini, semua panggung wayang telah memberhentikan operasi selepas berikutan kes jangkitang COVID-19 yang semakin membimbangkan ketika itu.

Weh lamanya penulis rasa tak masuk panggung wayang ni. So, jom siapa nak belanja ni….hiks 

Sumber: FINAS Malaysia

IKLAN