
“Buka, tutup, buka tutup itulah keadaan pawagan di musim pandemik ini….”
Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bermula 5 Mac ini.

Selain daripada itu, Selain itu, antara aktiviti di dalam sektor pelancongan yang dibenarkan adalah seperti lawatan ke zoo, farm, akuarium taman rekreasi, ekstrem,adventure park, muzium, galeri seni, taman tema, pusat hiburan keluarga serta lain-lain aktiviti lagi dibenarkan.
Rentetan daripada itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan bahawa operasi pawagam di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
“aktiviti penggambaran dan operasi pawagam di kawasan yang dikuatkuasakan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tertakuk kepada pematuhan semua garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh pihak Majlius keselamatan Negara (MKN)…”

Sebelum ini, semua panggung wayang telah memberhentikan operasi selepas berikutan kes jangkitang COVID-19 yang semakin membimbangkan ketika itu.
Weh lamanya penulis rasa tak masuk panggung wayang ni. So, jom siapa nak belanja ni….hiks
Sumber: FINAS Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Harga Sebiji Banglo Mewah, Cermin Mata Mahatma Gandhi Dibeli Dengan Harga RM1.4 Juta

“Happiness is when what you think, what you say, and what you do are in harmony.”- Mahatma Gandhi
Ini merupakan salah satu kata-kata Mahatma Gandhi yang sangat menginspirasi dan berharga dari seorang pejuang paling lagenda. Gandhi saseorang yang berjaya membebaskan India dari cengkaman Inggeris. Malah Mohandas Karamchand Gandhi yang lahir pada 2 Oktober 1869 itu bukan hanya popular di India bahkan mengegar dunia juga.

Sikapnya yang menentang segala bentuk penindasan dan kekerasan telah membuatnya jadi inspirasi dunia.
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan penemuan sebuah cermin mata yang dikatakan milik Mahadma Gandhi,
Masalahnya harga cermin mata itu yang tidak boleh diterima oleh akal.

Percaya tak yang cermin mata cermin mata disaluti emas milik Mahatma Gandhi berjaya dijual dengan harga 260,000 pound lebih kurang RM1.4 juta, sekali gus mengejutkan pemiliknya yang tidak menyangka ia mempunyai nilai begitu tinggi.
Individu yang memiliki cermin mata itu meninggalkannya dalam sampul surat yang diserahkan kepada pelelong tempatan di Bristol, England, tiga minggu lalu.
“Kami menemui sampul itu dalam peti surat. Mengikut maklumat yang diperoleh, individu itu mendapat cermin mata berkenaan daripada bapa saudaranya,” tulis agensi East Bristol Auctions di Instagram.
Bapa saudara individu berkenaan bekerja dengan syarikat petroleum Britain di Afrika Selatan, di mana Gandhi pernah menghabiskan masa bertahun-tahun sebelum kembali ke India untuk melancarkan gerakan memperjuangkan kebebasan.
Gandhi diketahui sering memberikan barangan yang tidak digunakannya kepada mereka yang memerlukan atau yang membantunya.
“Individu itu beritahu saya, jika tiada pembida, buang sahaja. Malah ketika dicadangkan harga asal 15,000 pound, dia sangat terkejut. Kami tumpang gembira kerana dia berjaya menjual cermin mata itu dengan harga yang sangat tinggi. Dia seorang lelaki yang sudah berusia dan mungkin melalui saat-saat sukar dalam tempoh beberapa bulan ini. Harapnya wang hasil jualan dapat membantunya,” kata jurucakap, Andy Stowe, kepada The Hindustan Times.
Identiti pembeli tidak didedahkan, namun cermin mata itu kini dikhabarkan menjadi milik seorang lelaki dari Amerika Syarikat.
Wah bertuahnya siapa yang dapat membeli cermin mata Mahatma Gandhi. Penulis pun kalau kaya raya nak beli juga…hehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rupanya Senang Je Nak Dapat 4.0 Flat, Baca Rahsia Penerima 2 Kali Anugerah Dekan Ini

Ramai pelajar universiti mengadu susah mencapai pointer 4.0 ketika peperiksaan akhir semester. Kata mereka, hanya pelajar benar-benar bijak saja yang boleh melakukannya. Pelajar di universiti amat maklum, penerima anugerah dekan adalah mereka yang memperoleh pointer yang tinggi sahaja.
Remaja berkongsi kisah kejayaan Salwa Mohd Azman, 21 tahun, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian) Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagaimana dia memperoleh 4.0 Flat bagi ujian semester 2 yang lalu. Bukan sekali tetapi sudah dua kali Salwa menerima anugerah dekan. Pada semester pertama, dia memperoleh pointer 3.7.


Salwa memperoleh kesemua gred A bagi 6 mata pelajaran diambilnya iaitu Study Circle 2 (Sister), Introduction To Political Science, Reflections On Prophetic History, Islam Aqidah, Islamic Ethics dan Introduction To Sociology . Memang lagend dan superb la pencapaiannya inikan.
Nak tahu apa rahsia belajarnya? Mana tahu caranya belajar boleh dijadikan perkongsian dan panduan buat rakan pelajar yang lain. Cara setiap orang memang tidak sama kerana manusia itu dilahirkan berbeza-beza. Tapi 6 teknik ini amat berkesan kepada dirinya semasa di tahun 1 pengajian.


Pertamanya, kata Salwa, dia TIDAK SALIN NOTA ketika pensyarah menyampaikan kuliah. Dia hanya mendengar dengan penuh tekun.
Salah satu sebab dia berbuat demikian kerana Salwa akui dia tidak boleh buat kerja 2 dalam 1. Maksudnya mendengar dan masa yang sama menulis. Katanya kalau dia menulis dia akan terlepas apa yang pensyarah cakapkan. Dia cuma tumpu pada satu perkara saja.
Mengakui sifat manusia itu pelupa, kata Salwa sebelah malam, biasanya dia akan refer buku rujukan tentang apa yang pensyarah ajarkan siang tadi. Ini menjadikannya lebih pengingat.
Keduanya, Salwa akui dia tidak akan mengulangkali pelajaran pada sebelah pagi dan petang. Dia hanya BELAJAR SELEPAS ISYAK.
“Biasanya kalau ada kuiz, saya akan salin nota lebih kurang setengah jam. Kalau tak ada kuiz, saya akan belajar dari jam 9-12 tengahmalam. Kalau memerlukan tulis nota yang banyak, biasa waktu belajar akan berubah sehingga jam 1 atau 2 pagi.
Tips ketiga darinya ialah LIHAT NOTA KAWAN. Biasanya dalam bilik ada empat pelajar, Salwa akan memastikan dia melihat ketiga-tiga nota kawan-kawannya.
“Jika kebanyakan nota mereka sama, kami berempat akan bersetuju. Tapi kalau ada yang tidak sama dan kurang, biasanya saya akan tulis selebihnya. Dengan ini nota belajar kami akan lengkap,” kata anak kedua dari tiga beradik ini memaklumkan, pembelajaran di UIA adalah 100 peratus dalam Bahasa Inggeris dan pelajar mesti mahir menguasai bahasa antarabangsa ini.


Tip ke empat ialah JIKA BELAJAR SAAT AKHIR, dia tak akan buka buku dah.
“Untuk lebih mengingati, kami buat kuiz soal jawap. Mencari apa yang berbeza atau kekurangan. Jadi masing-masing akan saling mengingati.
Tips ke lima darinya, BUAT NOTA PENDEK kerana itu adalah cara terbaik untuk mengingati.
Dan terakhir sekali, HORMAT PENSYARAH. Kalau cara pensyarah ajar tak best sekali pun, kalau pelajaran susah nak diingati, redhalah. Kata Salwa, bila kita hormatkan pensyarah, insya Allah ilmu yang diajar LEBIH BERKAT.


Hah, nampak mudahkan tips belajar darinya. Untuk makluman, sebelum memasuki UIA, Salwa bersekolah di SMK Danau Kota dan dia memperoleh 8 A dalam PMR. Masuk ke tingkatan 4 & 5, dia bersekolah di SMK Setapak Indah dan mendapat 8 A 1 C dalam SPMnya sebelum ditawarkan mengikuti Asasi di UIA.
Mengakui belajar bukan mudah tetapi sebagai pelajar, Salwa akui dia sama seperti pelajar lain.
“Paling utama, kalau tertekan, jangan teruskan lagi pembacaan atau mengulangkaji. Nanti kalau dipaksa, apa pun tak masuk. Biasanya saya akan main telefon bimbit, makan-makan, dengar lagu.
“Kita kena “enjoy” dengan dunia pelajar. Bila stres sudah hilang, sambunglah belajar kembali,” katanya yang turut aktif sebagai fasilitator pelajar di bawah pengajian diikutinya. Malah IIUM Comm tv pernah menjemputnya sebagai tetamu jemputan kerana dirinya merupakan bekas pelajar asasi UIA. Maklumlah, kampus di Petaling Jaya sudah ditutup sepenuhnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kucing Kesayangan Kritikal, Awal Ashaari Cari Penderma Darah

Pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari meraih perhatian warganet apabila memohon bantuan orang ramai selepas kucing kesayangannya, Luna, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat kehilangan banyak darah.
Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Awal berkongsi berita duka tersebut dan menyeru pemilik kucing di sekitar Lembah Klang untuk tampil membantu.
Penderma darah kucing
Menurut Awal atau nama penuhnya Ahmad Awaluddin Ashaari, Luna kini sedang dirawat di Saint Angel Animal Medical Center, Puchong dan memerlukan penderma darah kucing dengan segera.

“Assalamualaikum, kucing kami iaitu Luna berada dalam keadaan kritikal dan kehilangan banyak darah serta memerlukan penderma darah (kucing) yang bersesuaian,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Lebih menyentuh hati, Awal turut menegaskan bahawa pihaknya akan menanggung sepenuhnya kos rawatan dan pemeriksaan kucing penderma. Beliau hanya mengharapkan keprihatinan pemilik kucing yang tinggal berhampiran untuk hadir bersama haiwan peliharaan mereka bagi membantu menyelamatkan nyawa Luna.
“Kami sangat hargai pemilik kucing yang tinggal berhampiran yang ingin membantu, untuk membawa kucing peliharaan anda ke Saint Angel Animal Medical Center, Puchong. Cuma hadir bersama kucing anda di hospital, beritahu nama Luna dan segala kos akan dibiayai pihak kami,” jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Impak Maksima ini turut meluahkan harapan agar lebih ramai tampil mendoakan kesembuhan buat Luna, serta memohon agar segala kebaikan yang dihulurkan dibalas dengan ganjaran oleh Allah SWT.

Warganet dan rakan selebriti turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan semangat dan doa buat Awal serta Luna. Ramai yang tersentuh dengan keprihatinan selebriti ini, yang sanggup berkongsi kesulitan demi memberi peluang kedua kepada kucing kesayangannya.
Buat pencinta haiwan, inilah masanya untuk kita sama-sama memainkan peranan dan menyebarkan empati bukan hanya kepada manusia, tetapi juga kepada makhluk yang tidak mampu bersuara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

