Berita

“Boleh Pergi Jauh Oddah Ni” -Siti Nurhaliza Puji Nyanyi ‘Anak Angkat’

Share

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kagum dengan bakat salah seorang peserta program terbaharu Astro, Talk To My Manager, iaitu Auddra Zulkifly, anak kepada pelakon dan pengacara popular, Sharifah Shahirah.

Menerusi ruangan komen di Instagram, Siti meninggalkan pesanan penuh makna buat Auddra atau mesra disapa Oddah.

“Boleh pergi jauh Oddah ni,” tulis Siti sambil menyertakan emoji tepuk tangan.

Apa yang lebih menarik, Oddah sebenarnya merupakan ‘anak angkat’ TokTi, menjadikan komen tersebut lebih istimewa di mata peminat.

Selain Siti, ramai lagi selebriti tanah air turut memberikan kata-kata semangat antaranya Nurul Wahab, Azza Elite, Aisha Retno dan Ajak Shiro.

“Anak TokTi ni dari kecil dah dicium-cium. Terkenang bakat ni. Saya masih ingat,” ujar Nurul Wahab.

Persembahan Mantap Oddah

Dalam episod pertama, Oddah berjaya memukau barisan juri serta penonton apabila membawakan lagu popular Like Jennie dengan penuh bertenaga.

Malah, netizen turut kagum dengan sebutannya yang fasih ketika menyanyikan lagu berbahasa Korea.

Bukan itu sahaja, ibunya sendiri, Sharifah Shahirah, turut menerima pujian kerana berjaya menjalankan peranan sebagai ‘manager’ dengan cukup baik.

Program realiti ini mula bersiaran sejak Ahad lalu dengan menampilkan lapan peserta yang terdiri daripada anak-anak selebriti popular tanah air.

Peserta lain terdiri daripada Thalita (anak Shuib), Ara ( anak Aziz M. Osman), Hadie (anak Ina Naim), Ammar (anak Ameng Spring), Marsha (anak Liza Hanim) dan Athalia (anak Sharifah Zarina).

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath