Ramai yang senang mandi dalam keadaan bogel. Lucut saja pakaian terus angkat gayung dan mandi sebelum keluar 10 minit kemudian.
Biar pun ada beberapa pandangan ulamak mengenai isu boleh atau tidak mandi bogel, Moderator Al-Quran & Penulis Buku, Ustaz Khairul Anuar berkata, perbuatan menutup tubuh dengan kain ketika mandi melatih sifat malu seorang individu.
Tidak digalakkan mandi bogel – Ustaz Khairul
Mengupas perbuatan kenapa tidak boleh mandi bogel, sebenarnya tiada kesepakatan yang jelas mengenainya tetapi menutup aurat ketika mandi lebih kepada soal adab.
Ads
“Perlu kita fahami, umur kecil adalah peringkat didikan terawal. Jika terlepas pendidikan seawal usia ini, maka kita akan terlepas peluang yang lebih besar,” katanya memulakan bicara.
“Dalam erti kata lain, jika kita membiarkan usia berlalu begitu sahaja, misalannya tidak menerapkan solat di usia anak tujuh tahun, begitu juga pada usianya 10 tahun dan seterusnya, maka kita akan terlepas peluang yang lebih besar kerana anak-anak akan semakin liat mendirikan solat kerana sudah tidak diajar dari kecil.
“Sama jugalah dengan ajaran menggunakan kain ketika mandi. Kalau diasuh dari kecil tentang malu, bila anak semakin besar dia akan rasa malu kalau tubuhnya terdedah begitu saja.
Teori jin menjilat tubuh adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan
Ads
Apa yang penting ia lebih kepada adab sopan kita sebagai orang Islam,” katanya menjelaskan, jika anak tahu menjaga erti malu itu, bila dia keluar duduk di asrama, tinggal di universiti atau mandi-mandi di tempat awam, dia akan tahu menjaga malunya itu sekaligus akan menutup auratnya dengan sendiri,”katanya memberi huraian.
Ads
Menyentuh soal malu yang harus ditanam dan wajib ada dalam diri seorang muslim, jelas Ustaz Khairul, menutup aurat ketika mandi itu digalakkan kerana kita menjaga adab kita dengan yang maha melihat iaitu Allah SWT.
“Ini samalah seperti tandas yang mengadap kiblat. Ikutkan tidak boleh tetapi Islam tidaklah sehingga ketat peraturannya. Bukan soal mandi sahaja, ibu bapa di rumah misalannya harus menjadi cerminan kepada anak-anak.
“Ada mak dan ayah yang tak segan silu memakai seluar pendek dalam rumah dan dihadapan anak-anak. Tiada yang salah dalam soal ini tetapi ia lebih kepada adab di hadapan anak-anak.
“Bayangkan jika anak ada perasaan dan keinginan untuk memakai seluar pendek hingga paras peha di luar kerana dia melihat perbuatan ibu dan ayahnya. Kita mungkin marah tetapi kita menjadi contoh tidak baiknya,”
“Memang tiada batas aurat kita dengan anak dan suami tetapi ia bukan contoh dan adab yang baik,” katanya yang menyarankan remaja atau individu yang suka mandi bogel agar mengambil kain menutup aurat demi menjaga adab dan melatih sifat malu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini, kerajaan telah pun memberi pengecualian kepada semua pemilik kenderaan persendirian berhubung pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL).
Kini, menurut perkongsian Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), pemandu dan pemilik kenderaan diingatkan untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang telah tamat tempoh sebelum 31 Disember 2021.
Urusniaga pembaharuan LMM dan LKM boleh dilaksanakan secara atas talian melalui portal MySikap, atau di kaunter JPJ atau melalui rakan strategik JPJ iaitu Myeg dan Pos Malaysia.
[COUNTDOWN – PERINGATAN MESRA]
Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) & Lesen Memandu Malaysia (LMM) Sehingga 31 DISEMBER 2021
Menyertai perkhemahan antara hobi disukai ramai anak muda yang sukakan aktiviti lasak. Memanjat gunung atau bukit biasanya memerlukan masa beberapa hari untuk disertai. Bukan saja menguji fizikal, ia turut menguji minda bagaimana untuk mengatasi rintangan jika ada bahaya datang secara tiba-tiba.
Namun hobi lasak ini juga boleh membawa padah jika tidak berhati-hati.
Di Russia, viral satu video menunjukkan sepasukan doktor mengeluarkan seekor ular kecil berukuran 1.2 meter dari mulut seorang gadis yang melakukan aktiviti perkhemahan di hadapan rumahnya.
Dalam video tersebut, kelihatan sepasukan doktor memasukkan sejenis alat sebelum mengeluarkan seekor ular kecil yang tidak pasti masih hidup atau tidak dari tekaknya. Malah sebelum dikeluarkan salah seorang dari team perubatan sempat berkata “kita tengok apa yang ada di tekaknya”.
Ternyata amat mengejutkan dan menggelikan kerana yang dikeluarkan adalah seekor ular, ianya agak panjang dan berwarna putih.
Sebelum pasukan perubatan mengeluarkan ular berkenaan, selepas aktiviti berkhemah itu, gadis ini bertemu doktor kerana merasa ada sesuatu di tekaknya selain rasa tidak sedap badan.
Kementerian Kesihatan Dagestan, satu daerah di Russia mengatakan mereka sedang menyiasat video yang tular di media sosial tersebut.Sementara itu Patimat Abdurashidova, pengarah hospital di Daerah Levashinsky berkata, dia tidak tahu tentang pembedahan yang dilakukan di hospitalnya dan berjanji akan menyiasatnya.
Dalam pada itu anak muda terus dinasihati agar tidak melakukan aktiviti perkhemahan di rumah kerana ular berpotensi memasuki tubuh mereka melalui mulut. Dalam pada itu selepas video itu tular, ada mengatakan ia bukan ular tapi cacing besar atau parasite. Namun melihat kepada besarnya binatang berkenaan, orang ramai mempercayai ianya adalah anak ular.
Saksikan video di bawah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekali lagi produk minuman popular dari Taiwan menjadi isu apabila Bahagian Hal Halal JAKIM mengesahkan minuman bubble tea ball yang dijual dalam bentu paket tidak halal dan mengandungi galetin babi.
Bahagian Hal Halal JAKIM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihak mereka mula menerima pertanyaan berkenaan isu status halal produk Brown Sugar Bubble Tea Ball daripada para pengguna di media sosial rentetan timbul dakwaan yang menyatakan produk tersebut tidak halal.
Berdasarkan semakan pihak kami, produk tersebut tidak memiliki pengesahan halal dari JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Lebih jelas lagi, produk bubble tea keluaran negara Taiwan yang diimport oleh syarikat Meng Chong Foodstuffs Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura tersebut mengandungi sumber bahan ramuan yang tidak halal iaitu gelatin babi.
Justeru, para pengguna khususnya pengguna Islam dinasihatkan agar lebih berwaspada dengan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan belian sebarang produk makanan atau minuman baik di Malaysia atau di luar negara.
Jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Perlu diketahui bahawa produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pengesahan halal luar negara yang diiktiraf adalah dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut prosedur, peraturan jua perundangan berkaitan yang telah ditetapkan di negara masing-masing.
Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.