Boleh Buat Panggilan Video Maksimum 50 Orang, Facebook Kini Ada Messenger Rooms

Share

Penggunaan panggilan video berkumpulan yang tinggi ketika virus pandemik Covid-19 ketika ini menyebabkan aplikasi Facebook meningkatkan keupayaan panggilan video.

Facebook sebelum ini telah pun mengumumkan bakal menawarkan perkhidmatan panggilan video telesidang melalui Messenger, dinamakan sebagai Messenger Rooms. Lanjutan daripada pengumuman, kini Messenger Rooms telah mula diperkenalkan secara berperingkat kepada semua.

Menariknya, Messenger Rooms membolehkan pengguna melakukan panggilan video dengan mudah. Pada sesuatu masa, sehingga 50 orang boleh menyertainya. Tiada had masa yang ditetapkan, selain ia ditawarkan secara percuma. Wow!

Pengguna yang ingin memulakan Messenger Rooms perlu mempunyai akaun Facebook. Sebaik sahaja suatu bilik dicipta dan panggilan dimulakan, korang akan diberikan suatu pautan khas untuk menjemput kawan-kawan lain. Mereka boleh menyertai panggilan video berkenaan walaupun tidak mempunyai akaun Facebook.

Ciri ini masih diperkenalkan secara berperingkat, dan korang akan dapat melihatnya pada akaun anda dalam masa terdekat ini. Untuk memulakannya, hanya perlu memulakan panggilan video melalui Messenger, dan kemudian menjemput rakan-rakan anda menyertainya.

Apa pendapat korang? Adakah Messenger Rooms mampu menandingi kehebatan serta populariti aplikasi video call yang lain ?

Sumber : theverge.com

IKLAN