Syarikat pakaian sukan antarabangsa, PUMA membuat keputusan untuk menghentikan penajaan pasukan bola sepak kebangsaan Israel selepas kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) tamat pada 2024.

PUMA Tamatkan Tajaan Untuk Pasukan Bola Sepak Israel, IFA

ARTIKEL BERKAITAN: Ganti Bella Hadid Dengan Model Israel, Tindakan Melampau Dior Undang Kemarahan Netizen!

Menurut jurucakap PUMA, keputusan tersebut bagaimanapun sudah dirancang sejak tahun lalu dan tiada kaitan dengan konflik peperangan yang berlaku di Gaza.

Keputusan ini sebaliknya adalah strategi syarikat tersebut untuk mengoptimakan lagi portfolio pemasaran sukannya.

IKLAN

“Di PUMA, kami memahami bahawa perkongsian strategik akan selalu berubah secara semulajadi dan kami yakin hala tuju baharu ini akan membenarkan kami untuk meneruskan inovasi sekaligus menguasai industri fesyen sukan,” katanya.

PUMA Tamatkan Tajaan Untuk Pasukan Bola Sepak Israel, IFA
Pasukan bola sepak kebangsaan Israel yang menerima tajaan daripada PUMA.

Untuk pengetahuan, Sejak tahun 2018, PUMA telah menyediakan pakaian dan peralatan sukan kepada pasukan bola sepak kebangsaan Israel.

PUMA berdepan gesaan boikot daripada seluruh dunia terutamanya persatuan aktivis kemanusiaan susulan kerjasamanya dengan IFA itu gara-gara IFA yang berpangkalan di Tebing Barat.

IKLAN

Gesaan itu semakin lantang dilaungkan setelah serangan pasukan ketenteraan Israel ke atas Gaza pada tahun ini yang membunuh lebih 18,000 rakyat Palestin.

PUMA Tamatkan Tajaan Untuk Pasukan Bola Sepak Israel, IFA
Kapten pasukan bola sepak kebangsaan Israel, Eli Dasa. 

Dalam satu kenyataannya kepada Reuters pada Selasa, PUMA mendedahkan kontrak syarikat itu dengan beberapa persekutuan bola sepak kebangsaan lain termasuklah dengan Serbia juga akan tamat pada 2024 dan ia tidak akan diperbaharui.

IKLAN

Katanya lagi, PUMA akan mengumumkan perjanjian baharu dengan beberapa persekutuan bola sepak dan menyebutnya sebagai, “Satu strategi kecil yang lebih baik”.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI