Klip Terbaru Black Widow Jelaskan Mengapa Avengers Tiada Dalam Filem Ini

Share

 

Kita semakin menghampiri tarikh tayang sebuah filem yang amat dinanti-nantikan pada tahun ini iaitu Black Widow.

Filem terbitan Marvel Cinematic Universe (MCU) ini masih akan meneruskan tayangannya pada 8 Julai ini disebabkan oleh keadaan semasa pandemik di Amerika Syarikat yang dilaporkan semakin stabil.

Lalu ia membolehkan pawagam di seluruh negara Uncle Sam itu untuk beroperasi dan menayangkan Black Widow.

Di Malaysian pula, pihak The Walt Disney Company (Malaysia) masih positif mengenai tarikh tayangan Black Widow di pawagam tempatan; pada 8 Julai ini.

Namun tinjauan REMAJA kepada laman media sosial pawagam seperti GSC tidak menunjukkan sebarang petunjuk mengenai tayangan Black Widow kecuali pada bulan Mac lalu.

But fret not guys. Sekiranya kita tidak dapat menonton di pawagam disebabkan oleh fasa pertama total lockdown sekarang, mungkin sekali kita dapat menontonnya secara atas talian di laman penstriman Disney+ Hotstar Malaysia.

Berbalik kepada filem Black Widow, seperti yang korang ketahui, sudah beberapa klip acah (teaser) yang dilancarkan demi menghangatkan lagi ‘anticipation’ peminatnya.

Setelah menonton satu persatu klip tersebut, ramai yang tertanya-tanya mengapakah adiwira daripada pasukan Avengers tidak ditampilkan dalam filem ini?

Seperti tidak adil bukan, memandangkan Black Widow atau nama sebenarnya, Natalia Alianovna ‘Natasha Romanoff’ Romanova sering menggadaikan nyawa bagi membantu rakannya dalam Iron Man 2 dan Captain America: The Winter Soldier.

Relaks, ada sebabnya.

Kita hanya perlu melihat kepada garis masa (timeline) filem MCU untuk memahami mengapa pasukan Avengers tiada dalam filem Black Widow.

Misi peribadi yang dilakukan oleh Natasha ini berlaku sewaktu konflik tercetus di antara Iron Man dan Captain America berhubung kesepakatan Sokovia (Sokovia Accords).

Oleh itu, Avengers pada waktu ini tidak berfungsi seperti kebiasaan dan Natasha sendiri tidak memikul sebarang tugas melibatkan Avengers. Ini sebelum Natasha menjadi pegawai kanan Nick Fury di bawah S.H.I.E.L.D dan seterusnya dilantik sebagai seorang Avenger.

Jadi, penulis memahami mengapa Natasha bertindak bersendirian di samping beberapa lagi watak sampingan yang diperkenalkan.

Apa yang pasti, filem Black Widow akan menggambarkan lebih banyak clue mengenai apa yang akan berlaku dalam dunia MCU bagi filem-filem (atau drama bersiri) yang akan datang seperti filem Eternals (November 2021).

IKLAN