Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Itulah perumpaan paling tepat untuk menggambarkan mendiang Chadwick Boseman yang popular menerusi watak King T’challa a.k.a Black Panther. Biarpun telah meninggal dunia pada tahun lalu akibat kanser, nama baik Chadwick masih diangkat sebagai salah seorang selebriti berjiwa besar kepada industri seni dan kepada masyarakat secara amnya.
Terbaru, alma mater Chadwick iaitu Howard University baru saja mewujudkan program biasiswa bernilai USD5.4 juta demi memberikan penghormatan kepada jasa mendiang.
Biasiswa yang digelar sebagai The Chadwick A. Boseman Memorial Scholarship itu melibatkan bantuan kewangan bagi pelajar cemerlang yang akan mengikuti jurusan di bawah fakulti Howard’s College of Fine Arts (juga dikenali sebagai Chadwick A. Boseman College of Fine Arts) selama 4 tahun.
Ulas isteri mendiang iaitu Taylor Simone Ledward-Boseman, beliau terharu dengan kasih sayang dan usaha yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak seperti Howard University untuk memperingati jasa serta sumbangan mendiang.
Malah baru-baru ini, universiti itu juga telah berkolaborasi dengan platform penstriman popular, Netflix untuk melancarkan biasiswa baharu kepada empat pelajar yang memilih major dalam teater muzikal, lakonan, pentadbiran seni teater dan tarian.
Ads
Netflix juga adalah produksi terakhir yang sempat berkerjasama dengan Chadwick sebelum beliau meninggal dunia; iaitu menerusi filem Da 5 Bloods dan filem Ma Rainey’s Black Bottom.
Menariknya, ramai sebenarnya selebriti Hollywood lain yang mempunyai misi sama untuk menyumbang semula kepada masyarakat setelah mereka popular dan hidup dalam kemewahan.
Contohnya seperti pelakon, Alec Baldwinyang muncul dengan Biasiswa Alec Baldwin untuk New York University (NYU) khas buat pelajar tempatan serta antarabangsa di NYU yang memerlukan bantuan kewangan dan memiliki bakat, skil, dedikasi dan mempunyai misi menjadi seorang anak seni yang lebih baik.
Ads
Pelakon Hong Kong, Bruce Leejuga tidak terlepas daripada memberikan sumbangan biarpun sudah tiada. The Bruce Lee Foundation Scholarship diberikan kepada pelajar peringkat sarjana muda untuk menjadi individu yang lebih baik. Biarpun ia hanya bernilai USD1000 saja, ramai pelajar yang memohonnya dengan menghantarkan esei kepada pihak penyelia.
Pemain terkenal bola keranjang Amerika Syarikat, Michael Jordan bergabung tenaga dengan isterinya menerusi Michael & Juanita Jordan Scholarshop. Dana sebanyak USD5000 diberikan kepada pelajar yang berasal dari Chicago yang telah mendaftarkan diri sebagai ahli United Negor College Fund. Pasangan itu juga telah memperkenalkan program biasiswa Jordan Brand Wings yang memberikan bantuan kewangan penuh.
Ads
Tidak ketinggalan ialah pengacara terkenal, Oprah Winfreyyang menghulurkan empat bentuk biasiswa di bawa Oprah Winfrey Endowed Scholarships Program kepada pelajar tahun pertama di Morehouse College yang cemerland dan memerlukan. Bagi melayakkan diri sebagai pemohon, pelajar perlu melakukan program komuniti servis dan menepati gred lepasan GPA/SAT yang ditetapkan.
*
Ingin sekali REMAJA melihat budaya yang saya diwujudkan di Malaysia dalam kalangan penggiat seni tanah air. Alangkah menarik jika lebih ramai dapat menyumbang semula ke arah pembinaan generasi baharu dalam bidang akademik. Mungkin ia akan berlaku tidak lama lagi, mana tahu kan?
Pelakon berbakat besar, Mia Ahmad selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 1.25 pagi tadi.
Berita gembira tersebut dikongsikan suami tercintanya yang juga pemain bola sepak Sri Pahang (FC), Mohd Izham Tarmizi menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya.
Bersyukur urusan kelahiran cahaya mata ketiga dipermudahkan, Izham, sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak pernah lekang mendoakan mereka.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan ketiga kami pada 1.25 pagi tadi. Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan urusan kalian semuanya,” coretnya ringkas.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat turut menumpang gembira selain mendoakan yang baik-baik buat bayi mereka tersebut.
Untuk rekod, pelakon drama popular Hati Perempuan itu mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata aitu Sayt Issa, 4, dan Iris yang kini berusia dua tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita baik untuk untuk korang yang suka menonton filem Korea, kali ni kami nak beri 40 tiket percuma ke tayangan perdana filem Extreme Job pada 25 Mac nanti, di TGV Cinemas One Utama.
Filem ini mengisahkan tentang pasukan narkotik yang sering dipandang rendah di balai polis mereka dan kini dalam satu misi berisiko membabitkan satu perjanjian dadah Antarabangsa.
Mereka mengambil alih sebuah restoran ayam berhadapan dengan markas penjenayah untuk memantau pergerakan kumpulan keldai dadah itu.
Bagaimanapun perkara menjadi sebaliknya apabila salah seorang detektif memperlihatkan bakat memasaknya. Dengan restoran menjadi terkenal dalam tempoh yang singkat, di mana pelanggan semakin ramai, mereka menghabiskan masa menggoreng ayam daripada menangkap penjenayah. Haha mesti kelakar kan?
Dibintangi oleh Ryu Seung-Ryong, Lee Hanee, Jin Seon-Kyu, Lee Dong-Hwi dan Gong Myung, filem ini juga merupakan blockbuster pertama yang berjaya memecah rekod filem Train To Busan di Korea.
Filem ini bakal ditayangkan pada 28 Mac 2019 diseluruh panggung wayang tanah air.
Nak tahu apa kesudahan filem yang berdurasi 1 jam 51 minit ini? Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama menonton filem ini bersama kami dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah berikut.
Menangi tiket tayangan Remaja X Extreme Job
Tarikh: 25 Mac 2019
Masa: 8.30 malam
Lokasi: TGV Cinemas 1 Utama
Pemenang akan dihubungi melalui emel. Sila alert dan beri maklum balas kepada kami. Terima kasih!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!