Penampilan terbaru pelakon muda, Shasha Abedul menjadi perhatian pengikutnya apabila kini dilihat sudah mengenakan hijab.
Shasha, 28 yang meniti populariti menerusi drama bersiri Projek: Anchor SPM pada tahun 2021 juga dilihat telah memadamkan majoriti foto-foto miliknya yang tidak mengenakan hijab di platform Instagram miliknya.
Menyoroti hantaran terbaru Shasha semalam, gadis tersebut memuat naik imej terbaru berserta beberapa momen sepanjang bulan September yang menyaksikan penghijrahannya itu.
“September. Perjalanan baharu permulaan baharu. Bismillahirrahmanirrahim.
“Doakan saya semoga kekal istiqomah, sentiasa dan selalu. InsyaAllah, dengan izinNya,” catat Shasha.
Meninjau ruangan komen, rata-rata rakan selebriti termasuk Daiyan Trisha, Arena Wan, Aniq Suhair, Harith Zazman dan ramai lagi menyambut baik perubahan imej tersebut dan mendoakan agar jilid baharu dalam kehidupannya ini akan dipermudahkan.
“Cantik dalam dan luar. Saya amat gembira untuk kamu.” – Mimi Lana
“Gembira untuk kamu!!!” – Daniel Cheang
“Kamu kelihatan cantik sangat Shasha sayang.” – Liyana Jasmay
Ads
“MasyaAllah” – Isha Nor Sham
Terdahulu, Shasha telah mengerjakan ibadah Umrah di tanah suci bersama ibu saudaranya pada Mac 2023 selepas mula menyimpan niat sejak tahun sebelumnya.
Demi menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadan dan meraikan Syawal di tanah suci, Shasha komited untuk mengosongkan aktiviti seni dan hanya pulang ke Malaysia pada hari raya keempat.
Sebelum berangkat, Shasha berkongsi dirinya telah mempersiapkan stamina dan kecergasan untuk menunaikan ibadah berpuasa selama sebulan di sana termasuklah dengan bersenam pada setiap hari.
*
Dalam pada itu, Shasha dipercayai akan meneruskan kerjayanya sebagai seorang penggiat seni biarpun sudah berhijab.
Selain Projek: Anchor SPM, Shasha juga pernah membintangi naskah-naskah popular lain termasuklah Projek: High Council, Air Mata Di Bumi Matador 2, Chandelier, Lelaki Lingkungan Cinta, Kau vs Aku, Voice Note dan Sara Sajeeda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengacara dan pelawak, Jihan Muse kini sedang hamil cahaya mata ketiga.
Berita gembira tersebut didedahkan sendiri oleh suami tercintanya yang juga pelakon, Ungku Hariz dengan memuat naik hantaran video membuat kejutan kepada ahli keluarga mereka tentang kehamilan itu.
“Berita yang tak dijangka dan reaksi yang tidak disangka,” coretnya dalam hantaran tersebut.
Bahkan, ada segelintir yang berharap agar hos rancangan realiti Gegar Vaganza itu memiliki cahaya mata perempuan pula, pada kali ini.
Sekadar info, Jihan dan Ungku mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq dan Ungku ltamis Barr.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mesti bestkan kalau raya ni, BTS datang beraya rumah kamu. Walaupun benda tu satu perkara yang mustahil, tak salah berangan kan. Saja untuk mengisi masa lapang musim raya ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fenomena pasangan muda dalam dunia hiburan tempatan kembali menjadi bualan apabila personaliti media sosial dan finalis Hero Remaja 2021, Fazziq Muqris, kini sah bergelar suami kepada influencer serta model popular, Sharifah Areeqa. Penyatuan dua figura Gen Z ini mencetuskan keterujaan ramai, tambahan pula masing-masing mempunyai pengaruh besar dalam komuniti remaja.
Majlis akad nikah mereka berlangsung dalam suasana sederhana namun eksklusif, dihadiri keluarga terdekat serta rakan rapat dari industri hiburan dan dunia digital. Pasangan ini membuktikan bahawa cinta sejati boleh berkembang walau dalam perhatian ramai, asalkan dijaga dengan penuh hormat dan kematangan.
Fazziq dan Areeqa disatukan sebagai suami isteri pada Sabtu.
Berkenalan Di Media Sosial, Hubungan Yang Low-Key
Walaupun Fazziq Muqris dan Sharifah Areeqa masing-masing pernah menjadi perhatian di platform sosial, pasangan ini terkenal kerana memilih untuk menjaga privasi dan tidak terlalu mempamerkan hubungan mereka. Areeqa mula dikenali sebagai model dan content creator, manakala Fazziq mula mendapat tempat di hati peminat selepas menyertai Hero Remaja 2021, edisi yang turut melahirkan nama-nama bakat baharu lain.
Chemistry antara mereka hanya mula disedari peminat beberapa bulan kebelakangan ini apabila video dan foto bersama dikongsi di Instagram serta TikTok. Rata-rata peminat memuji cara matang mereka menguruskan hubungan yang tenang, bersih daripada kontroversi dan fokus kepada masa depan.
Majlis Nikah Minimalis, Elegan dan Natural
Sharifah Areeqa tampil memukau dalam busana putih polos dengan elemen minimalis, manakala Fazziq Muqris kelihatan segak berbaju melayu putih yang melambangkan kesucian dan permulaan baharu. Detik akad nikah yang dilafazkan Fazziq secara tenang dan jelas turut menjadi sorotan apabila dikongsi di media sosial mendapat ribuan komen ucapan tahniah daripada para peminat dan rakan industri.
Suasana majlis yang sederhana namun elegan ini mencerminkan keperibadian mereka sebagai pasangan muda yang tahu menjaga nilai tradisi dan keindahan dalam kesederhanaan.
Peminat Teruja, Ramai Doa Yang Baik-Baik
Dengan populariti yang mereka miliki, tidak hairan apabila berita pernikahan ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan remaja. Ramai menganggap pasangan ini sebagai “goals” bukan sekadar kerana rupa paras, tetapi kerana aura positif, keserasian dan cara mereka membawa diri.
Peminat turut menghargai perjalanan karier Fazziq Muqris sebagai finalis Hero Remaja 2021 yang kini menempa langkah baharu dalam kehidupan. Mereka percaya perkahwinan ini akan memberi lebih motivasi buatnya untuk terus berkembang dalam dunia hiburan dan digital.
Majalah Remaja mendoakan agar rumah tangga mereka kekal harmoni, berkembang dan terus memberi inspirasi kepada anak muda seluruh negara. Pasangan ini membuktikan bahawa cinta yang tulus dan penuh hormat mampu menjadi contoh terbaik buat generasi Gen Z masa kini.