
Liverpool & seluruh peminat bola sepak dunia dikejutkan dengan berita sedih – bintang sensasi The Reds, Diogo Jota, dilaporkan telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Sepanyol.
Menurut laporan media tempatan, pemain sayap lincah berusia 28 tahun itu terlibat dalam kemalangan tragis di Zamora, Sepanyol, berhampiran dengan bandar Palacios de Sanabria.
Lebih memilukan, Jota tidak berseorangan ketika kejadian. Abang kesayangannya, Andre Jota yang turut berada dalam kenderaan tersebut, juga dilaporkan maut di tempat kejadian.
Apa yang buat peminat lagi sebak, Jota sebenarnya baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan cinta hatinya, Rute Cardoso, kira-kira 10 hari lalu. Majlis perkahwinan mereka cukup sweet dan penuh bahagia, siap diserikan dengan tiga cahaya mata hasil cinta mereka bersama.
Dalam satu posting di Instagram yang viral baru-baru ini, pasangan itu sempat berkongsi detik manis pernikahan mereka dengan kapsyen:
“22 Jun 2025. Ya, sehingga selama-lamanya.”
Namun siapa sangka, ‘selama-lamanya’ itu tak kesampaian. Post itu kini dibanjiri lebih 190,000 tanda suka dan ribuan komen dari seluruh dunia yang rata-rata masih terkejut dan bersedih dengan pemergian Jota.
Untuk rekod, Jota menyertai Liverpool dari Wolves pada tahun 2020 dengan nilai perpindahan mencecah £41 juta (anggaran RM236 juta). Sejak itu, dia menjadi antara pemain penting skuad The Reds, terutama di posisi sayap kiri dengan kepantasan dan ketajaman jaringannya.
Jota bukan sahaja digeruni lawan, malah menjadi idola ramai remaja di seluruh dunia. Personalitinya yang low profile dan komited atas padang menjadikan dia antara pemain paling disayangi peminat.
Rata-rata netizen, termasuk pemain-pemain ternama dan kelab-kelab Eropah, mula memuat naik ucapan takziah dan penghormatan terakhir buat Diogo Jota.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.