Industri hiburan Kpop dikejutkan dengan kematian seorang bekas ahli kumpulan f (x) yang juga merupakan penghibur dan pelakon, Sulli.
Masa kematian dilaporkan sekitar pukul 4 petang waktu tempatan. Menurut pihak polis Seongnam, rakan sekerja Sulli menjumpai mayat individu tersebut di apartmennya sekitar jam 4.30 petang.
Polis kini sedang memeriksa sama ada Sulli meninggalkan nota bunuh diri dan sedang menyiasat butiran sebenar kejadian tersebut.
Ads
Buat masa ini, pihak SM Entertainment masih belum memberi maklum balas berkenaan laporan tersebut.
Ads
Gadis berusia 25 tahun ini juga menjadi cameo Hotel De Luna dan pernah mencetuskan kontroversi antaranya sering memuat naik foto tanpa memakai bra dan menjadi selebriti yang mempunyai attitude yang kurang baik.
Ads
Apa-apa pun, kita tunggu pengesahan pihak polis dan pihak pengurusan mereka.
Niat jenama perniagaan makanan segera antarabangsa, Burger King UK mungkin adalah untuk mendapatkan perhatian pengikut akaun Twitter mereka terutamanya di kalangan perempuan.
Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila bebenang ciapan yang dimuat naik oleh mereka itu dihambat dengan cercaan oleh warganet seluruh dunia kerana dilihat cuba untuk mempermainkan wanita menerusi ciapan berbaur ‘clickbait’.
Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac 2021 semalam (atau hari ini mengikut zon masa negara Barat), Burger King telah mengambil keputusan untuk memuat naik ciapan berbunyi,
“Perempuan selayaknya berada di dapur saja”.
Amboi!
Itu saja ciapannya untuk satu tempoh waktu yang agak panjang sebelum mereka meneruskan ciapan tersebut dengan bebenangnya.
“Hanya 20 peratus cef di dunia ini adalah wanita. Kami mempunyai misi untuk mengubah peratusan jantina di restoran dengan memberi galakan kepada pekerja wanita…”
Justeru, Burger King berkata mereka bakal melancarkan program biasiswa untuk membantu pekerja wanita untuk mengejar cita-cita mereka dalam bidang kulinari.
Ramai Baca Ciapan Pertama Saja
Seperti dijangka, Burger King telah menerima kecaman daripada wanita yang terlalu marah dengan tindakan jenama tersebut walaupun niat mereka adalah demi mendapatkan perhatian warga Twitter saja.
Ramai yang pelik bagaimana pasukan pemasaran mereka merasakan bahawa idea tersebut adalah bijak.
Jelas, bukan hanya warganet dari Malaysia yang mudah untuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang dengan hanya membaca tajuk artikel ataupun ciapan pertama saja. Warganet seluruh dunia juga berbuat sedemikian.
Lalu mereka hanya memberikan respon (amarah) selapas hanya membaca ciapan pertama.
Bagaimanapun, REMAJA sebenarnya tidak terkejut dengan kontroversi yang melanda Burger King ini kerana mereka terkenal dengan strategi pemasaran yang sedikit provokatif seperti ini.
Malah pada tahun 2020, mereka saling bersaing dengan McDonald’s untuk merebut anugerah pemasaran restoran terbaik.
Selepas penat untuk melayan kecaman yang diterima tanpa henti, Burger King UK AKHIRNYA memutuskan untuk memadam ciapan awal tersebut dengan permohonan maaf seperti berikut:
We hear you. We got our initial tweet wrong and we’re sorry. Our aim was to draw attention to the fact that only 20% of professional chefs in UK kitchens are women and to help change that by awarding culinary scholarships. We will do better next time.
Tatkala ramai yang sudah mendapat notifikasi temu janji kedua bagi suntikan vaksin AstraZeneca dan ada juga yang sudah melengkapkan dos kedua vaksin Sinovac, namun masih ramai masyarakat Malaysia yang langsung tidak menerima sebarang temu janji pemberian vaksin lagi.
Kita dapat melihat keluhan masyarakat yang memuat naik status di media sosial tentang kekesalan mereka kerana masih tidak menerima panggilan untuk divaksin.
Namun begitu, ada beberapa tip yang dikongsi warganet dan khabarnya, tip tersebut membuahkan hasil dan mereka terus menerima temu janji selepas itu.
So guys, apa kata korang cuba ikut tip ini, mana tahu rezeki selepas mencuba kan?
1. Klik pada ‘Covid-19 Vaccination’
2. Pilih ‘Vaccine Information’
3. Pilih ‘Helpdesk’ kemudian tekan ‘Start’
4. Scroll paling bawah sekali dan pilih ‘Other Queries?’
Di bawah sekali
5. Kemudian pilih ‘Other Issues’
6. Di ruangan kosong itu tulis sudah register sejak bulan berapa, dan masih belum dapat appointment pada tarikh hari ini
7. Kemudian, tekan ‘Submit’
Apa-apa pun tak salah kalau kita ikhtiar kan. Selamat mencuba!
Hebat betul penangan lakonan Hyun Bin dan Son Ye Jin dalam drama Crash Landing On You yang baru berakhir tempoh hari apabila dilaporkan rating episod akhir drama tersebut berjaya mengalahkan drama terkenal Goblin, sekali gus mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah saluran tvN.
Menurut laporan Nielsen Korea, episod akhir Crash Landing On You telah mencapai sebanyak 24.1 peratus manakala rekod tertinggi Goblin pula adalah 20.5 peratus pada Januari 2017.
Drama bersiri ini mengisahkan tentang seorang businesswoman Korea Selatan kaya, Yoon Se Ri yang tersesat ke Korea Utara dan berjumpa dengan seorang askar, Lee Jung Hyeok yang telah menyelamatkannya. Perwira tinggi Korea Utara ini kemudiannya cuba untuk melindungi dan menyembunyikan Se Ri supaya selamat kembali ke Korea Selatan.
Semenjak dari itu, benih-benih cinta mulai muncul di antara mereka berdua.
Nah, confirmlah drama ni sweet gila kan?
Khabarnya ramai juga yang menangis menonton episod akhir Crash Landing On You tempoh hari. Korang pula macam mana?