Seperti sedia maklum, biaya pengurusan jenazah bukanlah murah. REMAJA sempat menemuramah Pengurus Jenazah Masjid Al-Ikhlasiah Kampung Kerinchi, Jalan Pantai Permai 7, Kuala Lumpur, Ustaz Hamdan Yusof yang memaklumkan kos biaya pengurusan jenazah biasanya meliputi lima perkara iaitu :
Kain kapan RM250
Mandi jenazah RM200
Gali kubur RM500
Bacaan talkin RM100
Kos penghantaran jenazah ke tanah perkuburan RM100.
“Namun kos ini biasanya berbeza-beza mengikut masjid kariah tempat orang meninggal menetap. Masa yang sama, kos akan meningkat jika seandainya waris meminta menghantar jenazah ke lokasi luar seperti kampung halaman.
“Biasanya kos pengangkutan dikira RM2 bagi satu kilometer (kos ini berbeza mengikut pengurusan masjid). Tol dibiayai oleh waris sendiri dan kita cuma menghantar sahaja seperti mana diminta,”katanya yang berpengalaman luas sebagai pengurus jenazah.
Biasannya kos menguruskan jenazah tidak terlalu murah, boleh mencecah RM1000 ke atas mengikut tempat kariah menetap – Ustaz Hamdan Yusof
Jika dirujuk kepada kos yang dikeluarkan oleh waris, ternyata pengurusan jenazah bukanlah agak murah. Namun sebagai waris, ada 10 tempat ini boleh pergi jika berlaku kematian khususnya jika yang meninggal itu seorang yang bekerja.
10 lokasi ini telah dikongsikan oleh Sfatyma Idris yang juga seorang Perancang Harta Syariah di mana waris boleh pergi membuat semakan selepas ahli keluarga meninggal dunia di fb miliknya. Sekurang-kurangnya wang ini dapat digunakan untuk waris yang sedia ada.
Tahu tak, ramai waris tak tuntut khairat kematian sebab tak pernah ambik tahu. Akhirnya duit burn macam tu je. Ada yang total hampir RM10k. Rugikan !
Ads
Jadi, lepas tahu ni pastikan anda bagitau dekat pasangan & anak-anak supaya mereka boleh tuntut jika berlaku sesuatu pada anda.
Urmm, dah dapat duit tu nanti nak buat apa?
Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik. Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jenazah. Segala kos pengurusan jenazah guna duit ni. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh ganti semula. (mengikut budi bicara waris2)
Ads
Sini saya kongsikan 10 tempat tuntutan. Pastikan anda baca satu persatu ya. Boleh detect tempat mana waris boleh tuju nanti.
Khairat Kematian Khariah Masjid
▪Sekitar Rm 500 – Rm 5,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah
Khairat Kematian PERKESO
▪RM 2,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO
Khairat Kematian KWSP
▪RM 2,500
▪Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP
Bantuan Mengurus Jenazah JPA
▪RM 3,000
▪Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam
Khairat Kematian Bank Rakyat
▪RM 3000
▪Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat
Khairat Kematian ASNB
▪RM 200 – RM 2,000
▪Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati
Khairat Kematian Skim Takaful
▪RM 2,000 – RM 5,000
▪Syarat: si mati pencarum takaful
Khairat Kematian Persatuan Berdaftar/NGO/Koperasi
▪RM 500 – RM 5,000
▪Syarat: si mati adalah ahli berbayar persatuan/NGO/Koperasi
Khairat Kematian Pencen
▪RM3000
Lain-lain
Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.
Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.
Ads
Macam mana nak tuntut?
Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.
Sfatyma Idris
Ambil cakna untuk mudahkan waris-waris.
Silakan #share supaya lebih ramai tahu kewujudan khairat pusaka ni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semua orang obses nak badan cantik. Bukan saja individu yang mempunyai masalah obesiti, yang bertubuh kurus pun tetap ada misi untuk mendapatkan bentuk tubuh yang menarik.
Maka, ramailah yang teruja nak buat workout sama ada di rumah atau pun gimnasium. Tak kisahlah walau dimana tempat korang workout, paling penting adalah memastikan bahawa gerakan workout itu betul bagi mengelakkan kecederaan.
Selain risau daripada tercedera, kalau buat dengan cara tak betul pun tak ada gunanya. Penat dan sakit badan je la yang korang dapat.
Oleh itu, penting untuk korang tahu sama ada formation workout yang dilakukan itu betul atau tidak.
Jadi apa kata kalau kita lihat antara kesalahan-kesalahan yang mungkin korang pernah buat sebelum ini dan macam mana cara yang betul untuk melakukannya.
1. Jumping jack
Lihat kedudukan tapak kaki korang semasa melakukan jumping jack. Kedudukan bahu juga penting semasa melakukan gerakan ini (lihat video).
2. Plank
Kedudukan punggung yang terlalu rendah atau tinggi adalah sama sekali salah semasa melakukan plank.
Ini adalah posisi yang betul. Tangan berada pada aras dada dan punggung tidak diangkat terlalu tinggi atau rendah.
3. Squat
Kedudukan lutut tidak boleh melebihi kaki. Chest up dan face up. Lagi rendah korang dapat turun, lagi cantik punggung korang nanti.
4. Push up
Lihat kesalahan kedudukan kepala semasa push up. Lebih kurang seperti plank, cuma korang perlu turunkan bahagian badan dan bukannya punggung.
5. Bicycle crunches
Wah senang sangat kalau macam ni. Cara yang betul adalah korang perlu angkat sedikit bahu semasa melakukan cycling kaki. Barulah rasa pada bahagian perut.
6. Mountain climber
Kedudukan punggung tidak boleh terlalu tinggi dan gerakan kaki juga perlu diatur dengan betul. Hayunan kaki kanan ke hadapan dan diikut dengan kaki kiri. Lengan perlu seiring paras dada.
7. Russian twists
Untuk melakukan workout ini, bukan hanya gerakan tangan malah posisi badan juga harus seiring dengan pergerakan tangan ke kiri dan ke kanan.
Kalau nak gambaran lebih jelas, korang boleh rujuk pada video dibawah.
Sempena perasmian sambutan Ma’al Hijrah peringkat negeri Pahang tahun 2021,/1443H pada hari ini, Pemangku Raja Pahang iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar para pemimpin negara ini untuk berhenti merebut kuasa dan bersengketa sesama sendiri di saat Malaysia sedang bergelut dengan penularan wabak COVID-19.
Sumber Foto : BERNAMA
Titah secara maya dari Istana Abdulaziz itu telah disiarkan secara langsung di Dewan Auditorium Kolej Universiti Yayasan Pahang dan disaksikan oleh para tetamu yang antaranya terdiri daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pesanan Tengku Hassanal itu relevan apabila melihat kepada suhu permainan politik yang semakin membara baru-baru ini baik dari bahagian kerajaan mahupun pihak pembangkang. Titah baginda, ini adalah masa untuk semua pihak bersatu padu tanpa mengira kepercayaan agama, warna kulit dan fahaman politik serta terus mengamalkan sikap saling menolong.
“Ini bukanlah masanya untuk merebut kuasa, bersengketa mahupun banyak berbicara tanpa berbuat apa-apa tindakan. Kita harus menang dalam peperangan dengan musuh yang tidak kelihatan ini (wabak covid-19).”
Tambah baginda, semangat kejiranan yang tinggi juga harus dipertingkatkan pada waktu ini. Apatah lagi apabila sanak-saudara yang kini berkhidmat di ibu negara tidak mampu pulang dan menziarahi kampung halaman masing-masing. Lantas sebagai jiran tetangga, seharusnya kita saling menolong dan prihatin terhadap mereka yang tinggal berdekatan.
“Pepatah jangan jaga tepi kain orang mungkin tidak lagi relevan.”
“Saya nasihatkan agar kita semua sentiasa prihatin kepada jiran masing-masing dan berikan bantuan bersesuaian kepada yang memerlukan.”
Baginda juga menyeru agar semua pihak termasuk kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta untuk sentiasa cakna terhadap rakyat yang memerlukan bantuan ketika pandemik COVID-19. Ini termasuklah bahagian akar umbi penduduk seperti jawatankuasa masjid dan surau untuk teruskan bantuan kepada yang memerlukan.
“Saya tidak mahu ada rakyat saya yang berada dalam kelaparan kerana tidak mempunyai makanan serta keperluan asas untuk meneruskan kehidupan. Satu bakul makanan yang berharga lebih kurang RM100 mungkin kecil pada kita, tetapi pada mereka yang susah, ia amat besar nilainya,” titah baginda.
Diharap apabila umat Islam memasuki tahun baharu dalam kalendar Islam pada hari ini, semangat perjuangan kita juga haruslah berubah menjadi lebih positif. Jangan disebabkan ingin menjamin kuasa dan kepentingan peribadi serta parti masing-masing, kepayahan rakyat dipinggirkan begitu saja. Ikhlaskanlah hati dalam menjalankan tugas.
Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes melibatkan pelajar Tingkatan Satu di Sabah, Allahyarham Zara Qairina, sememangnya mengundang perhatian seluruh rakyat Malaysia. Sejak tragedi ini berlaku, ramai yang bangkit menyuarakan rasa solidariti termasuklah melalui himpunan, kempen kesedaran serta perkongsian di media sosial.
Dalam perkembangan terbaru, muncul pula sebuah lagu berjudul “Justice For Zara” yang dicipta oleh seorang individu dengan menggunakan teknologi AI sebagai penyanyi. Lagu ini pantas tular di pelbagai platform muzik malah turut diputarkan di radio, menjadikannya antara simbol solidariti paling ketara ketika ini.
Namun begitu, tidak semua yang menyambut baik kehadiran lagu tersebut. Walaupun ada yang menganggapnya sebagai cara kreatif untuk menunjukkan sokongan terhadap perjuangan menegakkan keadilan buat arwah, segelintir netizen mula meluahkan rasa tidak selesa.
Bagi mereka, lagu tersebut kedengaran agak “cringe” dan menimbulkan rasa jengkel setiap kali dimainkan. Malah, ada yang berpendapat ia boleh mengalihkan fokus sebenar – iaitu mendoakan kesejahteraan arwah dan memperjuangkan keadilan dengan cara yang lebih bermakna.
Sebahagian besar komen di media sosial menyarankan agar masyarakat menyalurkan doa seperti membaca Al-Fatihah untuk arwah Zara, kerana ia lebih bermanfaat bukan sahaja kepada roh Allahyarhamah, tetapi juga memberi pahala kepada mereka yang membacanya.
Fenomena ini sekali lagi menunjukkan betapa luasnya cara anak muda hari ini mengekspresikan solidariti sama ada melalui seni, media sosial atau doa.
Cuma, penting untuk kita memastikan niat baik itu tidak bertukar menjadi sesuatu yang dipersoalkan. Pada akhirnya, perjuangan sebenar adalah untuk memastikan keadilan ditegakkan buat Allahyarham Zara, dan doa yang ikhlas mungkin jauh lebih bermakna daripada sekadar sebuah lagu.