Menjadi doktor dan bukan ahli perubatan adalah dua cabang yang jauh berbeza. Semua maklum, sebelum menjadi doktor, masa pengajiannya jauh lebih lama berbanding ijazah lain.
Namun biar ramai yang bukan pakar dan hanya sekadar mendengar dan tahu tentang petua adalah situasi yang jauh berbeza, antara langit dan bumi apabila memberi nasihat salah tentang dunia perubatan kepada orang ramai.
Seorang profesor dan juga pakar sakit puan dari Universiti Malaya Medical Centre (UMMC), Imelda Balchin telah menulis di ruang facebooknya tentang fakta perubatan yang tidak kukuh yang ditulis oleh seorang seorang ustazah terkenal Indonesia, Ustazah Oki Setiana Dewi mengenai HAID yang boleh menjadi punca terjadinya barah rahim.
Kata Ustazah Oki Setiana ini, minuman berais, bergas, air kelapa dan timun yang diambil ketika mengalami haid boleh mengakibatkan masalah kesihatan lebih serius iaitu kanser rahim.
Baca tulisan dari Prof Imelda Balchin mengenai isu ini.
Ada sebabnya Ustazah Indonesia ini bukan pakar perubatan dan bukan pakar penyakit barah.
Ads
Kalau pelajar perubatan di seluruh dunia tulis karangan macam ini dalam peperiksaan perubatan, mereka akan terus gagal.
Kalau pegawai perubatan atau doctor O&G tulis karangan begini dalam peperiksaan specialist mereka, bukan hanya akan terus gagal, perkhidmatan mereka sebagai doktor boleh dihentikan sebab dikhuatiri memberi kemudaratan kepada pesakit dengan ilmu yang salah.
Tetapi di Indonesia, Ustazah ini dah dapat 53K likes dan 166K share untuk kenyataan ini. Begitu bahayanya sosial media jika disalah gunakan.
Tulisan Ustazah yang mendapat beratus ribu syer dari pengikutnya di laman sosial
Ads
Dapatkan nasihat perubatan dari doktor bila berhadapan dengan masalah kesihatan
Sebelum anda kongsi atau sebarkan apa-apa kenyataan, pastikan ilmu itu sahih dan sumbernya daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Semoga kita tidak menanggung dosa besar menyebarkan fitnah kepada masyarakat kita sendiri.
Maklumat yang disebarkan oleh ustazah Indonesia ini menyeleweng dan tiada bukti perubatan.
Mereka yang dapat sakit kepala sebelum atau semasa haid sebenarnya mengalami premenstrual tension dan boleh dibantu oleh pakar perubatan O&G. Kadangkala ada yang boleh dapat cyclical migraine kerana perubahan hormon badan, bukannya apa yang dimakan.
Elakkan gula dalam minuman anda lebih penting untuk kesihatan anda daripada elakkan ais dalam minuman.
Ads
Kurangkan memakan nasi yang berlebihan lebih penting untuk kesihatan anda daripada tak makan timun. Ingatlah nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, pinggan suku-suku-separuh, maknanya hanya suku pinggan nasi cukup untuk keperluan anda.
Penyakit diabetes dan obesiti yang disebabkan oleh banyak minuman bergula, makanan bergula, makanan berlebihan dan kurang bersenam adalah salah satu punca kanser atau barah rahim.
Masalahnya bukan lah ais dalam minuman anda, tetapi kandungan gula yang tinggi dalam minuman-minuman anda yang ber-ais.
Yang Ikhlas,
Cikgu Perubatan dan pakar kesihatan wanita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kawasan Lembah Klang antara lokasi yang terjejas teruk akibat hujan lebat beberapa hari lepas yang menyebabkan banjir di sekitr Selangor dan Kuala Lumpur.
Seperti yang tular sejak semalam, beberapa laluan trafik juga terhalang dan plaza tol ditutup ekoran banjir kilat yang melanda Lembah Klang. Keadaan ini membuatkan orang ramai terkandas dan perlu mencari laluan alternatif bagi meneruskan perjalanan ke destinasi yang ingin dituju.
Perkara seperti ini memang tidak dapat dijangka dan ia menyebabkan beberapa perancangan tergendala.
Ini termasuklah perancangan orang ramai untuk ke pawagam berdekata dan menonton filem popular yang sedang ditayangkan iaitu Spider-Man: No Way Home. Seperti yang dijangka, ramai yang sudah menempah tiket untuk menonton pada hujung minggu ini setelah filem tersebut menemui Malaysia sejak awal minggu ini.
Memahami situasi semasa ini, pihak TGV Cinemas mengumumkan bahawa penonton yang telah membeli tiket secara atas talian boleh menerima bayaran semula (refund) dan proses wang dikembalikan akan memakan masa lebih kurang 14 hari. Korang boleh hantarkan maklumat terperinci ke e-mel feedback@tgv.com.my.
Sekiranya lokasi korang terjejas dengan bencana banjir dan tidak dapat keluar rumah, bolehlah lakukan refund yang ditawarkan ini dengan segera ya.
Apa-apa pun, kami doakan agar individu yang terkesan dalam situasi banjir ini sentiasa dilindungi dan semoga air kembali surut. Stay safe everyone!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘Bagaikan acara bulanan’, itulah gambaran yang diberikan netizen dengan luahan rasa kecewa dan geram berikutan masalah gangguan bekalan air di negeri Selangor.
Baru saja pulih daripada insiden paip pecah, pengguna air di Selangor kini berdepan dengan saut lagi kegendalaan bekalan air. Kali ini daripada sumber air yang tercemar. Lokasi yang terlibat adalah Kuala Lumpur, Petaling, Klang,/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, dan Kuala Langat.
Gangguan tersebut menjejaskan hampir 1.2 juta akaun di hampir 1,300 kawasan.
Ramai mempersoalkan mengapa masalah itu berulang dari tahun ke tahun dan memohon pihak berkaitan agar menangani isu berkenaan dengan bertanggungjawab.
RM 20,000 Ganjaran Menanti
Terbaru, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Selangor, Hee Loy Sian memaklumkan, kerajaan negeri bersetuju untuk memberi ganjaran sehingga RM 20,000 kepada mana mana pihak yang memberi maklumat berkaitan pencemaran sungai Selangor sehingga tertangkapnya dalang kejadian itu.
“Pada masa sama, kita akan mengalakkan orang ramai bertindak sebagai whistleblower iaitu kita akan beri ganjaran RM20,000 kepada mereka yang mendedahkan unsur-unsur mencemarkan sungai,” katanya selepas mengadakan lawatan di muka sauk Lori Rawatan Air Selangor Fasa 2 pada Isnin.
Menurut Air Selangor, mereka terpaksa memberhentikan loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Rantau Panjang akibat pencemaran yang dikesan di sumber air pada 19 Oktober 2020 pada jam 2 pagi.
Kalau korang masih ingat, sebelum ini sumber air ini pernah tercemar akibat sisa syarikat selenggara kenderaan berat tempoh hari yang menyebabkan gangguan yang paling teruk tahun ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada sebab mengapa kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan tidak memberi kelonggaran total untuk ke sini, ke sana.
Ini bagi memastikan rakyat kekal konsisten dengan langkah berjaga-jaga terhadap risiko wabak Covid-19 yang masih berleluasa.
Sebahagian besar daripada kita masih mematuhi arahan tersebut. Malangnya, ada di antara kita yang sudah mula melupakan tanggungjawab mereka menjaga keselamatan diri sendiri dan orang awam.
Menurut catitan seorang pemilik akaun Facebook bernama Afdalina Nuraisya, situasi yang kelihatan seperti sebuah bazar Ramadan telahpun berlaku di Taman Tas, Kuantan Pahang.
Katanya, “Ini adalah gambar Taman Tas dari luar. Saya belum pergi ke dalam untuk melihat situasi sebenar, tapi dari jauh pun dah terkejut.”
“Pada mulanya saya terfikir untuk singgah membeli sesuatu selepas kerja. Tetapi akhirnya saya pulang saja selepas melihat situasi ini dari dalam kerja.
“Sewaktu musim PKPB ini, wabak Covid-19 berada di mana-mana. Bagaimanapun, pengunjung di sini nampaknya seakan tidak kisah. Ia sangat padat dengan pengunjung.”
Untuk pengetahuan, ini bukan satu-satunya lokasi yang dikunjungi orang ramai selepas kelonggaran diberikan pada minggu lalu.
Antara lokasi lain yang diperhatikan menarik perhatian ramai pengunjung adalah stor farmasi (drugstore) dan pasaraya tempatan; sehingga menimbulkan kegusaraan sekiranya kluster mangsa terbaru Covid-19 boleh muncul.
Walaupun kami faham keperluan peniaga yang perlu meneruskan kelangsungan hidup dengan berniaga, namun situasi seperti inilah yang dibimbangi oleh ramai orang.
Ini baru satu tempat, cuba bayangkan jika budaya serbu ini ‘berjangkit’ ke kawasan dan negeri lain – kan dah susah.
Apa pandangan korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!