Siapa yang belum pernah dengar lagu Police Entry, better sorokkan muka lah. Buat malu je!
Tak salah kalau kami katakan single nyanyian Elizabeth Tan itu menarik semula perhatian semua mata (dan telinga) ke arahnya sejak dua bulan lepas.
Elizabeth yang mesra dengan panggilan Lizzy berkongsi bersama REMAJA mengenai apa yang special sangat tentang Police Entry ini, sehinggakan klip videonya kini mencecah 7.2 juta tontonan!
Wow Lizzy, good job on securing 7.2 mil!
Bagi saya, kekuatan Police Entry terletak pada judulnya.
Ads
Ramai yang recap permainan kejar-kejar itu, jadi mudah untuk peminat faham akan konsep yang nak disampaikan oleh penciptanya, Hael Husaini dan Ezra Kong. Saya sendiri sebenarnya tak biasa dengan permainan ini (ketawa) tapi tahulah ia wujud.
Lizzy dan Ikmal Amry menjadi penghias cover Majalah Remaja isu Oktober-Disember, kali ini!
Konsep klip video yang lebih sassy..
Ini adalah kali pertama saya mengarahkan sebuah muzik video, jadi Police Entry bagi saya betul-betul personal.
Ads
Yes, saya ingin tonjolkan sisi diri yang lebih matang. Mungkin ada yang rasakan ia agak seksi tapi bagi saya tak lah keterlaluan sangat. Saya masih kekal dengan imej Lizzy sebelum ini, cuma klip video kali ini sesuai dengan lirik lagu serta penghayatannya.
Police Entry untuk #GirlPower
You could say that, tetapi ia bukanlah tentang Girl Power semata. Ia juga membawa mesej bagaimana seseorang harus move on daripada patah hati akibat kecurangan pasangan.
Ads
Dari segi konsep pakaian, fesyen dan tarian pula, saya banyak mendapat inspirasi daripada Burlesque. Jika ada yang menganggapnya sebagai anthem semangat Girl Power, let it be your anthem then.
Kami sempat meminta Lizzy untuk melihat beberapa klip tarian parodi Police Entry dari YouTube dan Instagram. Cer korang sendiri tengok reaction Lizzy ni..
Mana yang paling onz?!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura tampil menjawab pertanyaan seorang warganet mengenai rumah tangganya bersama aktor, Fattah Amin menerusi ruangan komen di Instagram.
Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan menulis di ruangan komen bertanyakan keberadaan suaminya dan puteri sulung mereka iaitu Fatima Aisyah yang dilihat sudah jarang bersamanya.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir pengguna yang mengatakan bahawa sangat sukar untuk melihat hantaran gambar mereka bertiga bersama di media sosial.
Tidak melatah, pelakon filem popular Pisau Cukur itu memaklumkan bahawa suami dan anaknya itu ada sahaja di rumah.
Tambah Fazura lagi, mereka memilih untuk tidak terlalu berkongsi kebahagiaan mereka bagi menjaga privasi keluarga di media sosial.
“Ada di rumah, keeping things more private these days. All eyes on Rafah,” balas fazura.
Sekadar info, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penularan wabak Covid-19 (gelaran baru untuk Coronavirus) nyata telah memberi impak besar kepada industri pelancongan seluruh dunia.
Kerajaan China sendiri mengarahkan larangan keluar dari lebih 30 buah bandar di China.
Semenanjung Malaysia pula menetapkan larangan masuk sementara kepada pelawat dari daerah Hubei, China manakala Sabah serta Sarawak sebulat suara melarang warganegara China memasuki negeri mereka.
Sedikit sebanyak, larangan yang dikenakan ini menjejaskan kepada promosi Tahun Melawat Malaysia 2020 sekurang-kurangnya untuk suku pertama tahun ini.
Sejak 2017, China memberikan jumlah terbesar pelawat ke Selangor. Namun disebabkan wabak tersebut, kerajaan negeri akan menumpukan kepada kemasukan pelancong dalam negeri yang tidak terjejas daripada risiko kesihatan.
Tinjauan penulis di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA 2) pada hari ini menunjukkan keadaan lengang di balai berlepas, sekitar tengah malam.
Tidak seperti kebiasaan di mana pelawat masih sibuk di kawasan check-in, ia menandakan kurangnya jumlah pelawat ke Malaysia serta Selangor buat masa ini.
Keputusan Korea Selatan yang menasihatkan rakyat negara mereka untuk tidak melawat Malaysia kerana wabak ini juga mengeruhkan lagi situasi.
*
Untuk membantu menyelesaikan kemelut ini, Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya akan memberi fokus kepada pasaran Asean terutamanya pelawat dari Indonesia, Thailand dan Singapura kerana jarak dekat negara jiran dengan Malaysia.
Malah menurut kementerian, 70 peratus daripada jumlah kemasukan pelancong buat masa ini adalah dari rantau Asean.
*
Bagi korang yang akan ke luar negara, ini di antara tip oleh REMAJA.
Bermula hari ini, ribuan peminat motosikal Yamaha RX-Z dijangka membanjiri Terengganu sempena penganjuran RXZ Members 8.0, antara himpunan motosikal terbesar yang sentiasa mendapat sambutan luar biasa setiap tahun.
Sempena acara tersebut, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tampil menitipkan beberapa pesanan buat semua peserta agar sentiasa menjaga adab, keselamatan serta nama baik komuniti penunggang motosikal.
Menerusi satu hantaran di Threads, beliau mengingatkan bahawa jalan raya bukan sekadar laluan menuju destinasi, malah merupakan tempat seseorang boleh mengumpul pahala atau mengundang dosa.
Beliau turut memetik sabda Rasulullah SAW mengenai hak-hak di jalan raya, antaranya menahan diri daripada menyakiti orang lain, menjaga pandangan, menjawab salam serta menyeru kepada perkara yang baik.
RXZ Members 8.0, Jangan Ganggu Orang Lain Demi Keseronokan
Menurut Dr. Zulkifli, antara hak jalan yang paling besar ialah tidak menyusahkan atau menyakiti pengguna lain.
Beliau mengingatkan supaya peserta tidak menjadikan keseronokan menunggang sebagai punca gangguan kepada masyarakat, termasuk melalui bunyi ekzos yang terlalu bising.
“Janganlah kegembiraan kita menjadi kesusahan kepada orang lain. Janganlah bunyi motosikal kita menjadi sebab seorang bayi terjaga daripada tidur, seorang pesakit terganggu rehatnya, atau seorang warga emas terkejut kerana bunyi yang memekakkan telinga.”
Beliau menegaskan bahawa menjaga hak pengguna jalan raya merupakan sebahagian daripada akhlak seorang Muslim. Sikap bertimbang rasa bukan sahaja dapat mengelakkan konflik, malah mampu mewujudkan suasana perjalanan yang lebih harmoni sepanjang berlangsungnya RXZ Members 8.0.
Utamakan Keselamatan Sepanjang RXZ Members 8.0
Selain itu, beliau turut mengingatkan semua penunggang supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, tidak berlumba, tidak memotong secara berbahaya serta mengelakkan aksi yang boleh mengundang kemalangan.
Menurutnya, walaupun seseorang yakin dengan kemahiran menunggang, tiada siapa mengetahui apa yang bakal berlaku di hadapan. Oleh itu, setiap peserta perlu mengutamakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain sepanjang perjalanan.
Beliau juga menggalakkan peserta memastikan motosikal berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan, memakai topi keledar yang memenuhi piawaian keselamatan serta menggunakan kelengkapan perlindungan yang bersesuaian.
Singgah Solat dan Sokong Ekonomi Tempatan
Dalam masa sama, Dr. Zulkifli memaklumkan bahawa beberapa masjid di sekitar Terengganu dan kawasan berhampiran tapak himpunan mengalu-alukan kehadiran para peserta.
Beliau berharap apabila azan berkumandang, para rider dapat berhenti seketika untuk menunaikan solat berjemaah.
“Biarlah tayar motosikal membawa kita ke rumah Allah sebelum membawa kita ke destinasi yang lain.”
Beliau turut menggalakkan peserta menyokong peniaga tempatan dengan membeli produk seperti keropok lekor, cenderamata dan barangan yang dijual di Pasar Payang serta gerai-gerai sekitar Terengganu agar kehadiran mereka turut memberi manfaat kepada ekonomi setempat.
Usaha menyokong perniagaan tempatan bukan sahaja membantu meningkatkan ekonomi negeri, malah memberi impak positif kepada komuniti yang menjadi tuan rumah kepada penganjuran RXZ Members 8.0.
Dalam pesanan yang sama, Dr. Zulkifli turut mengingatkan peserta supaya menjaga pandangan serta mengelakkan diri daripada mengunjungi tempat-tempat yang boleh membawa kepada fitnah atau maksiat.
Beliau berharap setiap peserta pulang dengan selamat serta membawa pulang keberkatan sepanjang perjalanan.
“Semoga setiap kilometer yang dilalui berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Moga kembali bukan sekadar membawa kenangan, tetapi juga membawa keberkatan dan rahmat daripada-Nya.”
Penganjuran RXZ Members 8.0 dijangka sekali lagi menghimpunkan puluhan ribu peminat motosikal dari seluruh negara, sekali gus menjadikan Terengganu sebagai tumpuan komuniti permotoran sepanjang hujung minggu ini.
Pesanan yang disampaikan oleh Dr. Zulkifli diharap menjadi panduan kepada semua peserta agar perhimpunan ini berlangsung dalam suasana yang harmoni, selamat dan penuh adab. Dengan mengutamakan keselamatan, memelihara akhlak, menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim serta menghormati masyarakat setempat, komuniti RX-Z dapat terus dikenali sebagai kelompok penunggang yang berdisiplin dan bertanggungjawab.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.