
Apa yang remaja macam korang buat bila tengah menunggu pemandu Grab, bila tengah rasa frust atau bila tengah baring sebelum tidur.
Mendengar muzik.
Bagi kami sendiri di Dewi Remaja, kami rasakan muzik mempunyai kekuatan atau magis untuk membentuk mood seseorang. Tak kiralah semasa sedih, happy, excited atau mengantuk, muzik tu mesti ada sebagai background.
Jadi apabila kami mencabar 12 orang finalis Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 untuk mengambil sebuah lagu yang diberi dan menghasilkan klip video pendek (dalam masa yang sangat singkat), mereka semua berjaya melakukannya.
Mereka buang segala rasa malu, jadikan diri lebih kreatif dan voila!
Cuma, siapa yang paling lit? Let’s VOTE.
Good job girls!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hangat Sebagai Duta Terbaru Prada, Lisa Blackpink Buatkan Pertunjukan Fesyen Viral

Sejak musim minggu fesyen Spring Summer 2020 tahun lalu, beberapa buah jenama fesyen terkenal mulai memperkenalkan anggota kumpulan K-pop, Blackpink sebagai tetamu jemputan utama mereka.
Ini kerana mereka sedar akan impak viral yang bakal membantu jenama fesyen masing-masing untuk mencuri perhatian seluruh dunia.

Terbaru, Lisa Blackpink telah mencetuskan fenomena di media sosial apabila kehadiran ke pertunjukan fesyen Prada di Milan semalam menjadi topik trending pertama.
Sebelum tiba ke acara tersebut, Lisa melakukan Instagram takeover ke atas akaun Prada untuk menayangkan dengan lebih dekat pakaian yang dipilih dan diperagakan olehnya.
Lisa dan Prada tidak sewenang-wenangnya memilih pakaian serba keemasan, stokin dan kasut hitam itu.

Menurut Lisa, inspirasi kombinasi 2 warna tersebut diperolehi daripada stail rambutnya yang baru diwarnakan hitam.
“I just dyed my hair black, so I want to make it different,” katanya di Instagram story sebelum menunjukkan snek yang dibawa oleh Lisa di dalam begnya.
Comel!

Lisa yang juga merupakan wajah terbaru Prada di Korea sekali lagi tidak gagal untuk menjadi tumpuan ramai.
Tahun lalu, dia menghadiri ke acara Celine (foto atas) di Paris manakala ahli kumpulan Blackpink yang lain ke acara fesyen berbeza.
Media Thailand Bocor Bayaran Lisa BLACKPINK, RM2.7 Juta Untuk Iklan Produk Je!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Atiq Azman Sedia Perbaiki Diri Selepas Bergelar Tunangan Orang, “Perangai Lama Kena Ubah…”

Pelakon kacak berusia 24 tahun, Raja Muhammaf Atiqullah Raja Azman Shah selamat mengikat tali pertunangan pada malam Sabtu lalu bersama gadis pilihan hatinya, Alia Natasha.
Tampil sedondon dalam persalinan berona ungu lilac, majlis pertunangan Atiq dan Alia itu telah dilangsungkan di Seremban, Negeri Sembilan.
Kongsi Atiq selepas majlis tersebut, keluarga kedua-dua belah pihak telahpun memilih tarikh pernikahan sekitar tahun 2025. Bagaimanapun buat masa ini, Atiq merasakan lebih molek untuknya merahsiakan perkara tersebut.

Atiq yang mula dikenali dek penangan fenomena drama Nur yang disiarkan di saluran TV3 tidak lama dahulu berkata, dirinya akan mengambil tempoh masa kurang dari setahun ini untuk mempersiapkan diri sebelum bergelar seorang suami.
Biarpun umum mengetahui Atiq mempunyai latar belakang pendidikan dalam aliran keagamaan sewaktu di bangku sekolah, Atiq merasakan banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki olehnya untuk melangkah ke fasa alam rumah tangga.
“Seperti pasangan lain, kami akan menggunakan tempoh ini untuk melakukan persiapan majlis. Tetapi bagi saya sendiri, saya akan mengambil masa ini untuk memperbaiki diri.
“Perangai lama saya kenalah diubah sebab kita hendak bergelar seorang suami dan perlu bertanggungjawab terhadap isteri nanti. Tak boleh nak seronok-seronok macam dulu. Kena fikir dahulu akibat kepada setiap perbuatan kita.
“Saya pun perlu belajar tentang cara menguruskan diri dari segi menjadi seorang yang adil, penyabar dan bijak menguruskan soal kewangan keluarga,” katanya.
BACA: Raja Atiq ‘Buat Hal’ Lagi.. Kali Ini Bahu Pula Tercedera – REMAJA
BACA: “Saya Ekstrem Tak Bertempat” Dahi Atiq Azman Dijahit Selepas ‘Lompat’ Di Kawasan Rekreasi – REMAJA

Dalam pada itu, Atiq menyifatkan sekarang adalah waktu yang tepat untuknya bergelar seorang suami. Tampil lebih matang berbanding dahulu, Atiq enggan memberi terlalu banyak tekanan terhadap dirinya dan pasangan dalam melakukan persiapan perkahwinan.
Sebaliknya, adalah lebih baik menurutnya untuk mengambil langkah satu-persatu agar segalanya berjalan secara lancar.
FOTO: Atiq Azman
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dapat Respon Positif : Ali & Ratu Ratu Queens Bawa Penonton ‘Terbang’ Ke New York

Filem Ali & Ratu-Ratu Queens telah pun ditayangkan di saluran Netflix pada 17 Jun lalu dan rata-rata penonton memberi pujian terhadap naskhah terbaru pelakon utama Dilan, Iqbal Ramadan yang memegang watak utama sebagai Ali.
Ali & Ratu-Ratu Queens mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Ali (Iqbal Ramadan) ditinggalkan ibunya (Marissa Anita sebagai Mia) yang mengejar cita-cita ingin menjadi seorang penyanyi di kota New York. Semenjak daripada pemergian ibunya itu, Mia tidak lagi pernah pulang ke Indonesia.


Disebabkan itu, apabila meningkat dewasa Ali bernekad untuk ke New York mencari ibunya dan disitu juga dia berjumpa dengan empat orang wanita Indonesia yang dibintangi oleh Nirina Zubir, Tika Panggabean, Asri Welas dan Happy Salma untuk membantu Ali menemukan semula ibunya itu.

Secara keseluruhan, filem ini sangat sesuai ditonton oleh seisi keluarga kerana ia menceritakan kisah keluarga, bagaimana si ibu dan anak yang bertemu kembali selepas berpisah selama bertahun lamanya. Jalan ceritanya yang straight to the point memudahkan penonton untuk menghayati filem ini tanpa perlu banyak berfikir.
Tambah pelakonnya lagi, Iqbal turut menjelaskan bahawa Ali & Ratu-Ratu Queens bakal membuatkan penonton sedar dan menghargai momen-momen bersama keluarga ketika waktu pandemik ini kerana sesungguhnya kita amat merindui suasana bersama orang tersayang yang kini masih lagi tidak boleh berjumpa disebabkan oleh sekatan yang dilaksanakan.
Penonton juga bakal dibawa ‘terbang’ jauh ke kota New York dan kami pasti selepas menonton filem ini, korang juga akan rasa teringin untuk melancong ke bandar besar itu. Bagi yang pernah ke sana, mereka juga pastinya merindui saat-saat manis ketika berada di New York dan timbul rasa rindu untuk pergi melancong kembali, lebih-lebih lagi sudah beberapa tahun tidak dibenarkan keluar negara.

Selain daripada mengetengahkan tema anak beranak antara Ali dan Mia, filem ini juga memaparkan sifat orang Asia yang sangat membantu lebih-lebih lagi ketika berada di perantauan. Tante Party, Biyah, Ance dan Chinta tidak sampai hati melihat Ali yang sebatang kara di New York dan sedia memberi bantuan serta menyediakan penginapan sepanjang Ali berada di sana.

Macam korang pergi melancong ke luar negara, kalau jumpa rakyat Malaysia yang tinggal di sana, mesti mereka melayani korang dengan ramah kan? Hiks!
Namun, disebalik kisah bahagia mereka di kota New York, terdapat babak-babak emosi yang mampu membuatkan penonton mengalirkan air mata.
Ha, kalau nak tahu kenalah tonton sendiri kan?
Saksikan kesudahan Ali & Ratu-Ratu Queens di saluran Netflix sekarang. Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

