Buah pinggang antara organ terpenting dalam tubuh badan manusia. Fungsi buah pinggang adalah untuk mencuci darah dari sisa buangan dan lebihan air yang diperlukan tubuh.
Namun kegagalan buah pinggang berfungsi jika tidak diberi rawatan awal boleh membawa kepada kematian. Tidak hanya orang dewasa, golongan remaja juga terdedah kepada bahaya penyakit ini.
Bagaimana sebenarnya kita boleh tahu yang buah pinggang ada masalah? Cuba semak, adakah korang ada tujuh masalah seperti di bawah?
-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil. -Darah keluar bersama-sama air kencing. -Perubahan pada kekerapan membuang air kecil. -Sakit belakang. -Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam. -Bengkak pada pergelangan kaki. -Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.
Kalau ada salah satu dari tanda-tanda ini, segeralah bertemu doktor. Fakta yang mungkin sedikit menakutkan, 6000 kes kegagalan buah pinggang dilaporkan setiap tahun.
6000 kes kegagalan buah pinggang baru dilaporkan setiap tahun
Bagaimana sebenarnya buah pinggang boleh rosak? Salah satu penyebab utamanya adalah kerana penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, batu karang dan radang buah pinggang (glomerulonephritis). Masalah ini tidak hanya dihadapi oleh golongan dewasa tetapi ada juga kalangan remaja yang bermasalah.
Ads
Jangan tak tahu, berat badan berlebihan, suka makan ubat tahan sakit, ubat tradisional, merokok, suka mengawal kencing, kebocoran protein dalam air kencing antara sebab mengapa buah pinggang boleh rosak.
Data pesakit buah pinggang pada 2013 menunjukkan 23 orang bagi setiap satu juta penduduk Malaysia menghidap penyakit buah pinggang. Hasil kajian oleh kerajaan, terus menunjukkan kebimbangan kerana dijangkakan pada 2040, ada lebih 2.5 juta orang.
Gaya hidup yang tidak sihat serta penyakit-penyakit lain seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan kencing manis merupakan antara penyebab punca kegagalan buah pinggang atau ginjal. Bagi mengatasi masalah ini, dialisis antara saty cara yang dapat memanjangkan jangka hayat dan paling akhir ialah pemindahan organ dengan memasukkan buah pinggang baru tetapi kosnya antara RM300,000 ke atas.
CEO NKFM, Chua Hong Wee menyampaikan cenderahati kepada Kirenjit Singh, Bhangra Dance Master yang mengetuai tarian Bollywood Fitness Dances dalam kempen semalam
Ads
Kempen ini bukan saja memberi kesedaran menjaga kesihatan buah pinggang tetapi juga mampu memanjangkan jangka hayat kehidupan manusia dengan mengamalkan gaya hidup sihat
Dalam memastikan rakyat sedar betapa pentingnya organ ini, setiap bulan Mac, diadakan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKFM), Chua Hong Wee demi memberi kesedaran kepada masyarakat pihaknya telah menjayakan kempen penjagaan kesihatan selain memberi kesedaran awal betapa pentingnya menjaga buah pinggang khususnya di kalangan wanita.
Ads
“Kempen ini bukan saja dirai bersama Sambutan Hari Wanita yang baru disambut tetapi juga Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia. Majlis kempen penuh kemeriahan itu, bukan saja pemeriksaan kesihatan diadakan tetapi senamrobik bersama Bollywood Fitness Dances turut diadakan.
Dengan tema ‘Include, Value, Empower’ untuk sambutan tahun ini, dalam majlis ini juga Dr Nor Fadhlina dari Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia memberikan ceramah berkaitan kesan ubatan sampingan, golongan wanita dan kesedaran mengenainya.
Pemeriksaan kesihatan turut diadakan semasa hari kempen ini
Amalan gaya hidup sihat antara pencegahan utama masalah buah pinggang. Tarian Bollywood dances memeriahkan suasana
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Love, Bonito, jenama pakaian wanita terkemuka di Asia Tenggara baru-baru ini meraikan kegembiraan bersama menerusi pembukaan kedai utama mereka di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.
Era di mana sambutan Tahun Baru Cina kelihatan berbeza bagi setiap keluarga, Love, Bonito meraikan perbezaan ini dengan koleksi baharu mereka bertemakan ‘Modern Reunions’.
Menampilkan gaya oriental moden, koleksi baharu ini tersedia dengan gaya kembar ibu-anak dan pakaian keluarga yang sepadan untuk majlis makan besar yang semestinya tidak dapat dilupakan.
Dengan pembukaan kedai keenam dan yang terbesar di Malaysia, Love, Bonito
meneruskan sambutan mereka dengan menampilkan Koleksi Tahun Baru Cina yang semestinya bakal menarik hati penggemar fesyen.
Setiap pakaian melambangkan simbol kebersamaan dengan pilihan warna bertuah, sulaman eksklusif Opulent Florals, dan tekstil broked Heirloom Botanicals dan Rekindled Blooms.
Rachel Lim, Pengasas Bersama Love, Bonito, menyatakan bahawa jenama ini
amat berbangga dengan kemampuan mereka dalam memenuhi keperluan wanita Asia Tenggara, khususnya menerusi koleksi kali ini.
“Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang sangat istimewa bagi semua dan kami
di Love, Bonito mahu menjadikan ini pengalaman yang bermakna bagi setiap
keluarga, sama ada bagi mereka yang baru bergelar ibu, keluarga pelbagai budaya,
dan mereka yang telah kehilangan orang tersayang,” kata Rachel.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
It is like the end for beauty world apabila innisfree Malaysia mengumumkan mereka bakal menamatkan salah satu produk paling terkenal milik mereka bermula Mac ini.
Tiada angin, tiada ribut, KESEMUA Green Tea line keluaran innisfree tidak lagi akan dijual di stor innisfree Malaysia secara berkala bermula 31 Mac 2018. Ini termasuklah produk Green Tea Serum mereka. Ia dianggap sebagai berita yang cukup mengejutkan kerana semua orang tahu,Green Tea Serum adalah produk Best Seller innisfree setelah sekian lama dipasarkan.
Senarai Best Seller daripada innisfree Malaysia pada bulan ini.
Malah pada bulan Disember tahun lalu, innisfree Malaysia melalui Amore Pacific telahpun menerima pengesahan sijil Halal setelah melakukan pelbagai uji kaji dan percubaan bagi mendapatkan kelulusan tersebut.
Sebagai jenama pertama daripada grup Amore Pacific yang mendapat kelulusan itu, semua peminat produk kecantikan tidak lagi perlu ragu-ragu untuk memilih koleksi Green Tea line mereka. Mungkin itu juga adalah salah satu faktor ia begitu popular di kalangan pembeli pada tahun ini.
Namun menurut innisfree Malaysia dalam kenyataan rasmi hari ini, mereka ingin memperkenalkan lebih banyak produk baharu yang sama kualitinya dan sama keberkesanannya seperti Green Tea Line.
Tak sabar juga untuk menantikan produk baru daripada innisfree Malaysia. But for now, lebih baik korang borong koleksi Green Tea Line mereka sebanyak mungkin jika ia adalah produk kecantikan favourite korang selama ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang kita tahu Ukraine dan Rusia masih lagi berada dalam kancah peperangan, pergolakan yang terjadi di antara kedua-dua buah negara eropah ini menjadi perhatian perhatian dunia.
Walaupun kerajaan dua negara ini memiliki agenda tersendiri, namun walau apapun tujuannya insan yang paling terkesan semestinya rakyat. Sektor ekonomi menjadi lumpuh dengan segala kekacauan yang berlaku.
Namun begitu, peperangan tidak menghalang organisasi Miss Ukraine Universe melantik wakil negara yang baharu untuk ke pentas Miss Universe. Tidak mengadakan pertandingan seperti tahun sebelum ini, sebaliknya mereka sebulat suara membuat pemilihan secara dalaman bagi memilih wakil terbaharu.
Sehubungan itu, Viktoria Apanasenko yang merupakan naib juara Miss Ukraine Universe 2021 telah dilantik sebagai Miss Ukraine Universe 2022. Wanita berusia 28 tahun ini merupakan seorang pergawati dan juga sukarelawan, bukan sekadar cantik, dia memiliki ijazah dalam bidang kerja sosial daripada Fakulti Psikologi di Taras Shevchenko National University of Kyiv.
Sepanjang perang yang berlaku di negaranya, dia mengambil inisiatif untuk memulakan kempen bagi membantu rakyat yang dalam kesusahan dan juga bekerjasama untuk membekalkan makanan kepada tentera Ukraine.
Menerima berita yang dia dilantik sebagai Miss Ukraine Universe yang baharu ketika sedang melakukan aktiviti kesukarelawanan, Viktoria berkongsi rasa di media sosial. Ujarnya, “Ini merupakan impian saya sejak kanak-kanak. Mungkin untuk pertama kalinya selama ini, saya menangis kegembiraan.
“Sepanjang melakukan kerja sebagai sukarelawan, melihat ke dalam mata rakyat Ukraine, saya nampak kekuatan yang mengagumkan. Perkara ini memotivasikan saya untuk berjuang di pentas Miss Universe.”
Menerusi penyertaannya di dalam pertandingan ini, oragnisasi Miss Ukraine Universe berharap agar membuka mata dunia mengenai konflik yang sedang berlaku di negara itu sekaligus membuka ruang untuk mereka meraih lebih banyak bantuan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.