Keempat-empat ahli terakhir dari kumpulan K-Pop terkenal, BTS yang masih belum menjalani perkhidmatan tentera wajib mereka dikhabarkan telah memulakan proses pendaftaran.
Buat makluman, semua lelaki yang sempurna tubuh badan di Korea Selatan diwajibkan berkhidmat sekurang-kurangnya 18 bulan dalam tentera.
Meskipun sering kali isu berkaitan sama ada BTS layak mendapat pengecualian dibangkitkan dalam kalangan peminat, Jin, ahli tertua dalam kumpulan itu sudahpun mendaftar khidmatnya tahun lalu, diikuti oleh rakan sepasukannya J-Hope pada bulan April.
Ads
Manakala, ahli ketiga mereka iaitu Suga bakal memulakan perkhidmatannya pada bulan September.
Kini, keempat-empat ahli kumpulan tersebut yang masih tinggal iaitu RM, Jimin, V, dan Jung Kook turut dilaporkan akan segera memulakan perkhidmatan mereka, menurut kenyataan label mereka, BIGHIT MUSIC.
Ads
“Kami ingin memberitahu peminat bahawa RM, Jimin, V, dan Jung Kook telah memulakan proses pendaftaran tentera,” jelas label syarikat tersebut.
“Kami meminta agar anda teruskan memberi sokongan kepada RM, Jimin, V, dan Jung Kook sehingga mereka berjaya menamatkan perkhidmatan tentera mereka dan kembali dengan selamat,” sambung kenyataan itu.
Ads
Hmmmmm…kwenchana ARMY! Pejam celik, pejam celik BTS pasti akan kembali menghiburkan kalian semua sebagai satu kumpulan lengkap okay!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suratan rezeki, jodoh dan ajal maut itu adalah rahsia yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Laman sosial media terutamanya menjadi antara platform utama untuk mencari jodoh pada zaman ini.
Ada di antara kita yang selalu terfikirkan soal jodoh yang tidak jua berkunjung tiba. Lagi fikir, lagilah pening! Seharusnya, kita perbanyakkan doa kepada Allah dan yakin bahawa jodoh yang bakal tiba nanti adalah individu yang terbaik untuk kita.
Bagi lima orang personaliti popular ini, rezeki mereka untuk mengikat pertalian cinta dengan jodoh masing-masing telahpun tertulis rapi bermula di media sosial.
Priyanka Chopra Dan Nick Jonas
Bila ditanya bagaimana titik pertemuan royal couple Priyanka Chopra dan Nick Jonas, Priyanka kata Nick yang mulakan langkah. Nick membuat langkah pertama dengan DM twitter Priyanka. Dia sent mesej pertama pada bulan September 2016, dan Priyanka membalas mesej dan memintanya untuk menghantar SMS kepadanya. Dan begitulah dia mendapat nombornya.
Baim Wong Dan Paula Verhoeven
Pasangan Baim Wong dan Paula Verhoeven yang juga bertemu di media sosial. Keduanya-dua mereka mengakui kenal melalui akaun Instagram. Bermula dari Baim Wong mengirimkan direct message (DM) ke Paula. Dari DM tersebut bertaut pada pertemuan dan akhirnya, mereka yakin meneruskan hungan yang serius ke jinjang perkahwinan.
Kini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan bahagia menyelami alam perkahwinan.
Mira Filzah Dan Wan Emir
Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir diijabkabul pada 3 September 2020. Menurut laporan media hiburan tempatan, Mira Filzah pernah mengakui mereka mula berkenalan dan berhubungan melalui mesej di Twitter.
Malah suaminya, Wan Emir turut mengakui beliau tidak berputus asa cuba memikat pelakon drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ itu di media sosial hingga berjaya ke jinjang pelamin. Mengetahui perkara itu, warga maya tidak membuang masa ‘menyelidik’ akaun Twitter Wan Emir dan mencari setiap balasan ciapan pemuda itu terhadap Mira Filzah.
Hasil carian, warga maya mendapati Wan Emir mula ‘mencuba nasib’ sejak 2016 apabila membalas soalan Mira tentang Greece.
Mandy Moore Dan Taylor Goldsmith
Mandy Moore bertemu dengan suaminya pemuzik Taylor Goldsmith melalui Instagram. Ceritanya Mandy Moore merupakan peminat kumpulan Goldsmith, mengambil gambar album dan post di Instagram. Siapa sangka Taylor melihatnya dan mengirim nota kepada Mandy.
Sarah Hyland Dan Wells Adams
Bintang Modern Family bertemu dengan pasangannya Wells Adams di Twitter pada tahun 2017. Kata Sarah, Well sendiri yang DM-nya. Mereka DM, pesanan teks, voice memo dan FaceTime sebelum kedua-duanya bertemu secara realiti dan keluar date.
Tahniah kami ucapkan kepada semua pasangan dan semoga hubungan berkekalan hingga ke akhir nyawa..!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adakah korang merupakan seorang peminat Justin Bieber slash XXXTENTACION slash Post Malone slash Rex Orange County slash Khalid?
Jika ya, korang akan menggemari bakat remaja baharu dari UK, Finn Askew.
Baru-baru ini, REMAJA dijemput oleh Universal Music Malaysia untuk menemuramah penyanyi Gen Z itu secara ekslusif setelah dia melancakan album EP pertamanya berjudul Peach.
Pada usia 19 tahun, muzik Finn amat dekat dengan pendengar remaja yang ingin dicintai, ingin dihargai, mempunyai perasaan sedih dan gembira pada masa yang sama. Yes – a nice form of complicated nicely tied together in an album.
Lihat apa yang ingin diperkatakannya mengenai lagu kegemarannya dari album ini dan sama ada dia mempunyai lagu kegemaran K-Pop.
Bagaimana keadaan lockdown kali ketiga yang dikenakan di UK? FINN: Saya bertuah kerana rumah saya berada di kawasan pekan kecil (countryside), jadi walaupun kami dalam peringkat lockdown saya masih boleh keluar dan berjalan. Lockdown ini tidak begitu menjejaskan saya, I’m doing alright.
Kamu mencipta kebanyakan lagu di dalam bilik tidur. Apakah 3 item yang wajib ada di dalam bilik tidur kamu untuk menjadi kreatif? FINN: Saya perlukan gitar, komputer riba dan vibes yang bagus.
Kami telah mendengarkan album EP terbaru kamu berjudul Peach. Congratulations! Ia mempunyai diversiti dari segi muzik dan genre. Siapakah di antara inspirasi kamu semasa menyiapkan album ini. FINN: Semasa saya membesar, saya banyak mendengar kepada band lama seperti Nirvana dan The Beach Boys. Saya banyak mendengar muzik Justin Bieber. Saya juga meminati muzik rap dari Amerika seperti Juice WRLD, XXXTENTACION, Lil Peep dan penyanyi yang seiring dengan mereka.
Sebab itulah EP ini mempunyai pelbagai jenis genre dan muzik kerana inspirasi saya hadir dari pelbagai jenis muzik dari serata dunia. Ia juga membuatkan pendengar menggelar muzik saya agak ‘pelik’ ketika mereka mendengarnya untuk kali pertama.
Bagaimana pandemik COVID-19 ini telah mempengaruhi proses kamu menyiapkan EP ini? FINN: Tentunya, album ini telah memakan masa yang lebih panjang daripada yang saya jangkakan. Tidak semua perkara terurus berbanding jika kita boleh duduk di studio dan menyiapkannya. Saya perlu lakukan perbincangan di Zoom, saya perlu berhubung menerusi telefon.
Tapi asalkan EP ini dapat disiapkan, saya sudah berpuas hati.
Apakah trek kegemaran kamu dari EP ini? FINN: Saya harus katakan trek terakhir iaitu Buttercup. Walaupun ia adalah trek paling pendek, ia mempunyai vibe yang chill dan dreamy – ia sedap untuk didengari berkali-kali.
Setiap lagu yang saya lancarkan ini mempunyai jalan cerita masing-masing, namun Buttercup adalah lagu yang personal bagi saya dan saya berbangga dengan lagu ini
Kamu telah menulis trek ‘Roses’ sejak berusia 16 tahun. Kini pada usia 19 tahun, apakah perubahan yang dapat kamu lihat pada diri kamu sebagai seorang penulis lagu? FINN: 100%. Semasa saya menulis Roses, saya belum pernah menjejakkan kaki ke studio rakaman dan bertemu dengan penerbit album.
Meskipun Roses adalah lagu yang bagus dan amat diminati oleh pendengar, kamu boleh melihat perubahan pada penciptaan lagu-lagu saya sejak itu. The more I do this, the better I get. Tentunya saya gembira apabila semakin lama saya lebih yakin dengan improvement yang berlaku.
Roses amat digemari di Malaysia dan secara amnya di benua Asia. Ini termasuklah salah seorang anggota NCT iaitu Taeyong yang pernah mengakui Roses adalah salah satu lagu kegemarannya.
Adakah kamu sendiri mempunyai lagu K-pop kegemaran? FINN: Buat masa ini, saya menggemari Dynamite oleh BTS. Jujurnya, saya masih tidak terlalu mengenali dunia K-pop secara menyeluruh.
Nyatakan EP Peach ini dalam 3 perkataan. FINN: Gila (mad), unik dan muda (youthful).
Kami juga amat menyukai cara video muzik kamu dirakamkan dan disunting. Adakah kamu terlibat dalam proses pembikinan video-video tersebut? FINN: Sudah tentu. Saya akan menerangkan maksud sesebuah lagu dan apa yang saya inginkan dari video muzik saya. Of course, saya terbuka untuk menerima idea pengarah kerana mereka adalah pakar.
I am also glad many people can view my hometown in my recent videos. Ramai berpendapat saya berasal dari kawasan bandar, tak ramai yang tahu saya dari pekan kecil bernama Somerset.
Apakah perkara yang paling kamu rindukan semasa pandemik ini? FINN: Tentunya untuk keluar dari kawasan ini dan menjayakan tour saya di UK. Dan saya tidak sabar untuk ke Asia dan menyanyi dari satu negara ke negara yang lain. Saya tidak pernah lagi ke benua Asia.
Apa yang boleh kami jangkakan daripada kamu untuk 2021? FINN: Ia akan menjadi tahun yang cemerlang untuk saya, saya tidak sabar untuk mengeluarkan lebih banyak lagu baru. Kamu juga boleh menjangkakan virtual shows dari saya, kami akan umumkannya tidak lama lagi.
Kemunculan terbaru penyanyi popular Adele menarik perhatian ramai apabila penampilan fizikalnya itu dilihat sudah banyak beza berbanding dengan dirinya yang dahulu.
Khabarnya, Adele telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 45 kilogram dengan mengamalkan Sirtfood Diet dan latihan kardio sebanyak tiga kali seminggu.
Maka, tidak hairanlah jika personaliti ini kini sudah kelihatan jauh berbeza dan makin cantik sekarang.
Untuk korang yang nak menurunkan berat badan tu, Remaja nak kongsikan gambar-gambar transformasi Adele dari tahun 2018 sehinggalah sekarang, bagi menaikkan lagi semangat dan memberi inspirasi buat korang. Hiks!
Jom kita lihat antara gambar-gambar berikut.
1. 2008
2. 2008
3. 2009
4. 2009
5. 2011
6. 2011
7. 2012
8. 2013
9. 2013
10. 2016
11. 2017
12. 2017
13. 2018
14. 2019
15. 2020
Pergh, memang berbeza la!
So apa lagi guys, masih belum terlambat untuk korang menurunkan berat badan dan jadi secantik Adele. Hiks!
Good luck!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!