Big Hit Music Sahkan Ed Sheeran Sekali Lagi ‘Collab’ Dalam Lagu Baharu BTS

Share

Penyanyi terkenal Ed Sheeran khabarnya bakal terlibat dalam pembikinan lagu baru kumpulan k-pop lelaki popular Korea Selatan, BTS. Menerusi sebuah program wawancara Most Requested Live, penyanyi lelaki itu mengatakan bahawa dia baru sahaja menulis lagu baru untuk kumpulan BTS.

Perkara ini turut disahkan sendiri oleh pihak pengurusan Big Hit Music yang membuat kenyataan di Newsen bahawa memang benar Ed Sheeran bakal terlibat dalam lagu baru kumpulan k-pop remaja itu.

BTS bakal mengeluarkan versi CD bagi lagu hit berbangsa Inggeris, ‘Butter’ pada Julai ini dan Big Hit Music juga mengumumkan bahawa ia akan disertai dengan lagu baru yang akan menarik perhatian pendengar.

Foto: SCMP

Tidak pasti sama ada trek kolaborasi baru BTS dengan Ed Shereran itu akan disertakan sekali dalam CD itu atau mungkin ia akan menjadi sebahagian daripada album lain yang akan dikeluarkan pada masa akan datang.

Namun begitu, ketika ditanya lebih lanjut, Big Hit Music enggan menjelaskan dan mengatakan kami tidak boleh memberikan info lebih terperinci.

Sebelum ini, Ed Sheeran dan BTS pernah berkolaborasi dengan menuliskan lagu ‘Make It Right’ daripada album ‘Map of the Soul: Persona’ pada tahun 2019.

Pasti peminat sudah tidak sabar menantikan single terbaru kolaborasi ini. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: (1)

IKLAN