Big Bad Wolf 2020 Dilakukan Secara Online, Trafik Laman Web Jadi Sesak Sejak Awal Pagi

Share

Setiap tahun pastinya peminat buku menantikan kemunculan jualan buku besar-besaran di Big Bad Wolf yang menawarkan potongan harga sangat rendah.

Kini, Big Bad Wolf Sale kembali lagi, namun kelainannya pada tahun ini apabila ia dijalankan secara online ekoran wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara. Jualan buku ini bermula pada 4 November sehingga pukul 11.59 malam pada 11 November 2020.

Menawarkan sejumlah lebih daripada 40,000 judul buku dengan potongan harga sehingga 90 peratus, Big Bad Wolf 2020 boleh diakses melalui https://shopbigbadwolfbooks.com/my. Dengan hanya perlu membuat akaun di laman web tersebut, korang boleh memilih mana-mana buku yang menjadi pilihan, seterusnya add to cart dan check out.

Lebih mudah kan?

Tidak perlu bersesak dengan orang ramai, semuanya boleh dilakukan hanya di hujung jari.

Pihak Big Bad Wolf Books

juga telah memaklumkan bahawa laman web mereka berhadapan dengan kesesakan trafik dan berharap agar pengguna memahami dan bawa bersabar.

Pengguna turut berkongsi pengalaman ketika melakukan pembelian secara online untuk Big Bad Wolf tahun ini. Rata-ratanya mengeluh kerana tidak dapat masuk ke laman web tersebut dan mengalami kesusahan untuk mengakses. Namun, pihak Big Bad Wolf Books turut memberikan respon.

 

Namun begitu, masih ada pengguna yang sabar dan tetap memberikan semangat buat team

mereka.

Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat di Malaysia masih lagi minat membaca buku dan sekiranya korang juga ingin membeli secara online, diharap lebih bersabar dan cuba untuk memahami situasi trafik mereka.

Cubalah waktu pagi-pagi buta, mana tahu time tu tak ramai orang akses kan? Hiks, selamat membeli!

IKLAN