Pelakon, Datin Seri Maria Farida dan penyanyi, Nourul Depp pernah meniti era populariti dalam bidang seni masing-masing satu ketika dahulu. Nama mereka pernah mahsyur dengan karya seni yang menjadi ikutan ramai peminat kerana sememangnya, mereka berbakat besar.
Kini setelah berkeluarga, tumpuan Maria mahupun Nourul lebih terarah kepada kehidupan anak-beranak. Hanya sesekali, kelibat mereka dapat dilihat di media massa menerusi temubual, lakonan dan jemputan nyanyian yang mereka terima.
Menyentuh tentang kehidupan berkeluarga, khabarnya anak dara dan anak teruna dua selebriti ini sedang mengenali hati budi masing-masing.
Bercakap kepada rakan media, Nourul ‘berkenan’ dengan keperibadian anak lelaki Maria Farida iaitu Mizan Ashley yang telah menyuarakan hasrat untuk berkawan secara serius dengan anak perempuannya, Ayu Nazirah.
Begitupun, Nourul meminta agar warganet tidak melontarkan sebarang spekulasi di saat dua orang remaja sama cantik, sama padan itu sedang mengenali hati budi masing-masing.
Ads
“Ayu dan Mizan baru kenal empat bulan. Biarlah mereka kenal-kenal dahulu. Apa yang Allah takdirkan, InsyaAllah kami terima. Doakan yang terbaik sahaja.
“(Kita) biarkan mereka kenal dahulu bagi mencari keserasian. Kalau ada jodoh semestinya sebagai ibu kami gembira,” ulasnya.
Nourul juga melihat anak teruna Maria Farida itu sebagai seorang remaja lelaki yang baik dan selama ini, belum pernah lagi ada mana-mana lelaki yang datang kepadanya dahulu sebagai ibu Ayu untuk menyuarakan hasrat untuk serius berkawan dengan anaknya.
Dalam hantaran terbaru Nourul yang memaparkan foto Ayu bersama Mizan, Maria Farida dilihat turut meninggalkan komen yang seakan-akan berbesar hati untuk berbesan dengan Nourul. Kata Nourul, dia juga tidak menyangka Maria akan meninggalkan komen menyebut mengenai ibu mertua.
“Kami berdua memang gembira mereka berjumpa dan berkawan. Kami juga turut meluangkan masa bersama-sama dan berlapang dada jika jodoh panjang untuk berbesan,” kata Nourul lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang karya hit Pokya Cong Codei dan Angeline yang memainkan watak sebagai Lucy menerusi naskhah popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu kelihatan segak dan cantik mengenakan rona putih.
Difahamkan, majlis akad nikah itu hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pengantin.
Susulan itu, rata-rata warganet terkejut dengan berita gembira tersebut selain mengucapkan tahniah buat kedua pasangan pengantin.
Terdahulu menerusi di platform Instagram milik Angeline, bintang berkenaan berjaya mencuri perhatian warganet apabila memuat naik beberapa keping foto dirinya mengenakan hijab berona hitam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jatuh cinta bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa. Kadangkala perasaan itu muncul sekelip mata dan kadangkala perasan itu dipupuk mengikut peredaran masa. Sebagai seorang remaja korang memang tak akan dapat lari daripada jatuh cinta atau suka terhadap seseorang.
Bayangkan korang menyimpan perasaan terhadap seorang jejaka rekan sekelas bermula sejak di Tingkatan 1 lagi. Setiap hari kamu menantikan kemunculannya dan setiap telatahnya pasti membuat hati tersenyum. Tapi untuk meluahkan itu bukan perkara yang kamu boleh lakukan – apatah lagi sebagai seorang gadis.
Kamu juga mungkin risau perasaan itu hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Tatkala kamu menyimpan rasa terhadapnya, tiba-tiba si dia meluahkan perasaan suka terhadap kawan baik kamu sendiri!
Keliru, kecewa, sedih dan terpinga-pinga. Mungkin itulah yang kamu hadapi bila jejaka yang bertakhta di hati sebenarnya menyukai orang lain yang juga BFF kamu sendiri. Dan BFF kamu juga sebenarnya turut menyukainya selama ini.
Jika perkara ini berlaku, apakah yang harus korang lakukan?
1. Terima dengan hati terbuka perasaan mereka
Pertama sekali, kena terima hakikat bahawa crush kamu itu tidak menyimpan apa-apa perasaan istimewa terhadap kamu. Dan berkemungkinan besar perasaannya tidak akan berubah; obviously bukan dalam tempoh terdekat. Jadi tak guna untuk kamu menjadi in denial dan bertanya soalan kepada diri sendiri di manakah silapnya. No girls, it is not your fault!
2. Jujurlah kepada mereka berdua
Ya, ini situasi menyukarkan bukan sahaja untuk kamu tetapi mereka berdua juga. Berterus terang dengan BFF kamu dan si dia. Walaupun kecewa, marah, cemburu dan terluka kamu harus berdepan dengan perkara ni sebaik mungkin agar persahabatan korang tidak terjejas.
Situasi ini akan membuatkan kamu berasa awkward dengan mereka berdua. Jangan risau perkara begini memang akan ambil masa untuk kamu move on. Dan melihat mereka berdua dalam kemesraan pasti agak menyukarkan. Jika kamu berasa kurang selesa ambillah tempoh untuk berjauhan sedikit dengan mereka. Dinamik hubungan kamu bertiga sudah berubah dan ia akan ambil masa untuk berubah.
4. Gunakan masa untuk diri sendiri
Sekarang merupakan masa pelaing sesuai untuk kamu lakukan sesuatu aktiviti agar dapat meningkatkan semula keyakinan diri. Jika selama ini kamu teringin pergi bercuti, go ahead! Percutian secara solo mampu mengalih perhatian daripada apa yang berlaku. Dan yang penting ia boleh memberikan pengalaman baru buat kamu!
5. Kelilingi diri dengan rakan-rakan dan ahli keluarga
Ya, kita faham bahawa BFF kamu sudah ada boyfriend yang juga crush kamu dahulu. Tapi bukan dia seorang sahaja kawan kamu di dunia ini. Mungkin inilah masa yang paling sesuai untuk kamu explore persahabatan yang lain. Go have some fun with them! Ini bukanlah bermakna kamu terus tinggalkan BFF, tapi berikan dia dan juga diri kamu sedikit ruang. BFF kamu mesti faham punya! 😉
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas melalui detik sukar, rumah tangga pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dilihat kembali pulih apabila dia memuat naik momen mesra bersama isteri tercinta, Nur Syazwani Mizuana Shahri dan anak mereka, Khalish Aryan di media sosial.
Menerusi InstaStory, Faisal berkongsi foto memeluk erat isteri dan anak dengan latar lagu Sayang Sampai Mati nyanyian Repvblik, lengkap dengan kapsyen ringkas berbunyi
“Alhamdulillah.”
Lebih manis, Nur Syazwani turut memuat naik semula foto sama sambil meluahkan rasa syukur.
“Alhamdulillah. Maaf dan lupakan. Semoga Allah lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga.
“Sayang awak Faisal Halim. Rasa macam baru kahwin semalam,” tulisnya.
Faisal
Sebelum ini, Nur Syazwani difahamkan memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. Perkara tersebut turut disahkan peguamnya, Roshdan Sujak Rafie yang memaklumkan tarikh sebutan semula kes perceraian ditetapkan pada 16 Oktober depan.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.